Perancis boleh dianggap sebagai pasukan paling mengecewakan di kejohanan Euro 2020 kali ini. Berjaya melangkah ke pusingan kalah mati dari kumpulan maut yang turut mengandungi Jerman, Portugal dan Hungary, langkah Perancis di kejohanan ini bagaimanapun disekat oleh Switzerland.
Sebelum kejohanan, Perancis dianggap sebagai salah sebuah pasukan pilihan. Namun kekalahan kepada Switzerland yang diinspirasikan oleh Granit Xhaka memberi gambaran sebenar persembahan mereka sepanjang kejohanan.
Tidak keterlaluan jika kita katakan Perancis gagal menampilkan prestasi terbaik mereka walaupun memiliki skuad yang dibarisi deretan nama-nama besar di dalam bola sepak.
Berikut adalah lima pemain paling mengecewakan dari Perancis di Euro 2020.
Antoine Griezann
Harus diakui Antoine Greizmann adalah antara pemain paling mengecewakan buat Perancis di Euro 2020.
Prestasi pemain ini dilihat mulai merosot sejak perpindahan ke Barcelona dari Atletico Madrid pada 2019 dengan nilai £108 juta.
Dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia ketika masih bersama Atletico Madrid, penyerang berusia 30 tahun itu sentiasa bergelut dengan prestasi selepas berpindah ke Nou Camp.
Griezmann played 88 minutes in France’s 4-5 loss on penalties to Switzerland. Lenglet started and played 45 minutes. France is ousted from the euro! #FRA #SUI #EURO2020 pic.twitter.com/AdUjbK4PTT
— BarçaTimes (@BarcaTimes) June 28, 2021
Di Piala Dunia yang diadakan di Rusia dua tahun lalu, Griezmann adalah antara nadi penting Perancis yang muncul juara dunia.
Di Euro 2020 pemain ini telah tampil dalam empat perlawanan, namun hanya menjaringkan satu gol. Gandingan beliau bersama Kylian Mbappe dan Karim Benzema pula kelihatan janggal dan tidak menjadi.
N’Golo Kante
Selepas membantu Chelsea menjuarai Champions League beberapa minggu lalu, terdapat cakap-cakap N’Golo Kante akan menjadi antara calon utama anugerah Ballin d’Or.
Merupakan antara pemain tengah terbaik dunia pada hari ini, prestasi Kante bersama Perancis di Euro 2020 jauh sekali dari layak untuk dicalonkan untuk Ballon d’Or.
France’s unexpected #Euro2020 elimination means N’Golo Kante will get a proper (if not still short) break this summer.
I don’t think it can be underestimated just how important that could be for Chelsea, Thomas Tuchel, and Kante himselfhttps://t.co/HctM0kLAxb
— Adam Newson (@AdamNewson) June 30, 2021
Pemain berusia 30 tahun ini tidak beraksi sepertimana kebiasaan, dan Perancis juga bergelut di bahagian pertahanan.
Kualiti Perancis untuk kelab dan negaranya sememangnya penting. Namun beliau perlu tampil lebih baik untuk Perancis di Euro 2020. Apa yang ditampilkan Kante di Euro 2020 jauh sekali daripada apa yang ditampilkan pemain ini ketika membantu Perancis muncul juara dunia dua tahun lalu.
Kante beraksi dalam semua empat perlawanan untuk Perancis di Euro 2020.
Adrien Rabot
Agak sukar untuk memahami mengapa pengurus Perancis Didier Deschamps mahu menurunkan Adrin Rabioy sebagai bek sayap kiri menentang Switzerland, walaupun mempunyai pemain lain seperti Leo Dubois di dalam pasukan.
Merupakan seorang pemain tengah klasik, Rabiot terbukti tidak sesuai bermain di posisi itu. Pemain Juventus itu jelas berhadapan kesukaran sepanjang Euro 2020, walaupun beraksi dalam tiga dari empat perlawanan membabitkan negaranya.
Adrien Rabiot to play on the left in a 3-4-1-2 formation for #FRA v #SUI https://t.co/RldNeWSbPU #FRASUI #Euro2020
— Football Italia (@footballitalia) June 28, 2021
Kecederaan kepada Lucas Digne dan Lucas Hernandez merupakan sebab mengapa Deschamps berharap kepada Rabiot di posisi tesebut sepanjang Euro 2020.
Walaupun melalui musim yang baik atau sederhana bersama Juventus, kebangkitan bakat baharu seperti Houssem Aouar, Eduardo Camavinga dan Aurelin Tchoiameni membuatkan masa depan Rabiot di dalam kesebelasan utama Perancis selepas ini menjadi tanda tanya.
Benjamin Pavard
Nama Benjamin Pavard mulai menjadi sebutan di Piala Dunia 2018. Prestasi yang ditampilka bek kanan itu bersama negaranya pada ketika itu menyebabkan beliau dipancing Bayern Munich dari Stuttgart.
Turut berkemampuan beraksi sebagai pemain pertahanan tengah sekiranya diperlukan, prestasi Pavard sepanjang Euro 2020 dianggap mengecewakan. Pemain beusia 25 tahun itu adalah pilihan utama bek kanan di kejohanan ini, namun kelihatan bergelut setiap kali berhadapan dengan pemain lawan.
#EURO2020/Portugal-France : Jules Koundé sera titulaire au poste de latéral droit à la place de Benjamin Pavard. selon RMC sport et l'équipe. pic.twitter.com/53NUWVcmLD
— Franceat (@Franceatpresso2) June 22, 2021
Kecuaian Pavard turut menyebabkan Switzerland dianugerahkan sepakan penalti, walaupun Ricardo Rodriguez gagal memanfaatkannya.
Selepas Euro 2020, prestasi bek kanan harus menjadi persoalan baharu. Didier Deschamps menggantikan Pavard dengan Jules Kounde di posisi tersebut dalam pertemuan menentang Portugal, tetapi pemain Sevilla itu juga bukan pemain yang lebih baik dari Pavard.
Kylian Mbappe
Kylian Mbappe adalah pemain berkelas dunia. Tetapi apa yang ditampilkan oleh pemain muda ini dalam empat perlawanan di Euro 2020, ia jelas prestasi yang mengecewakan semua pihak yang memiliki kepentingan atas pemain ini.
Disebabkan itu, Mbappe dilabel sebagai pemain paling mengecewakan dari kem Perancis di Euro 2020. Tidak keterlaluan juga jika Mbappe disifatkan sebagai pemain dengan nama besar paling buruk dalam sejarah Euro 2020. Ini kerana pemain muda ini gagal mencetak sebarang gol, dan hanya memiliki satu assist sepanjang kejohanan.
Kylian Mbappe's response to his penalty miss 💔#EURO2020 pic.twitter.com/6kKUQQG9VO
— GOAL (@goal) June 29, 2021
Sepanjang kejohanan, Mbappe mengecewakan apabila terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Malah sepakan penalti dari beliau berjaya diselamatkan Yann Sommer untuk memastikan laluan Switzerland ke suku akhir.
Baru berusia 22 tahun, kemampuan pemain ini sudah pun dibandingkan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Sekurang-kurangnya usia masih di pihak beliau untuk memadam memori duka Euro 2020 di kejohanan antarabangsa yang lain selepas ini.
Rumusan
Perancis jelas perlu melakukan beberapa rombakan dalam usaha memantapkan pasukan untuk bangkit semula di Piala Dunia 2022 selepas ini.
Deschamp atau siapa sahaja jurulatih yang membimbing Perancis selepas ini sekurang-kurangnya lega kerana Perancis kaya dengan bakat baharu.
Selain Mbappe, Perancis juga memiliki Ousmane Dembele, Houssem Aouar, Eduardo Camavinga dan Aurelin Tchoiameni. Tepulang kepada mereka bagaimana untuk membentuk skuad serba baharu sepertimana mereka lakukan di Piala Dunia 2018 yang lalu.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Aymeric Laporte Kongsi Kisah Abaikan Perancis Untuk Jadi Pemain Naturalisasi Sepanyol
Analisis: Keberkesanan Sistem Bek Bertiga Yang Popular Digunakan Di Euro 2020