Analisis: Keberkesanan Sistem Bek Bertiga Yang Popular Digunakan Di Euro 2020

Bola sepak telah berevolusi sejak ia mula dimainkan pada kurun ke-18 lagi. Daripada formasi 0-0-11 ketika ia dimainkan di Eropah, bola sepak pada hari ini ibarat pemainan catur, dengan pengurus atau jurulatih sebagai pengatur strategi.

Bola sepak mempunyai banyak formasi. 1-1-8, 2-3-5, 3-2-5, 5-3-2, 4-3-3, 4-4-2, 4-2-3-1 dan macam-macam lagi. Sebutkan sahaja sistem bek bertiga, formasi 3-4-3 atau 3-5-2 pula pasti akan menjelma di dalam pemikiran kita.

Di Euro 2020, formasi berasaskan sistem bek bertiga dengan formasi 3-4-3 atau 3-5-2 tampak seperti kembali meraih populariti. Bagaimana sistem bek bertiga  menjadi pilihan  dan bagaimana ia dipraktikkan beberapadi kejohanan Euro 2020 kali ini.

Sistem tiga pemain pertahanan (atau back five) jadi ikutan

Bahagian pertahanan yang membariskan tiga bek tengah (atau lima pemain pertahanan ketika tanpa penguasaan bola) bukanlah sistem yang baru melalui revolusi baru-baru ini. Sistem ini telah digunakan dengan jayanya di peringkat kelab sebelum ini, Antonio Conte membuktikan sistem ini telah berjaya bersama Juventus, Chelsea dan Inter Milan.

Di pentas antarabangsa keadaan agak berbeza. Sistem tiga bek tengah mempunyai stigma hanya diamalkan pasukan yang lebih lemah, atau mempunyai seorang dua pemain dengan kebolehan teknikal yang baik. Sistem ini memberi lebih banyak perlindungan kepada bahagian pertahanan, kerana ia memberikan sangat sedikit ruang untuk lawan mengasak ke kawasan kotak penalti.

Sebagai contoh di Euro 2020, pasukan seperti Finland, Makedonia Utara dan Hungary semuanya menggunakan sistem tiga bek tengah dan merupakan antara pasukan bawahan di kejohanan kali ini. Scotland juga menggunakan lima pemain pertahanan untuk membenarkan Kieran Tierney dan Andy Robertson berada di dalam kesebelasan utama dan mereka juga menggunakan sistem ini untuk menyukarkan lawan melakukan serangan.

Ini menunjukkan sistem tiga bek tengah (atau lima pemain pertahanan ketika tanpa penguasaan bola) masih lagi relevan. Menariknya, sistem ini juga dipakai oleh pasukan yang lebih kuat seperti Belanda, Belgium, dan Jerman. Semua pasukan ini menggunakan sistem yang sama sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Sistem bek bertiga dari perspektif serangan

Dari perspektif serangan, sistem ini membenarkan pasukan melakukan serangan menggunakan bek sayap. Dua bek sayap akan beraksi di garis tinggi menyebabkan bahagian serangan seolah-olah memiliki lima pemain penyerang. Menentang pasukan yang sukar dipecahkan di bahagian pertahanan, sistem ini memberikan kelebihan dari segi numerical.

Tatkala Joachim Low dikritik bersama Jerman kerana sistem 3-4-3 berikutan kekalahan kepada Perancis di perlawanan pertama tempoh hari. Tetapi sistem yang sama turut digunakan ketika Jerman menewaskan Portugal 4-2. – semua empat gol datangnya dari bahagian sisi yang lebar (wide area) melalui Robin Gosens dan Joshua Kimmich.

Belanda juga menggunakan pemain bek sayap mereka dengan berkesan, terutamanya di posisi sebelah kanan dengan Denzel Dumfries. Pemain ini begitu cemerlang pada fasa serangan sehingga berjaya menghasilkan dua gol, dan satu penalti dari tiga perlawanan dilalui setakat ini.

Contoh di atas ini pula tidak semestinya ia akan berakhir dengan jaringan, tetapi lebih kepada bukti betapa efektifnya permainan Belanda menggunakan sistem bek sayap untuk menyerang.

Menentang Austria, kita boleh melihat Memphis Depay berada di posisi sedikit ke bawah untuk memberikan ruang kepada Patrick van Aanholt mendapatkan bola di sebelah kiri serangan.

Satu dua yang dilakukan bersama Frenkie de Jong meletakkan beliau lebih ke atas dan penyerang Wout Weghorst berada di posisi tengah. Dan akhirnya siapa pemain di arah bertentangan yang akan menyambut hantaran lintang? Denzel Dumfries.

Ini menjelaskan ia bukan kebetulan untuk pemain seperti Gosens, Dumfries atau Thomas Meunier telah menjaringkan gol sebagai pemain bek sayap. Mereka diberikan lesen untuk melakukan larian ke hadapan. Hanya masa akan menentukan sama ada sistem ini berjaya membawa mereka ke perlawanan akhir atau sebaliknya.

Belgium juga menerapkan sistem bek bertiga yang menarik. Menggunakan formasi asas 3-4-3, adakalanya Belgium seperti membentuk 3-2-4-1 untuk menempatkan Romelu Lukaku sebagai target man.

Adanya dua pivot, dan dua bek sayap yang aktif membenarkan Belgium menguasai padang permainan lebih baik. Perhatikan bagaimana Belgium memiliki pemain di setiap blok atau garis padang seperti di atas.

Rumusan

Sistem bek bertiga memberikan kelebihan secara numerical ketika bertahm. Letika bertahan mereka boleh bertahan dengan 5-4-1 ataupun 5-3-2. Mereka mengecilkan ruang di tengah untuk dilalui oleh pemain perancang lawan. Ia seperti satu perangkap untuk memudahkan bola dimenangi kembali.

Dari segi permainan berpasukan, sistem ini lambat untuk digerakkan. Pemain mereka agak sukar untuk membentuk unit serangan segera di garisan tinggi. Namun ia amat bahaya dan menjadi ancaman jika pasukan yang mengamalkannya mempunyai dua bek sayap berkualiti tinggi.

Dari segi pertahanan, sistem yang terlalu ramai pemain ini berisiko apabila berhadapan dengan pemain lincah yang cuba memanipulasi keadaan dengan mencari foul di kawasan tertentu.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Cristiano Ronaldo Dilempar Botol Coca-Cola Di Puskas Arena

Senarai Pemain Bintang Yang Terpinggir Di Euro 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN