Nor Azam Azih – Pemain Yang Wajib Ada Dalam Skuad Harimau Malaya?

Nor Azam Azih Malaysia Harimau Malaya 2018

Hero tak didendang dalam kemenangan tipis Harimau Malaya ke atas Thailand dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia, tentunya pemain tengah, Nor Azam Azih.

Walaupun pemain sayap menyerang, Safawi Rasid yang telah meledak gol menerusi sepakan penalti, namun peranan yang dimainkan oleh Nor Azam Azih di jentera tengah tetap wajar diberikan pujian kerana kita memang ‘tercari-cari’ sentuhan di tengah.

Dalam empat aksi sebelum itu jelas skuad negara memerlukan pemain tengah yang menghidupkan posisi tersebut. Bermula dengan kehilangan Brendan Gan, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampak mencari pengemudi pasukannya.

Kembalinya Brendan Gan dalam perlawanan berdepan Vietnam juga hanya seketika menampakkan sinar sebelum beliau dipersalahkan untuk Naga Emas dihadiahkan sepakan penalti dalam 10 minit yang terakhir, untuk gol kemenangan Vietnam.

Jelas sekali prestasi Brendan Gan bukanlah seperti ketika beliau mengemudi jentera tengah dalam tahun 2019. Mengambil kira sudah lama skuad negara tidak beraksi, pemain box-to-box skuad negara itu jelas bergelut sebagaimana pemain lain.

Tetapi, dalam aksi berdepan Thailand, Nor Azam Azih berjaya memperbaiki prestasi yang dipamernya ketika tewas 0-4 kepada UAE sebelum itu. Beliau mengekalkan ketepatan hantarannya iaitu lebih 85 peratus. Tetapi, ada yang telah berubah.

Aspek yang diperbaikinya adalah jumlah hantaran jauh. Dengan memiliki peratus hantaran tepat tinggi, kali ini Nor Azam Azih tampil membuat ‘extra’ hantaran jauh. Lapan hantaran jauh telah dilakukannya dengan enam daripadanya tepat.

Berbanding berdepan UAE, beliau hanya membuat dua kali hantaran jauh yang tepat kepada rakan sepasukan. Servis ini yang diperlukan oleh skuad negara terutamanya di jentera serangan. Jika beliau ‘hidup’ jentera serangan juga akan nampak ‘hidup’.

Selain itu, beliau juga memperbaiki dari aspek percubaan tepat dan juga key passes. Bertemu UAE, hanya satu key passes dihasilkan sementara tiada langsung percubaan tepat. Bertemu Thailand, tiga key passes dan satu percubaan tepat dihasilkannya.

Syamer Kutty Abba mengambil alih posisinya berdepan Vietnam, namun masalah utama adalah beliau adalah pemain yang agak defensif berbanding seorang playmaker untuk pasukan. Selepas dikeluarkan, Brendan Gan mengambil alih peranannya.

Dan Brendan Gan bukanlah pemain yang sesuai untuk peranan sepertinya. Beliau lebih banyak kehilangan bola dan gagal dalam tujuh perebutan bola yang beliau terlibat.

Berbanding Nor Azam Azih, beliau menang hampir semua perebutan bola di bawah dalam aksi berdepan UAE dan Thailand. Beliau belajar daripada kesilapan yang menyebabkan beliau telah ‘direhatkan’ oleh Cheng Hoe untuk berdepan Vietnam.

Tiga tahun lalu, bekas pemain skuad negara, Serbegeth Singh pernah menegaskan yang Nor Azam Azih adalah pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh negara ketika ini dan Cheng Hoe harus mula menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Menurutnya yang bercakap kepada Berita Harian, “Saya percaya kemahiran yang ada pada Nor Azam [Azih], dia boleh melakukan hantaran dengan baik dan akan menjadi penghubung antara tengah dan serangan. Jadi Tan Cheng Hoe perlu memanggilnya.”

Nor Azam Azih adalah antara tonggak penting skuad B-23 yang beraksi cemerlang melakar sejarah melayakkan diri sehingga ke pusingan suku akhir Kejohanan AFC B-23. Beliau juga berhasil membantu skuad B-23 meraih pingat perak di Sukan SEA 2017.

Cuma, Cheng Hoe perlu memikirkan kombinasi terbaik untuk bersamanya di jentera tengah dan sebagaimana dalam aksi berdepan UAE, Liridon Krasniqi bukanlah kombinasi yang baik untuk bersamanya di jentera tengah skuad Harimau Malaya.

Baca lagi artikel lain mengenai Nor Azam Azih dan Harimau Malaya:

Azam Azih: Safawi & Afiq Pilihan Utama Raih Gelaran Pemain Tengah Terbaik

Shebby Singh: ‘Jentera Tengah Harimau Malaya Perlu Sentuhan Nor Azam Azih’

Netizen Berang Azam Azih Tidak Terpilih Menyertai Skuad Piala Suzuki AFF

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN