Malaysia dan Thailand akan bertemu satu sama lain untuk perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G pada awal pagi 16 Jun (12:45am waktu Malaysia).
Selepas tujuh perlawanan dilalui, kedua-dua pasukan kini terikat dengan sembilan mata. Thailand memiliki kelebihan jaringan untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan G, dan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe pula berada di kedudukan keempat.
Ini tidak bermakna perlawanan ini tidak membawa sebarang makna lagi kerana pemenang akan mendapat laluan lebih mudah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, tanpa perlu melalui play-off.
#ChangsuekLive ทัพช้างศึกลงฝึกซ้อมต่อเนื่อง เน้นไปที่การเซ็ตเกมรุกเข้าทำประตู และการยืนตำแหน่งของผู้เล่นเกมรับ รวมไปถึงการลงรายละเอียดแท็คติกต่างๆ เพื่อเตรียมทีมลุยศึกฟุตบอลโลก 2022 รอบคัดเลือก โซนเอเชีย รอบสอง พบกับ ทีมชาติมาเลเซีย ในวันที่ 15 มิถุนายนนี้ #ช้างศึก pic.twitter.com/FH5TJ9zgYG
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) June 12, 2021
Walaupun tewas dalam pertemuan di Kuala Lumpur dua tahun lalu, kali ini Akira Nishino yakin mampu mendapatkan keputusan positif menentang pasukan negara.
Laporan media di Thailand berkongsi kini pengendali dari Jepun itu sedang rancak memperincikan taktikal khisis untuk perlawanan menentang Malaysia dengan fokus bersandarkan kepada corak permainan menyerang, selain menjitukan persefahaman di dalam pasukan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh pembantu jurlatih skuad Gajah Perang, Anurak Srikerd baru-baru ini. Srikerd mendedahkan persiapan rapi sedang dilakukan oleh pasukannya selepas menyaksikan aksi Malaysia yang berkesudahan dengan kekalahan 1-2 kepada Vietnam.
#ChangsuekExclusiveTalk ไม่มีทางเลือกอื่น! "ศุภณัฏฐ์" รับ ช้างศึกต้องชนะมาเลเซียเพื่อตั๋วเอเชียน คัพ#ศุภณัฏฐ์ เหมือนตา กองหน้าทีมชาติไทย#ช้างศึก #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ทีมชาติไทย #นักฟุตบอลไทย #Thailand #Football #FAThailand #ฟุตบอลโลกรอบคัดเลือก pic.twitter.com/QyZzvIYfAE
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) June 14, 2021
“Kami telah mengkaji corak permainan pasukan Malaysia, dan juga pemain mana yang mungkin akan diturunkan mereka menentang kami selepas ini,” kata Sriked seperti yang dipetik daripada portal thairath.co.
“Mereka [Malaysia] mempunyai pemain yan bagus di setiap posisi, terutamanya dari kalangan pemain naturalisasi. Kami akan berhadapan dengan barisan pemain yang mempunyai kelebihan fizikal. Kami perlu menghadapi itu secara berpasukan. Kebanyakkan keyakinan di kalangan pemain muda kami terutamanya mulai kendur [selepas kekalahan kepada UAE]
“Tetapi 3 mata menentang Malaysia amat berharga. Ia akan mempengaruhi kedudukan kumpulan di pusingan kelayakan Piala Asia 2023. Saya tetap yakin kami mampu melakukannya selepas 45 hari bersama.
#ChangsuekLive "เราต้องผ่านมันไปให้ได้ พูดคำเดียวว่าเราไม่มีอะไรจะเสีย ถอยหลังไม่ได้แล้ว พวกเราทุ่มเทกันเพื่อสามคะแนนเหนือมาเลเซีย ฝากให้กำลังใจกันครับ"#ช้างศึก #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ทีมชาติไทย #นักฟุตบอลไทย #Thailand #Football #FAThailand pic.twitter.com/SOCRbf17C7
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) June 13, 2021
Ditanya mengenai siapakah pemain naturalisasi paling digeruni di dalam skuad Harimau Malaya, Anurak Srikerd yang turut dikenali sebagai Coach Jun berkata: “Penyerang mereka yang beraksi sebagai target man, dan pemain pertahanan mereka nampak kuat.
“Untuk memusnahkan pasukan seperti ini, kami harus bekerja sebagai satu pasukan, dan menang dengan corak permainan menyerang yang berkualiti,” ujar beliau lagi.
Srikerd juga tida risau akan tekanan yang perlu dihadapi barisan pemain Thailand ketika berhadapan Malaysia asalkan setiap pemain saling memberikan sokongan dan kepercayaan antara satu sama lain.
Baca artikel menarik lain mengenai kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023:
Chanathip Songkrasin, Bintang Thailand Yang Telah Di’Manga’kan
Media Thailand Cuba Tilik Pemikiran & ‘Kekecewaan’ Tan Cheng Hoe