Buat kali pertama dalam sejarah, tiada seorang pun pemain Real Madrid tersenarai untuk membawa cabaran skuad kebangsaan Sepanyol bagi menghadapi kejohanan utama.
Pengurus La Roja, Luis Enrique membuat keputusan kontroversi dan mengejutkan itu sewaktu mengumumkan senarai 24 pemain yang akan dibawa ke Euro 2020.
Ini bermakna Sergio Ramos yang juga merupakan pemegang rekod kaps paling tinggi dengan 180 penampilan juga telah disisihkan. Kapten Real Madrid tersebut tidak pernah terlepas mana-mana kejohanan antarabangsa sejak Euro 2004.
BREAKING: Sergio Ramos has been left out of Spain's squad for Euro 2020 🤯 pic.twitter.com/MHQ4ihj1mD
— ESPN FC (@ESPNFC) May 24, 2021
Faktor utama pastilah disebabkan pertahanan berusia 35 tahun itu bergelut dengan masalah kecergasan di mana beliau hanya beraksi tujuh perlawanan sahaja pada tahun itu dan ia jelas memberi risiko kepada pasukan secara keseluruhannya.
Tempatnya telah diisi oleh pemain yang baru sahaja mendapat kebenaran untuk mewakili Sepanyol iaitu pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte yang sekali lagi disisih oleh Didier Deschamps untuk mewakili Perancis.
Di bahagaian pertahanan tengah, Enrique turut menyenaraikan seorang lagi pertahanan City, Eric Garcia dan memilih Pau Torres (Villareal) dan Diego Llorente (Leeds United).
A very interesting Spain squad has been named by Luis Enrique for the Euros! 🇪🇸
The big news is that Sergio Ramos is not one of the 24 included (you're allowed up to 26).
Man City's Eric Garcia and Aymeric Laporte are selected with the latter switching from France. #Euro2020 pic.twitter.com/cPNsbkJUf6
— Superbru (@Superbru) May 24, 2021
Timbul pertikaian mengapa beberapa pemain lain yang sedang ‘on form’ seperti Mario Hermoso (Atletico Madrid), Iago Aspas (Celta Vigo) Sergio Canales (Real Betis), Inago Martinez (Athletic Bilbao), Mikel Marino (Real Sociedad) dan Jesus Navas (Seville) diketepikan.
Kemudian beliau hanya menyenaraikan 24 orang pemain sahaja berbanding 26 orang yang dibenarkan oleh UEFA. Adakah selepas ini akan ada pertambahan dua orang pemain lagi?
Pemain Real lain yang turut tersisih adalah Nacho Fernandez, Alvaro Odriozola, Lucas Vazquez, Isco dan Marco Asensio.
https://twitter.com/profoot5/status/1396787309538729995?s=20
Untuk rekod, Sepanyol pernah menyenaraikan seorang sahaja pemain Real Madrid untuk kejohanan Piala Dunia 1950 di Brazil iaitu Luis Malowny.
Walaupun ada yang berpendapat Enrique seolah-olah ‘anti-Real’ kerana merupakan bekas pemain dan pengurus Barcelona, ianya mungkin tidak berasas.
Beliau juga merupakan bekas pemain Real Madrid dan hanya memanggil tiga pemain sahaja dari kelab Catalan tersebut iaitu Pedri, Sergio Busquets dan Jordi Alba.
Perkembangan terbaharu ini juga menyaksikan tiada lagi dominasi pemain bagi kedua-dua kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Sepanyol itu dalam skuad kebangsaan.
Ketika Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010, sembilan pemain dalam kesebelasan utama merupakan pemain bagi dua kelab tersebut.
🇪🇸 Back at the 2010 World Cup, from this incredible Spain squad, Capdevilla was the only starter who didn't play for Real Madrid or Barcelona
11 years on, for the first time ever. No Real Madrid players have been picked to go to Euro 2021. 🤯 pic.twitter.com/K8awfx5xig
— COPA90 (@Copa90) May 24, 2021
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Sheikh Mansour Taja Penuh Perjalanan Penyokong Man City Ke Porto
Mendy Cedera, Kepa Mungkin Kawal Gawang Chelsea Untuk Perlawanan Akhir UCL