‘Rantai’ Ali Mabkhout Dulu, Baru Fikir Pemain Naturalisasi UAE

Ali Mabkahout UAE Malaysia 2019

Meledak hatrik ketika berdepan India dalam aksi persahabatan, Ali Mabkhout nyata masih perlu diberikan tumpuan oleh Malaysia sebagaimana aksi pertama dahulu.

Pada September 2019, dalam pertembungan pertama kedua-dua pasukan untuk aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, beliau merupakan watak penting kebangkitan mereka untuk akhirnya menundukkan Malaysia 2-1.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu menghasilkan jaringan pertama perlawanan pada minit pertama untuk Malaysia mendahului perlawanan, sebelum Ali Mabkhout akhirnya berhasil memecah kubu skuad Harimau Malaya pada minit ke-43 dan ke-75.

Semua yang menyaksikan perlawanan itu pasti bersetuju, Malaysia sebenarnya patut menang. Namun kegagalan kita untuk menyempurnakan beberapa peluang di babak kedua telah menyebabkan Harimau Malaya gagal meraih sebarang mata.

Malaysia melakukan lebih banyak percubaan tepat ke gawang lawan dan juga memiliki penguasaan bola yang hampir seimbang ke atas lawan yang berada di kedudukan ke-65 dunia itu. Watak Malaysia sangat berbeza apabila tampil lebih agresif, malam itu.

Namun, kesilapan individu telah menghukum kita sekali lagi walaupun dilihat secara berpasukan Malaysia telah tampil lebih baik. Harimau Malaya bermain sangat baik ketika membuat hantaran dan kombinasi permainan yang pantas antara pemain.

Yang perlu dielakkan adalah pertembungan fizikal dengan pemain UAE yang jelas, kita akan tewas. Ambil contoh jaringan kedua Ali Mabkhout, Adam Nor Azlin yang tampil membuat ‘body charge’, tetapi beliau yang terpelanting dan gagal ‘recover’ bola itu.

Penyerang ‘one-man club’ itu sangat berbahaya jika terlepas daripada kawalan. Beliau sangat bijak menghidu ruang dan pantas mengambil peluang atas kesilapan dalam aspek bertahan. Di sini, bahagian pertahanan memerlukan disiplin yang tinggi.

Ali Mabkhout UAE Malaysia 1

Ali Mabkhout UAE Malaysia 2

Tentunya kapten, Aidil Zafuan dan bakal gandingannya, sama ada Adam Nor Azlin atau Junior Eldstal sudah bersedia untuk meletakkan fokus 100 peratus pergerakan lawan. Matt Davies dan Corbin Ong juga perlu tampil dengan lebih cemerlang kali ini.

Dua perkara yang boleh kita belajar daripada kesilapan lalu dan mengehadkan peluang Ali Mabkhout daripada bermaharajalela adalah pertama, kekang ancaman daripada belakang dan yang kedua, mengelak daripada kehilangan bola di garisan akhir.

Berdasarkan aksi mereka ketika menumbangkan India 6-0 pada Mac lalu, skuad negara harus berhati-hati dengan hantaran ‘missile’ ke jentera serangan yang akan ‘dikutip’ oleh Ali Mabkhout. Dua gol telah dihasilkannya menerusi hantaran sebegitu.

Selain itu, UAE dan Bert van Marwijk kali ini diperkuat dengan kehadiran penyerang naturalisasi yang baharu iaitu Fabio Lima dan Sebastian Tagliabue yang masing-masing telah membuat lima dan tiga penampilan bersama skuad ‘The Whites’ itu.

Begitupun, penjaring 70 gol daripada 87 penampilannya, Ali Mabkhout harus diberikan perhatian dahulu. Kita boleh bermain baik dan hampir meraih kemenangan ke atas UAE, jika tidak kerana jaringannya, jadi wajar beliau diberikan tumpuan khusus.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Semua Pemain Skuad Kebangsaan Terima Hadiah G-SHOCK Edisi Harimau Malaya

Dilantik Buat Kali Ke-2, Van Marwijk Dakwa Tahu Untuk ‘Counter’ Malaysia

Benteng Harimau Malaya Perlu Kukuh Berdepan Penyerang Produktif UAE, Ali Mabkhout

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN