Lee Tuck Dipilih Kerana Sudah ‘Masak’ Cara Nafuzi, Adakah Sanjar Juga Akan Kembali?

Lee Tuck Sanjar Shaakhmedov Terengganu FC

Kepulangan Lee Tuck bersama Terengganu telah mengundang pelbagai reaksi dalam penyokong pasukan itu. Pemain import kelahiran Halifax, England tersebut telah sah dipinjam dari Sri Pahang bagi mengharungi baki saingan musim ini.

Kecederaan yang menimpa Petrus Shitembi, Azalinullah Alisan dan Chris Herd memaksa Nafuzi Zain mengambil pemain baharu yang mampu menampung kelompongan yang wujud ketika ini.

Namun timbul persoalan dalam kalangan penyokong, adakah pemain berusia 32 tahun itu masih mempunyai keupayaan yang sama memandangkan beliau gagal memberi impak yang positif bersama skuad Tok Gajah pada musim ini.

Lee Tuck sebelum ini merupakan watak utama bagi jentera serangan Terengganu sepanjang tiga musim dan telah menyumbang lebih 20 jaringan sepanjang tempoh tersebut.

Beliau jelas sudah ‘masak’ dan cukup serasi dengan taktikal atau cara permainan yang diterapkan oleh Nafuzi yang sudah bersamanya sejak 2018 lagi.

Oleh yang demikian, tidak hairan mengapa jurulatih berusia 42 tahun itu memilih pemain ini untuk memperkuatkan pasukannya kerana tentunya Lee Tuck tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

Nafuzi juga perlu memperkemaskan pasukannya bagi mengharungi saingan Piala AFC yang akan bermula tidak lama lagi.

Berbeza dengan membawa masuk pemain baharu lain yang memerlukan  lebih banyak masa untuk mencari keserasian bersama pasukan, malah belum terbukti kredibilitinya untuk mencipta impak di Liga Super.

Nafuzi sudah tahu di mana mahu menggunakan kelebihan Lee Tuck, terutamanya dalam situasi bola mati seperti sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti. Semua itu sudah menjadi ‘makanannya’ selama ini.

Dengan adanya Makan Konate yang juga telah mempamerkan aksi memberangkan sepanjang musim ini, semua penyokong tentunya ternanti-nanti gandingannya bersama Lee Tuck yang berstamina tinggi yang akan menghidupkan lagi ‘jantung’ pasukan.

Dengan kemasukan Lee Tuck, Terengganu terpaksa menghantar seorang pemain import ke Terengganu 2 dan kemungkinan besar ianya adalah Dechi Marcel kerana kekosongan 1 slot pemain import ketika ini adalah kuota Asia.

Ini bermaksud Nafuzi masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan seorang lagi pemain import. Adakah Sanjar Shaakhmedov juga akan kembali ke Kuala Terengganu? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Datuk Seri Vida Mahu Kembali Ke Liga Malaysia Dengan Jadi Pemilik Perak

Hafizul Hakim Tidak ‘Terliur’ Dengan Peluang Ke Piala AFC?

Gary Lineker ‘Diserang’ Aktivis Pro-Zionis Selepas Kongsi Video Sedih Ini Di Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN