Hafizul Hakim Tidak ‘Terliur’ Dengan Peluang Ke Piala AFC?

hafizul hakim perak fc kedah darul aman piala afc 2021

Penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim dilihat tidak tertarik dengan peluang ke Piala AFC apabila memaklumkan telah menolak tawaran Kedah Darul Aman FC kepada The Star.

Sebelum ini, Hafizul Hakim memaklumkan menerima tiga tawaran jadi, tinggal dua lagi tawaran yang berada dalam pertimbangannya kerana, walaupun menolak tawaran Kedah, beliau juga belum lagi membuat keputusan untuk terus kekal di Perak.

Kedah bakal berangkat ke Singapura untuk saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2021 yang dijangkakan akan bermula pada 29 Jun depan. Kedah diletakkan dalam Kumpulan H bersama Lion City Sailors, Sai Gon FC dan Persipura Jayapura.

Ketika ini, Kedah memiliki tiga penjaga gol iaitu Shahril Sa’ari, Ifwat Akmal dan Ilham Amirullah, namun mungkin barisan kejurulatihan merasakan mereka memerlukan penjaga gol berpengalaman seperti Hafizul Hakim untuk berada di gawang.

Hafizul Hakim sebelum ini pernah menyuarakan mengenai betapa pemain-pemain terguris hati dengan kenyataan Bendahari Perak FC tentang jiwa. Dengan beberapa rakan-rakannya telah mengangkat kaki, beliau juga sedang mempertimbangkannya.

Jelasnya, “Saya mahu kekal dan membantu pasukan, tetapi apabila lihat rakan-rakan pergi, ia memaksa saya memikirkan tentang masa depan saya. Pertemuan dengan pengurusan pasukan baru-baru ini juga tidak meyakinkan kami langsung.

“Tampak seakan-akan mereka tiada perancangan jangka masa panjang,” jelasnya yang memberi petanda bakal meninggalkan pasukan sebagaimana rakan-rakannya.

“Kenyataan seseorang daripada pengurusan mengatakan yang mereka hanya mahu kekalkan pemain yang ada ‘jiwa’ bersama Perak mengecewakan saya. Ia seperti mempersoalkan komitmen para pemain yang telah bermain berbulan tanpa gaji.

“Itu punca Kenny [Pallraj] dan Partiban tinggalkan pasukan. Jika ada penyelesaian [tempohari], sudah tentu mereka akan terus kekal [di Perak],” tambahnya lagi.

Untuk rekod setakat ini, selain Kenny Pallraj dan J. Partiban yang telah memutuskan menyertai KL City FC, Perak juga telah kehilangan kapten, Shahrul Saad dan Guilherme de Paula yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) di jendela perpindahan kedua.

Adakah Hafizul Hakim tidak ‘terliur’ dengan peluang untuk beraksi di Piala AFC? Ia bakal menaikkan reputasinya. Namun, dengan tiga penjaga gol yang sudah berada di kem Hijau Kuning ketika ini, mungkin beliau tidak mahu mengambil risiko itu.

Kedah dikatakan dalam proses persediaan akhir sebelum berangkat ke Singapura, namun terdapat beberapa isu perlu diselesaikan bagi mengukuhkan lagi pasukan.

Baca lagi artikel lain mengenai Hafizul Hakim dan Perak:

Hafizul Hakim: Ada Yang Kecewa Dengan Kenyataan ‘Jika Tiada Jiwa Untuk Perak’

‘Bukan Mudah, Kami Dah Macam Keluarga’ – Kenny Pallraj Sebak Tinggalkan Perak

Saman Ditarik Balik, Tak Sangka Gurauan Kerana Dah Lama Kenal Hafizul Jadi Lain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN