Cerita Bapa Kaya Beli Kelab Arah Jurulatih Turunkan Anak Obesiti Tidak Benar, Ini Kisah Sebenarnya

Sejak beberapa hari lalu tular sebuah gambar dan kisah sebuah kelab di divisyen kedua Liga China menurunkan seorang pemain yang memiliki berat badan berlebihan untuk satu perlawanan kompetitif.

Pemain tersebut dilaporkan memiliki berat badan 126kg dan tidak mampu untuk berlari. Isu menjadi lebih besar apabila pemain tersebut dikatakan merupakan anak kepada pemilik kelab itu.

Dan tidak terhenti di situ apabila laporan media turut menyatakan jurulatih telah dipaksa untuk memastikan bahawa anak pemilik kelab tersebut berada dalam kesebelasan utama.

Beberapa media luar negara termasuk Sportsbible turut melaporkan perkara yang sama melalui perkongsian mereka di laman Instagram, yang memaparkan pemain itu bersedia untuk mengambil sepakan sudut.

Kedengaran seperti tidak masuk akal akan bukan? Beberapa laporan yang anda baca sejak beberapa hari lalu sebenarnya kurang tepat. Sebaliknya apa yang telah anda  lihat dan baca sejak beberapa hari lalu adalah sebuah gambar lama yang telah dimanipulasikan.

Gambar asal sebenarnya telah dikongsikan pada September 2019. Tidak melibatkan kelab Zibo Buju, kisah sebenarnya berlaku melibatkan kelab Jilin Baijia.

Lelaki di dalam gambar di atas dikenali sebagai Xu Guangnan dan merupakan pemilik kelab divisyen tiga itu sendiri.

Dalam perlawanan menentang Xi’an Wolves FC  yang juga merupakan perlawanan terakhir Jilin Baijia pada musim tersebut, pasukan yang diwakili Xu Guagnan tewas 2-1. Pemilik kelab tersebut beraksi selama 15 minit sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu.

Menurut statistik dari Transfermarkt, Xu juga pernah beraksi selama 29 minit di dalam perlawanan playoff divisyen kedua pada Julai 2018, dan menyebabkan Jilin tewas 2-0 kepada Kunshan FC.

Pada 2019 juga, Jilin Baijia turut mengalami masalah tunggakan gaji, dan jika pemilik sendiri yang menyebabkan mereka tewas, maka pemain-pemain sememangnya mempunyai 1001 sebab untuk marah dengan pemilik kelab.

Apa pula kaitan dengan Zibo Cuju FC seperti yang dilaporkan oleh Sportbible? Sebenarnya Zibo Buju FC tidak jauh bezanya dengan Jilin Baijia. Pemiliknya turut gemar beraksi sebagai pemain.

He Shihua, seorang usahawan berusia 35 tahun adalah pemilik jersi No.10 Zibo Cuju. Terbaru, beliau diturunkan beraksi dalam perlawanan menentang Sichuan Jiuniu dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Maka boleh kita simpulkan terdapat kekeliruan dan sedikit salah fakta atas laporan oleh Sportsbible sebelum ini.

Di China, ia bukan perkara aneh pemilik kelab mendaftarkan dirinya sebagai pemain dan turut beraksi. Bekas pemilik Shanghai Shenhua, Zhu Jun sering turun beraksi dalam perlawanan persahabatan berprofil tinggi, dan pernah bergandingan dengan Nicolas Anelka menentang kelab Argentina, CN Sports pada Mei 2012.

Berusia 45 tahun pada ketika itu, Zhu Jun turut pernah mendesak agar dirinya beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United pada tahun yang sama, sebelum dpujuk untuk menarik diri.

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak China melalui pautan:

Kelab Liga Super China Ini Boleh Dimiliki Dengan Percuma

3 Hujah Pemuda Ini Jelaskan Kenapa Chinese Super League Tak Akan Kuasai Dunia

China Resah Cara Perbelanjaan Kelab Bola Sepak Sudah Lari Dari Matlamat Asal

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN