Sam Somerville Ikrar Mahu ‘Sedut’ Segalanya Bersama Skuad Harimau Malaya

Sam Somerville Penang FC 2021 Malaysia Harimau Malaya

Panggilan pertama untuk bersama Harimau Malaya buatkan Sam Somerville semakin teruja untuk membuktikan kemampuan dirinya mengawal benteng terakhir pasukan.

Sam Somerville merupakan antara muka baharu yang mendapat panggilan untuk bersama skuad kebangsaan dalam baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada 3 Jun depan, secara berpusat di Dubai, UAE.

Pemain kacukan Malaysia-England itu sudah lima tahun berada di Malaysia setelah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2016, namun hanya membarisi skuad simpanan, JDT II di Liga Premier. Beliau berhijrah ke Penang FC pada musim lalu.

Memiliki rekod cleansheet yang mengagumkan bersama Penang sejak musim lalu, Sam Somerville sentiasa menjadi sebutan penyokong bola sepak negara untuk dirinya membarisi skuad Harimau Malaya, namun baru kini, ia akhirnya bakal tertunai.

Musim lalu, Sam Somerville merekodkan empat cleansheet dalam membantu Penang menjuarai aksi Liga Premier 2020 dan hanya dibolosi lapan kali dalam 11 perlawanan. Untuk Liga Super musim ini, beliau telah merekodkan tiga cleansheet dalam tujuh aksi.

Untuk dua lagi penjaga gol, Farizal Marlias merekodkan tujuh cleansheet dalam 12 penampilan, sementara Khairulazhan Khalid pula hanya sekali tidak dibolosi dalam 13 penampilannya bersama Selangor FC, menjadikan Sam Somerville kedua terbaik.

Begitupun, penjaga gol berusia 26 tahun itu tetap menghormati pemain senior seperti Farizal Marlias yang sudah lama bersama skuad negara. Beliau menganggap dirinya seperti span yang akan menyedut segala ilmu dan pengalaman di kem skuad negara.

“Saya sudah lama berlatih bersama Farizal [Marlias] ketika di JDT, jadi saya sangat mengenalinya selain pesaing yang lain. Saya tahu betapa berpengalamannya mereka dan betapa besarnya nama mereka. Mereka sudah lama dalam bola sepak Malaysia.

“Ia tentang bagaimana saya mahu belajar dan melihat permainan mereka yang akan mampu meningkatkan kemampuan saya. Dan mungkin ada sesuatu yang saya juga akan bawa ke dalam skuad negara. Ia persaingan yang sangat baik,” jelasnya.

Ketika ditanya lanjut oleh Astro Arena mengenai panggilan pertamanya, Sam Somerville berkata itu merupakan antara impiannya sejak beberapa tahun ini.

“Saya memang mengimpikannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada awal tahun ini, saya telah sasarkan untuk mendapat panggilan skuad kebangsaan dan saya bekerja keras untuknya. Sangat lega kerana saya mampu dapatkannya,” jelasnya.

“Saya melangkah masuk ke dalam skuad sebagai pemain baharu yang akan bekerja keras kerana terdapat ramai pemain-pemain yang bagus dalam skuad kebangsaan. Saya akan menjadi ‘span’ yang menyedut segala ilmu dan pengalaman,” ujarnya.

Malaysia bakal berangkat ke UAE pada pengujung bulan ini dan bakal meneruskan baki saingan bertemu UAE, Vietnam dan Thailand. Malaysia berpeluang melangkah ke Piala Asia jika menjuarai saingan Kumpulan G itu. Malaysia kini di kedudukan kedua.

Baca lagi artikel lain mengenai Sam Somerville dan Harimau Malaya:

Tan Cheng Hoe Di Bandaraya Untuk Pantau 2 Penjaga Gol & ‘Awang’?

Pintu Skuad Kebangsaan Tak Pernah Tertutup, Tegas Cheng Hoe

Manzoor Azwira Harap Samuel Somerville Tidak Terlalu ‘Overconfident’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN