Episod baharu Wan Kuzain Wan Kamal dalam perjalanan kariernya di Amerika Syarikat bermula dengan langkah kanan apabila membantu Rio Grande Valley meraih kemenangan sulung dalam aksi pembukaan Kejuaraan USL.
Ia merupakan penampilan pertama pemain berusia 22 tahun tersebut bersama pasukan baharunya itu sejak berhijrah dari Sporting Kansas City pada awal tahun ini dan diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.
Starting XI.#ParaElValle pic.twitter.com/js5tfp2p1H
— Rio Grande Valley FC Toros (@RGVFC) May 2, 2021
Kuzain yang menyarung jersi nombor 21 telah diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih Wilmer Cabrera untuk menggerakan jentera tengah pasukan dan turut diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan-sepakan dari ‘set-pieces’.
Rio Grande berjaya menundukkan New Mexico United dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Elvis Amoh pada minit ke-65. Ia juga merupakan kali pertama pasukan tersebut meraih kemenangan dalam aksi pembukaan.
Dalam perlawanan tersebut pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia itu beraksi selama 72 minit sebelum diganti oleh Josue Soto.
Pada awal musim, laman rasmi Kejuaraan USL menyenaraikan Kuzain sebagai salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian dan dianggap sebagai aset penting buat pasukan yang berpangkalan di Texas tersebut.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wan Kuzain:
Wan Kuzain: Cinta Kepada Malaysia Dan AS Tidak Lebih Antara Satu Sama Lain
Sidang Editorial SB: Terima Kasih Wan Kuzain, Dan Selamat Maju Jaya