Biarpun dilanda krisis kecederaan, gandingan Danial Ashraf dan kapten, Endrick dos Santos di jentera tengah berjaya mencuri tumpuan para penyokong Penang FC.
Berdepan Terengganu FC pada Sabtu dilihat bakal memperlihatkan kemampuan sebenar gandingan ini yang mula diletakkan bersama sejak aksi berdepan PJ City FC. Danial Ashraf mula beraksi selepas Endrick mengalami kecederaan iaitu ketika berdepan UiTM FC pada minit ke-57 dan Endrick telah terlepas tiga aksi selepas itu.
Gandingan itu dibentuk ketika berdepan PJ City, namun segalanya masih belum menjadi disebabkan Penang masih mempertaruhkan gaya permainan yang sama dengan mengharapkan kepada Casagrande untuk menjadi sasaran hantaran mereka.
Perubahan gaya permainan Penang daripada mengharapkan targetman, Casagrande dengan membuat hantaran-hantaran jauh dan lintang kepada permainan hantaran dekat dan gerakan satu dua antara pemain berjaya memberi dimensi baharu kepada permainan Harimau Kumbang. Penang nampak lebih berbahaya di final third.
Endrick Dos Santos 'Rehat' Panjang, Penang FC Masih Ada Danial Ashraf https://t.co/gWfFn1eOFE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 1, 2021
Sri Pahang menjadi mangsa pertama perubahan permainan mereka dengan kekalahan besar 0-3, namun mungkin ramai yang menyatakan Tok Gajah sudah tidak kuat.
Mungkin ramai terlupa yang perubahan permainan Penang yang telah memerangkap anak didik Dollah Salleh pada malam itu. Tanpa Casagrande, Tomas Trucha mengubah gaya permainan mereka dan nampaknya ia membuahkan hasil buat mereka.
Penang dilihat menggunakan formasi 4-1-4-1 dan adakalanya mengubah kepada 4-1-3-2, dengan Endrick dilihat berada di pelbagai posisi. Dalam fasa menyerang, Endrick adakalanya dilihat membentuk gandingan serangan bersama Sheriddin Boboev.
Jadi, apakah sebenarnya peranan Endrick dalam skuad Harimau Kumbang ketika ini? Semuanya BOLA bertanyakan kepada Tomas Trucha, apakah peranan yang diberikan kepada kapten Penang itu pada pertemuan menentang Sri Pahang tempohari.
11' GOL | Endrick dos Santos membuka tirai jaringan di Stadium Bandaraya!
@fa_penang 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2021 pic.twitter.com/7dWC3AMmXN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 24, 2021
“Dia [Endrick] adalah pemain yang tahu di mana dia sepatutnya berada. Dia juga tahu bagaimana untuk bertahan dan menyerang. Hari ini dia adalah antara pemain terbaik.
“Dia cipta peluang dan dia juga meledakkan gol. Ini seharusnya kapten bermain. Yang penting adalah bagaimana pemain-pemain bangkit daripada aksi sebelum ini,” jelas Tomas Trucha yang seakan-akan memberi bayangan peranannya sebagai free-role.
David Rowley dilihat seperti pemain tengah klasik yang boleh membuat tugas bertahan dan menyerang, namun Danial Ashraf dan Endrick dilihat lebih tajam dan berbahaya berbanding David Rowley. Adakah gandingan ini bakal dipertaruhkan lagi?
Kelincahan kedua-dua pemain ini dilihat mampu mengucar-kacirkan Terengganu, namun tuan rumah tentunya sudah mengkaji permainan pelawat sebaiknya. Jadi, ini bakal menguji kemampuan sebenar gandingan Danial Ashraf dan Endrick.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel mengenai Penang FC:
Apa Rahsianya Perubahan Permainan Penang FC Ketika Tundukkan Sri Pahang?
Rowley: Penang Pasukan Kecil Tapi Pemain Ada Mentaliti Menang