Ryan Giggs ‘Kantoi’ Cabul Wanita, Bakal Terlepas Kendali Wales Di EURO 2020

Ryan Giggs

Pengurus Wales, Ryan Giggs sekali lagi terpalit dengan kontroversi berkaitan wanita apabila beliau didakwa kerana menyerang dua wanita di England.

Menurut laporan BBC News, Giggs bukan menyerang seorang malah dua orang wanita di Salford dengan kesalahan tersebut berlaku pada bulan November 2020.

Bekas pemain Manchester United itu didakwa atas kesalahan menyerang wanita dengan cuba memaksa dan mengawal mangsa.

Giggs telah dihadapkan ke mahkamah kerana perbuatan buruknya ini dan memilih untuk tidak mengaku kesalahan yang dilakukannya dihadapan hakim walaupun mangsa mempunyai kecederaan kecil sewaktu insiden berlaku.

Lebih mengejutkan, Giggs turut dikaitkan dengan beberapa lagi isu yang seumpamanya berlaku dari Disember 2017 hingga November 2020.

Apa yang terjadi ini pastinya mencalarkan reputasinya sebagai pengurus Wales, dan misinya tertumpu untuk membersihkan namanya sahaja.

“Saya fokus sepenuhnya untuk membersihkan nama saya. Saya menghormati penuh proses undang-undang dan betapa seriusnya isu ini.”

Oleh kerana itu, Giggs bakal terlepas untuk mengendalikan skuad Wales dalam aksi EURO 2020 yang bakal dilangsungkan pertengahan tahun ini di serata Eropah.

Tempatnya akan diganti oleh pembantunya iaitu Robert Page.

Bagi FA Wales pula, mereka akan melakukan perbincangan terperinci mengenai situasi Giggs serta impak kes beliau kepada persatuan serta pasukan kebangsaan.

Wales bakal berdepan Switzerland, Itali dan Turki dalam saingan peringkat kumpulan EURO 2020.

Baca juga artikel kami mengenai Ryan Giggs:

Giggs Nafi Tuduhan Kasari Teman Wanita

Giggs Mahu Manchester United Beli Lebih Ramai Pemain

Chelsea, Neville & Giggs Beri Penginapan Hotel Percuma Untuk Kakitangan Kesihatan Awam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN