Pasukan Norway membuka tirai aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Gibraltar dengan bersatu hati menyatakan protes mereka terhadap negara tuan rumah kejohanan, Qatar yang dituduh menindas golongan buruh di negara berkenaan.
Semua pemain termasuk bintang muda Borussia Dortmund, Erling Haaland dan pemain Arsenal, Martin Odegaard masing-masing menyarung baju yang tertera mesej ‘Hak asasi manusia – dalam dan luar padang’, sebelum sepak mula di mana mereka menang 3-0 pada perlawanan itu.
Norway yang kini dibarisi oleh pemain-pemain bintang generasi baharu dilihat dalam landasan terbaik untuk layak ke Piala Dunia sejak 1998, namun terdapat ura-ura yang mengatakan mereka bersedia untuk memboikot kejohanan tersebut.
Ståle Solbakkens first match and it's a WIN. 3 goals for Norway and 0 for Gibraltar
The Norwegian players also #protested against the #Qatar2022 World Cup with shirts saying "Human rights – on and off the pitch"
Norway is Nr. 1 in it's group.
Photo: TV 2 Norge#FIFA #GIBNOR pic.twitter.com/af7Sz1JTEj
— PeekPerformance | #DankeSeb (@PeekPerfomance) March 24, 2021
Kelab ternama Norway IL Tromso, menjadi pasukan pertama yang menggerakkan kempen agar negara Scandanavia itu memprotes tindakan kejam Qatar yang tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur sejak mendapat hak penganjuran pada 2010.
Media British, The Guardian melaporkan lebih 6,500 golongan pekerja asing telah meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat kerja atau penyakit berkaitan dengan pekerjaan mereka bermula dari 2011 hingga 2019.
Turut diketengahkan adalah tindakan mengeksploitasi pekerja asing dengan pembayaran gaji rendah setelah diikat oleh ‘ejen-ejen’ tertentu yang membawa mereka dari negara-negara miskin di seluruh dunia.
Menjawab pendedahan laporan berkenaan, kerajaan Qatar mengatakan kematian tersebut hanyalah ‘peratusan kecil’ berbanding 1.4 juta jumlah keseluruhan pekerja asing di negara kecil itu sepanjang termpoh berkenaan.
"I'm working six hours daily all week but getting paid just over seven riyals [$1.9] per hour."
How wage abuse is hurting Qatar's migrant workers https://t.co/jsQpIcSXM7 pic.twitter.com/CenAs0YSj7
— Al Jazeera English (@AJEnglish) August 26, 2020
Pihak kerajaan negara teluk itu juga menegaskan bahawa mereka telah mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing sepanjang dua dekad lalu.
Syarikat-syarikat yang didapati mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan juga telah dikenakan hukuman yang ‘setimpal’ dan ia membuktikan tuduhan yang dilemparkan langsung tidak berasas.
Jawatankuasa penganjuran Piala Dunia Qatar setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan protes pasukan Norway itu.
Norway merupakan negara yang amat mementingkan perjuangan hak asasi manusia menjunjung prinsip kesamarataan termasuk dalam bidang sukan.
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak (FA) Norway juga telah meluluskan cadangan agar pemain bola sepak kebangsaan wanita menerima kadar elaun yang sama dengan pemain lelaki.
Kredit Foto: Direkte TV2 Noerge
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
FA Norway Luluskan Cadangan Gaji Sama Rata Pemain Kebangsaan Lelaki Dan Wanita
Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini
Southgate Rasa Bersalah Terpaksa Ketepikan Patrick Bamford Wakili England