Sudah lumrah apabila bergelar penyokong dan peminat bola sepak sudah pasti anda tidak akan lari dari perdebatan.
Pemain manakah yang lebih baik, pasukan manakah yang lebih kuat, adalah antara subjek yang sering menjadi perdebatan.
Sekurang-kurangnya semua pihak bersetuju bahawa bola sepak pernah melahirkan ramai pemain-pemain hebat dunia, terutama di eropah yang menjadi kiblat sukan itu.
UEFA release their 'Ultimate Team of the Year'
The team is made up of the players who have made the UEFA TOTY XI the most amount of times since the inaugural team in 2000 pic.twitter.com/gVEScl8TEp
— FootballJOE (@FootballJOE) December 2, 2020
UEFA sendiri tidak lari dari kritikan dan perdebatan sebelum ini apabila menamakan kesebelasan terbaik Champions League sepanjang zaman, yang digelar Ultimate Team of the Year pada Disember lalu. Anehnya penilaian dilakukan berdasarkan kekerapan pemain tampil dalam Team of The Year sejak 2000.
Ramai bintang-bintang besar tiada di dalam senarai tersebut. Buannya mahu mempersoalkan senarai terebut. Namun berikut adalah senaraikan kesebelasan terbaik pemain pilihan kami sendiri, atau dengan kata lain bintang kesebelasan utama buangan UEFA yang tidak berada di dalam senarai tersebut.
Oliver Kahn
Di posisi penjaga gol sukar untuk memilih antara Gianluigi Buffon dan Oliver Kahn. Kami akhirnya memilih Kahn yang pernah memenangi Champions League.
Tangan emas Kahn memastikan kejuaraan Champions League musim 2000-01 menjadi milik Bayern Munich selepas ketangkasan beliau menyelamatkan tiga sepakan penalti pemain Valencia di perlawanan akhir.
The ‘first window’ is open for our #xmas2020 advent calendar.
Oliver Kahn
‘Der Titan’Arguably the greatest German keeper of all time (eclipses Maier & Neur) who managed to combine aggression, agility & shot stopping perfectly; essentially he was a brick wall!
Who’s your pick? pic.twitter.com/2aHZqeEUBG
— circa88 football (@circa88football) December 1, 2020
Dilabel sebagai antara penjaga gol yang agresif dan vokal, Kahn sememangnya seorang penjaga gol berkebolehan dan boleh diharap pada saat amat memerlukan.
Dani Alves
Pemain dari Brazil ini adalah sebahagian daripada anggota skuad Barcelona kendalian Pep Guardiola yang mendominasi eropah suatu ketika dahulu.
Bersama kelab dari Catalan tersebut, Dani Alves merangkul tiga kejuaraan Champions League, dan memainkan peranan besar di dalam pasukan sejak tiba di Nou Camp pada 2008.
Dani Alves provides Sergiño Dest with the secret to success at Barcelona. pic.twitter.com/8CQ9C98cr2
— ESPN FC (@ESPNFC) November 6, 2020
Dianggap antara bek kanan terbaik dunia dengan 36 kejuaraan sepanjang karier yang beliau lalui, ianya sukar untuk menafikan Alves.
Fabio Cannavaro
Cannavaro adalah pemain pertahanan ketiga yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or pada 2016, selain Franz Beckenbauer dan Matthias Sammer. Anugerah tersebut dimenangi oleh beliau selepas membimbing Itali muncul juara Piala Dunia.
On this day in 2006, @fabiocannavaro won the Ballon d’Or, the last Italian to do so ⭐️🇮🇹 pic.twitter.com/QpzSRPVDhK
— Italian Football TV (@IFTVofficial) November 27, 2020
Oleh kerana tiada pemain pertahanan lain yang pernah memenangi anugerah berprestij itu sehingga kini, maka nama Cannavaro adalah pilihan wajib buat kami walaupun bekas bintang Internazionale, Juventus dan Real Madrid ini tidak pernah memenangi Champions League.
Paolo Maldini
Apa pun alasan, nama Paolo Maldini tidak wajar ditinggalkan dari senarai ini.
Di antara Piala Eropah sehingga ke era Champions League, Maldini memenangi kejuaraan elit itu sebanyak lima kali.
Paolo Maldini, el legendario defensa del Milan, ganador de 5 UEFA Champions League, 7 Serie A, 5 Supercopa de Europa, 3 Copa Intercontinental / Mundial de Clubes y poseedor del récord de más partidos con su club con 902 #Milan #Maldini #DatosDelBalón #LeyendasDelBalón pic.twitter.com/DjNxGWSeC4
— Futbol League Press (@FutboLPress_) December 6, 2020
Merupakan salah seorang pemain yang bermain untuk satu kelab, Maldini telah memenangi 26 trofi sepanjang karier selama 24 tahun di Milan. Pantas, tegap dan segak, pertahanan Itali ini memegang rekod penampilan terbanyak di kejohanan anjuran UEFA – 173 penampilan, di samping muncul penjaring gol terpantas di pentas akhir UCL – 50 saat ketika menentang Liverpool di Istanbul. Lima kejuaraan eropah sekali lagi membuktika pemain ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Maldini adalah antara pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman dan terkenal dengan tackle sempurnanya, membuatkan ianya kelihatan mudah setiap kali beliau berhadapan dengan penyerang-penyerang terbaik dunia.
Alessandro Nesta
Ianya tidak mengejutkan untuk melihat mengapa pemain Itali mendominasi bahagian pertahanan. Era 2000-an sememangnya terkenal dengan benteng pasukan dari Itali yang sukar ditembusi lawan.
Buon compleanno my legend allesandro nesta #13 #Respect pic.twitter.com/0JtLTgjb9b
— Ardiansyah_Ivan (@Ivanmilano91) March 19, 2013
Nesta cemerlang ketika bersama Lazio namun di AC Milan lah di mana beliau benar-benar mencipta nama dengan dua kejuaraan Champions League.
Andrea Pirlo
Untuk bahagian tengah bertahan (DM) sekali lagi dilema pilihan berlaku antara Pirlo atau Claude Makelele. Pirlo adalah seorang arkitek. Makelele pula adalah pemusnah.
Andrea Pirlo: Was the highest rated player (7.82) in Serie A in 2012/13, averaging 3.1 key passes per game #TBT pic.twitter.com/CWJcEw7zZB
— WhoScored.com (@WhoScored) August 13, 2015
Memandangkan bahagian pertahanan yang dipilih sudah kuat, maka nama Pirlo adalah lebih sesuai untuk kesebelasan utama pilihan kami. Aneh mengapa UEFA tidak memilih Pirlo.
Zinedine Zidane
UEFA mungkin was-was dengan Pirlo. Tetapi bagaimana dengan Zinedine Zidane yang pernah menghasilkan jaringan ikonik Champions League seperti voli ketika menenyang Bayern Leverkusen?
6.Zinedine Zidane! Masterpiece sekaligus Om nya #admin7910 :D. Dia adalah bagian penting dari era Los Galaticos!!.. pic.twitter.com/q7UlRWIvH1
— ChicasRM Ambon (@Chicas_Ambon) November 19, 2013
Kita semua tahu keupayaan luar biasa Zidane yang ibarat konduktor sebuah okestra ketika melakukan serangan. Mana-mana pasukan sentiasa akan mengalukan bakat seperti Zidane.
Clarence Seedorf
Skuad Ajax 1994/95 adalah antara skuad terbaik pernah dihasilkan di Eropah. Maka sekurang-kurangnya seorang pemain dari pasukan tersebut adalah adil.
Tiada nama lain yang paling sesuai selain daripada Clarence Seedorf yang turut pernag menyarung jersi Real Madrid dan AC Milan sebanyak dua kali.
3 – Clarence #Seedorf is the only player in #ChampionsLeague’s history to have won the trophy with 3 different clubs (2x AC Milan, 1x Real Madrid, 1x Ajax). King. pic.twitter.com/fPDpuSjSlz
— OptaPaolo (@OptaPaolo) April 1, 2020
Sehingga kini pemain daripada Belanda ini kekal sebagai satu-satunya pemain di dunia yang pernah memenangi Champions League dengan tiga kelab berbeza.
Raul
Raul adalah penjaring terbanyak Champions League selama dua musim berturut-turut dan berada di kedudukan yang sama dengan Robert Lewandowski sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman, selain dari tiga kejuaraan Champions League.
⚽ Do you agree? 🤔 pic.twitter.com/hOusbxmsf3
— AS USA (@English_AS) December 2, 2020
Raul adalah definisi penyerang dan pemusnah lengkap pada ketika era sebelum kedatangan Messi dan Ronaldo.
Ronaldinho
Jika anda mahukan sebuah pasukan yang menghiburkan di atas padang, maka ia tidak sempurna tanpa Ronaldinho.
Mana-mana pasukan lawan yang terpaksa berhadapan dengan Ronaldinho pasti akan mengakui beliau adalah ancaman utama yang harus dikekang.
15 years ago today, Ronaldinho won the Ballon d'Or 🤩 pic.twitter.com/dJ4X8qcyhh
— GOAL (@goal) November 28, 2020
Bukan sahaja Ronaldinho berjaya menjulang Barcelona sebagai juara Champions League pada 2006, beliau turut meraih anugerah Ballon d’Or pada musim yang sama.
Ronaldo
Ada ramai penyerang ternama yang disisihkan oleh UEFA, tetapi ia bagaikan satu dosa jika anda mengabaikan Ronaldo Nazario.
Dikenali sebagai No.9 paling berbisa pernah ada, Ronaldo bagaimanapun tidak pernah memenangi Champions League.
🎉 Happy 43rd birthday @Ronaldo Nazário!
🏟 616 Games
⚽ 414 Goals2 🏆🇪🇸 La Liga
2 🏆🇪🇸 Supercopa
2 🏆🌎 World Cup
1 🏆🇪🇸 Copa Del Rey
1 🏆🇪🇺 UEFA Cup3 🏆🌎 FIFA WPOTY
2 🏆🌎 Ballon D’or🇪🇸 @RealMadrid Hall of Fame.
🇮🇹 @Inter Hall of Fame.
🇧🇷 O Fenômeno. pic.twitter.com/emmaHbblxw
— SPORF (@Sporf) September 18, 2019
Penyerang ini bukan sahaja tajam di hadapan gawang. Kemampuan dan keupayaan beliau menewaskan pemain pertahanan lawan dengan mudah, menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain paling menghiburkan pernah disaksikan.
Rumusan
Apa pendapat anda dengan senarai pilihan kami?
Adakah anda masih berpendapat Steven Gerrard itu lebih bagus dari Zinedine Zidane mahupun Clarence Seedorf?
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:
Kenali Formasi Bola Sepak Paling Popular Pilihan Kelab-Kelab Utama Eropah
Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini