Karsten Neitzel mengakui menghadapi malam yang sukar berdepan pemain nombor 12 Penang FC, Al-Hafiz Harun dalam usaha mereka memburu kemenangan kedua.
Selangor FC melalui kekalahan kedua musim ini dan ia daripada pasukan yang tidak dijangka mereka iaitu Penang FC, kalah 0-2 di Stadium MBPJ, malam tadi.
Ia kemenangan yang berharga buat anak buah Tomas Trucha selepas mereka melalui dua keputusan seri berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan UiTM FC serta kemenangan ini membantu mereka melonjak ke kedudukan ke-4 Liga Super 2021.
Kali terakhir Penang menewaskan Selangor di laman lawan adalah 15 tahun lalu, menang dengan jumlah jaringan yang sama menerusi Farizal Rozali dan Mat Saiful Mohamad dan kali ini, Al-Hafiz Harun dan Danial Ashraf pula mencetak jaringan.
Liga Super 2021: Selepas 15 Tahun, Penang FC Kembali Kejutkan Selangor FC https://t.co/3qkpBX8OwZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 20, 2021
Selangor melalui perlawanan yang sengit pada Rabu apabila berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menurut Karsten Nietzel, ‘wajah’ berbeza telah ditampilkan pemainnya dalam aksi malam ini berbanding ketika berdepan Harimau Selatan.
Ujarnya, “Kami telah bermain dengan baik pada Rabu tetapi hari ini ia sangat berlainan. Pemain telah mencuba pelbagai cara. Sudah tentunya kami kecewa. Ia keputusan yang buruk. Kami gagal untuk menjaringkan gol daripada peluang yang ada.”
“Kami memiliki dua peluang daripada Aliff [Haiqal] dan Ifedayo [Olusegun]. Jika mereka menjaringkan gol itu, ia akan memudahkan kami. Terutama sekali pada babak pertama, kami bermain terlalu perlahan daripada bawah,” jelas pengendali itu.
Pengendali kelahiran Jerman itu turut memberikan sebab kepada kegagalan mereka dan salah satunya adalah pemain sayap menyerang Penang, Al-Hafiz Harun.
Al-Hafiz Harun has been a good player since 2019. Underrated!
It's been a while since I've seen a local player who is good with his first touch, comfortable taking on players and smart with build-up plays.
And he is not pemain muda. Sudah 26. #MSL2021 #SELPEN
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 20, 2021
Pemain lincah dan laju itu kerap kali menjadi fokal utama Harimau Kumbang untuk menjana asakan ke kubu tuan rumah tetapi mujur buat Selangor, mereka memiliki bek tengah berusia 20 tahun, Jordan Ayimbila yang kerap kali membayanginya.
Kerap kali Jordan Ayimbila tampil menghalang gerakan yang cuba digerakkan pemain sayap berusia 26 tahun itu, namun akhirnya mereka gagal apabila pemain itu berjaya menghasilkan gol pada minit ke-38 menerusi rembatan deras ke sudut kanan gawang.
Gandingan Al-Hafiz Harun, Casagrande dan Sheriddin Boboev beberapa kali berhasil mengucar-kacirkan benteng The Red Giants pada babak pertama dalam usaha mereka memburu jaringan pembukaan dan akhirnya mereka berjaya melakukannya.
Selangor tewas kepada Penang/Pulau Pinang buat kali pertama sejak April 2008.
Ia juga merupakan kekalahan pertama Gergasi Merah di laman sendiri sejak awal musim lalu.#SELPEN#LigaSuper2021 pic.twitter.com/9ZZH1M4QCY
— Sukanz. (@sukanzcom) March 20, 2021
“Kami menghadapi masalah daripada serangan balas lawan terutamanya daripada pemain nombor 12 [Al-Hafiz Harun] pada babak pertama, itulah punca kami kalah pada hari ini,” ujar Neitzel sambil mengatakan kecergasan pemain bukan puncanya.
“Bercakap tentang tahap kecergasan, saya tidak mahu mengulasnya. Semua pasukan juga melalui jadual yang padat seperti kami. Tetapi beberapa pemain, sudah tentu penat. Kecergasan pemain bukanlah punca kepada kekalahan ini,” tegasnya.
Tambahnya, “Kami bermain terlalu perlahan daripada bawah. Itu yang membantu lawan untuk duduk lebih ke bawah dan ia menjadi semakin sukar dengan ramai pemain lawan bertahan. Kami bermain terlalu perlahan selepas memenangi bola.”
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Penang FC:
Liga Super 2021: Selepas 15 Tahun, Penang FC Kembali Kejutkan Selangor FC
Liga Super 2021: 5 Perkara Kemenangan JDT, ‘Berpeluh’ Tundukkan Penang FC
Casagrande Atau Sheriddin Boboev, Penang FC Perlu Buat Keputusan