Penjaring terbanyak Penang FC untuk dua musim di Liga Premier, Casagrande dilihat bergelut dengan saingan Liga Super 2021 dalam empat perlawanan setakat ini.
Kritikan sudah mula kedengaran mengenai sentuhan penyudah yang tak kunjung tiba penyerang kelahiran Brazil itu yang cemerlang dalam musim 2019 dan 2020. Beliau meledak hampir 20 gol dalam 19 penampilannya bersama Penang FC.
Sebelum bermula saingan musim 2021, sudah ramai mula tertanya-tanya, adakah Casagrande sudah melewati sumpahannya? Ya, beliau pernah beraksi di Liga Super dan sukar untuk meledak banyak gol seperti yang dilaluinya ketika ini.
Bersama Melaka United pada 2019 sebelum dipinjamkan ke Penang FC pada jendela perpindahan kedua, Casagrande yang pada musim sebelum itu merupakan pemenang Kasut Emas Liga Premier 2018 gagal menjelmakan aksi yang memikat.
Congrats Penang! Adeh melepas nak pi awayday Bandaraya.
Casagrande has done it again. Back to back promotion to MSL, last year with FELCRA, this year with Penang.
Well done, amigo! https://t.co/4Xez3YPSPJ
— حازم دين (@hazeemdin) July 20, 2019
Hanya tiga gol berjaya dijaringkannya dalam 12 perlawanan memaksa Melaka United mencari penyelesaian lain. Skuad Hang Tuah memerlukan pemain seperti penyerang mereka sebelum itu iaitu Yahor Zubovich dan Ifedayo Olusegun.
Jadi, selepas empat perlawanan, seakan-akan Casagrande masih disumpah dengan prestasinya pada musim pertamanya di Liga Super 2019 dan adakah Tomas Trucha bersedia merehatkan penyerang berusia 34 tahun itu berdepan Selangor?
Penang FC bertahan dengan baik, tetapi jika jentera serangan gagal beroperasi seperti sepatutnya, sampai bila mereka mampu bertahan? Rafael Vitor, Tyuji Utomo, Qeuntin Cheng dan Azmeer Aris membuktikan mereka sebagai antara benteng terbaik.
Berada di kedudukan ke-6 liga, mereka merekodkan tiga bolos, terbaik berbanding tiga pasukan di atas mereka iaitu Kedah (4 bolos), Selangor (6 bolos) dan PJ City (5 bolos). Harus diingat, mereka sudah bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.
Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan 'Overhaul' Jentera Serangan https://t.co/mapmulX7k3
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 17, 2021
Dalam sidang media selepas aksi mengecewakan Casagrande berdepan UiTM FC, Tomas Trucha memberi bayangan untuk merombak jentera serangannya, namun ia akan dilakukan selepas rehat dua minggu untuk panggilan skuad kebangsaan nanti.
Sheriddin Boboev bermain di posisi sayap dalam empat perlawanan setakat ini dan itu bukanlah posisinya. Menurut Tomas Trucha, beliau tiada masa untuk mencuba pemenang Kasut Emas Tajikistan Higher League 2019 itu sebagai penyerang.
Katanya, “Kita perlu melihat kepada umurnya. Kita bawanya sebagai pemain yang memiliki potensi. Dia bukanlah pemain yang kita harapkan impak segera.”
“Kedua, kita tidak meletaknya di posisi terbaiknya. Posisi terbaiknya adalah penyerang, mungkin bermain bersama Casagrande. Kami sedang memikirkannya. Ketika ini, kita kekurangan masa untuk mencubanya [dalam sesi latihan].
RASMI: Penang FC Bawa Masuk 'Ubi Muda' Tajikistan, Sheriddin Boboev https://t.co/mPMC8pu0Zm pic.twitter.com/C6gADSwePE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 12, 2020
“Ia akan mengambil masa dan selepas rehat panggilan skuad kebangsaan ini, mungkin kita akan kejutkan semua orang dengan perubahan jentera serangan kita,” ulasnya.
Namun, adakah Penang FC perlu menanti lama untuk membuat perubahan? Tidak salah untuk sesekali melakukan kejutan. Naluri seorang penyerang yang sudah biasa menjaringkan gol adalah untuk meledak gol. Berikan Sheriddin Boboev peluang.
Jika beliau gagal menghadirkan perubahan, ia tidak merugikan sesiapa, kerana masih ada masa untuk Penang FC memikirkan kaedah lain pula dan melakukan latihan dalam rehat dua minggu yang akan dilalui selepas aksi hujung minggu ini.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Penang FC:
Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan
Tomas Trucha: Kedah Tentunya Lega Dapat 1 Mata Berdepan Penang FC
Pernah Dikaitkan Dengan Kelantan, Ini 3 Fakta Pengendali Baharu Penang FC, Tomas Trucha