Kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Manchester City pada hujung minggu lalu adalah yang pertama menentang enam pasukan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Sebelum ini Manchester United sering kali dikecewakan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan yang sepatutnya mudah untuk mereka. Taktikal yang diterapkan oleh Solksjaer biasanya berkesan, namun beliau sering kali dikecewakan oleh ‘keputusan’ pemain-pemain ketika dalam permainan – terutama ketika melakukan serangan.
Menentang City, Manchester United dibantu oleh gol awal melalui sepakan penalti yang meletakkan mereka dalam keadaan selesa. Gol kedua pula hadir melalui serangan balas pantas dari sebelah kiri – kawasan yang menjadi tumpuan pemain-pemain United untuk dieksploitasi sepanjang perlawanan.
Menariknya, United tidak memiliki penguasaan bola dalam perlawanan ini, namun masih berjaya mencipta satu lagi clean sheet (tidak bolos). Di dalam bola sepak tidak memiliki penguasaan bola tidak bermakna anda tidak menguasai perlawanan. Jadi bagaimana Solksjaer menggunakan kekuatan lawan dan menjadikannya sebagai kelemahan untuk dieksploitasi?
Penganilis Premier League, Michael Cox berpendapat taktikal yang diterapkan oleh Solksjaer tidak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan oleh Jose Mourinho sebelum ini. Apakah yang beliau maksudkan?
Ciplak idea Mourinho
Untuk menang dalam perlawanan bola sepak, asasnya ialah untuk menjaringkan gol. Tetapi jika anda berjaya mengelak untuk dibocori, ia akan menambah kemungkinan pasukan anda untuk menang. Ini adalah asas bola sepak di sebalik semua jenis DNA dan falsafah yang dipraktikkan pada hari ini.
Apabila berhadapan Manchester City, kunci utamanya ialah untuk meneutralkan terlebih dahulu ancaman utama oleh dua pemain tengah mereka – kebiasaannya oleh Kevid de Bruyne dan Ilkay Gundogan – untuk memperolehi ruang di bahagian half space.
Pep Guardiola juga biasa menggunaka dua pemain sayap lain yang beraksi di wide area/sisi padang untuk meluaskan ruang permainan. Strategi ini akan membuka lebih ruang buay De Bruyne dan Ilkay Gundogan kerana jarak bek kiri/kanan secara automatik akan berjauhan dengan dua bek tengah.
Corak permainan oleh City ini menyebabkan beberapa pasukan tampil dengan formula tersendiri untuk cuba mengekang serangan pasukan ini. Paling ketara ialah langkah oleh Jose Mourinho yang menggunakan dua pemain tengah – Pierre-Emile Hojbjerg dan Moussa Sissoko – untuk beraksi bersama di bahagian pertahanan.
Langkah ini membenarkan Man City menguasai bahagian tengah, tetapi menyebabkan ancaman Man City dari bahagian hafl-space dimatikan – sebelum membalas gerakan dengan serangan balas pantas.
Sekali imbas taktikal Mourinho seperti menggunakan enam pemain pertahanan. Formula tersebut membuahkan hasil apabila Tottenham menewaskan City 2-0 pada November lalu.
Solksjaer sedar ancaman City
Ketinggalan 14 mata menjelang perlawanan ini, Ole Gunnar Solksjaer dan Manchester United tiada pilihan lain selain daripada memburu kemenangan – sekurang-kurangnya untuk merapatkan perbezaan mata dan menjarakkan diri dari pesaing lain.
Pengendali dari Norway ini sedar akan ancaman yang mampu dihadirkan City. Namun berbeza dengan Mourinho, beliau tidak sanggup mengorbankan jentera tengah. Untuk itu Solksjaer menggunakan pendekatan lain, namun mempunyai impak yang serupa sepertimana Spurs menghukum City.
Perkara paling ketara dalam permainan United ialah jarak dua pemain pertahanan tengah/pivot Scott McTominay dan juga Fred.
Kebiasaannya sesebuah pasukan akan cuba mengekang asakan serangan lawan di ruang antara dua garis/benteng pertahanan. Ia bertujuan untuk melindungi Zon 14 – kawasan tengah di luar kotak penalti – untuk dbocori lawan.
Manchester United bagaimanapun tidak peduli akan ancaman sedemikian dari City. Sebaliknya McTominay diarahkan untuk mengawasi pergerakan Gundogan, tatkala Fred merantai pergerakan De Bryune sepertimana yang di dalam tangkap layar di bawah.
Lihat pula bagaimana Gundogan dan De Bruyne menjarakkan diri ke zon yang lebih luas. Kedua-dua pemain Manchester United tersebut turut mengikuti mereka. Ia menjadikan 4-2-3-1 Solksjaer tampil dengan sistem di luar kebiasaan berbanding perlawanan-perlawanan lain.
Marcus Rashford dan Daniel James yang biasanya memainkan peranan sebagai pemain sayap dan kebiasaannya melakukan larian dari sisi padang. Dalam perlawanan ini kedua-dua pemain berada di zon lebih ke tengah di kawasan half-space.
Pada fasa bertahan James berada di hadapan McTominay seperti rajah di atas. Kebiasaannya situasi di atas akan membentuk 4-4-1-1 di mana James akan berada sebelah sisi McTominay.
Namun bentuk permainan Man United kekal 4-2-3-1. Dan corak permainan begini terus kekal sepanjang perlawanan. Tiga pemain di atas berfungsi untuk menjadi penghalang untuk City melakukan hantaran sepertimana yang mereka kehendaki.
Adakalanya kedudukan McTominay dan Fred berada di zon terlampau rendah sehingga sebaris dengan blok terakhir perlawanan sepertimana taktikal Mourinho. Namun ia langkah sementara sahaja kerana penekanan dan matlamat utama ialah untuk mematikan gerakan De Bruyne dan McTominay.
Peranan Marcus Rashford
Marcus Rashford bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyerang yang memburu jaringan dalam perlawanan ini. Beliau diberikan tugas khas oleh Solksjaer.
Bagaimana City harus bermain menentang United sekiranya Pelan A mereka – ancaman dari De Bruyne dan Gundogan – seperti di atas sudah terhalang?
Jawapannya ialah City beralih ke Joao Cancelo yang sering beralih peranan dari bek kanan untuk berada di ruang kosong di tengah sebagai pemain tengah.
Di sinilah Rashford berperanan penting. Rashford akan berada di ruangan half-space untuk menghalang John Stones melakukan hantaran ke tengah untuk memulakan gerakan.
Duel di bahagian sayap
Keadaan ini memaksa City melakukan hantaran ke sisi untuk melakukan ancaman dari bahagian sayap. Ia juga menyebabkan bek sisi United bersemuka satu lawan satu menentang pemain sayap City.
Aaron Wan-Bissaka cemerlang mendiamkan ancaman Raheem Sterling. Luke Shaw yang turut berperanan melakukan larian ke atas sedikit sukar untuk melakukan recovery untuk mengawal Riyad Mahrez.
Fasa akhir perlawanan
Memasuki fasa akhir perlawanan di mana City terdesak untuk malakukan sesuatu, Guardiola mengarahkan serangan tertumpu ke bahagian sayap. Kyle Walker dibawa masuk untuk menggantikan Cancelo untuk melakukan ancaman menggunakan overlapping dari sebelah kanan,
Ia hampir membuahkan hasil dengan hantaran lintang berbahaya yang dihasilkan pemain itu seperti peluang yang diperolehi oleh Sterling ini. Pada fasa ini Man United beraksi di garisan lebih rendah.
Phil Foden turut dibawa masuk oleh Guardiola kerana kelebihan kaki kiri pemain itu, sambil Sterling diarahkan beraksi di hadapan sebagai penyerang.
Penutup
Manchester City berjaya mencipta beberapa peluang pada 20 minit terakhir tatkala United bertahan di garis lebih rendah. Namun pada ketika ini tiada lagi keraguan taktikal Solksjaer telah berkesan.
Fred kerap hilang bola dalam perlawanan ini. Namun dari segi taktikal, gandingan beliau bersama McTominay berjaya mengekang Mancheseter City memperagakan bola sepak yang mereka biasa mainkan.
Solksjaer dan Manchester United berjaya menamatkan rentetan 21 kemenangan berturut-turut Manchester City.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United melalui pautan di bawah:
5 Perkara Daripada Penaklukan Etihad Oleh United Dalam Derbi Manchester
5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini
3 Kelab Yang Boleh Disertai Dean Henderson Jika Terus Dipinggir Manchester United