Belum lagi bermula sepak mula Liga Malaysia tetapi penyokong bakal disajikan dengan aksi permusuhan yang cukup menarik antara Kuala Lumpur United dengan Selangor.
Kedua-dua pasukan ini akan bertemu dalam aksi pra-musim yang diberi nama sebagai The Derby yang bakal disiarkan secara langsung ke serata negara.
KL United yang masih lagi segar dengan kemenangan besar ke atas Sabah dalam aksi persahabatan pastinya berada dalam prestasi yang baik menjelang perlawanan ini.
Kemenangan 4-1 ke atas Sabah menyaksikan yang skuad kendalian Bojan Hodak ini sudah mula menampakkan keserasian bermain sesama mereka terutamanya gandingan serangan melibatkan Dominique Da Sylva, Paulo Josue dan juga Indra Putra.
Sementara Selangor yang turut melakukan persiapan pra-musim mereka secara tertutup pastinya akan menarik minat ramai penyokong mereka dengan penambahan pemain-pemain baharu baik tempatan mahupun import.
Mereka juga pastinya akan teruja untuk menyaksikan bagaimana DNA Jerman yang dibawa oleh Karsten Neitzel kepada pasukan Selangor bagi saingan musim 2021.
Perlawanan tersebut bakal diadakan di Stadium KLFA di Cheras tanpa kehadiran penonton atas faktor larangan kerajaan ketika ini.
Akan tetapi, perlawanan tersebut akan disiarkan menerusi saluran berbayar Astro pada Sabtu, 27 Februari jam 9 malam jadi penyokong kedua-dua pasukan boleh menyaksikannya secara langsung.
Siapa yang akan menguasai Lembah Klang? 27 Februari ini akan kita jumpa jawapannya!
Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Malaysia:
Peluang Amri Yahya Kotakan ‘Ikrar’ Yang Dibuatnya Pada November 2019
Manuel Konrad Gembira Bermain Untuk Selangor Yang Cukup Terkenal