Apa Status Terkini Perak II Selepas Lantik Syamsul Saad?

head-coach-syamsul-saad-2016-perak-II-2021

Selain PDRM FC yang sedikit perlahan di jendela perpindahan dan pendaftaran pemain musim 2021, Perak II juga dilihat belum membuat sebarang transaksi lagi.

Ketika ini sedang rancak berlangsung perpindahan pemain di jendela perpindahan pertama Liga Malaysia, namun Perak II dilihat statik sejak mengumumkan Syamsul Saad sebagai pengendali pasukan untuk menggantikan Abu Bakar Fadzim.

Adakah mereka akan menggunakan sepenuhnya pemain-pemain tempatan selaras dengan status pasukan yang sepatutnya pasukan pembangunan untuk Perak?

Masalah tunggakan gaji

Semua telah sedia maklum, Perak FC sedang melalui masalah tunggakan gaji sejak November lalu. Sudah dimaklumkan baru-baru ini yang masalah tersebut akan diselesaikan apabila bantuan daripada kerajaan negeri sudah diperolehi.

Sebelum itu, masalah ini dikatakan membawa kepada peletakkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu dan timbalannya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah pada penghujung Januari lalu. Ia dikatakan berpunca daripada masalah untuk mendapatkan penaja dan bantuan kerajaan negeri.

Ahmad Faizal yang meletak jawatan Menteri Besar Perak pada Disember, menyatakan yang disebabkan itu, beliau telah kehilangan sumber dan dana untuk membayar gaji pegawai dan pemain Perak FC sejak November sehingga Januari 2021.

Katanya yang bercadang kekal sebagai Presiden PAFA, “Saya juga mendengar khabar berita daripada angin, daripada udara, daripada burung yang menyampaikan kononnya saya, kerajaan ataupun YAB Menteri Besar sendiri tidak berhasrat untuk membantu persatuan selagi saya memikul tanggungjawab sebagai Presiden.”

Perak II perlukan import ke?

Secara dasarnya, Perak II adalah skuad pembangunan untuk Perak. Begitupun, pada musim lalu, mereka tetap menyenaraikan empat pemain import bagi bersaing. Jika skuad utama melalui masalah tunggakan gaji, sudah pastinya Perak II juga tidak terkecuali. Ia pasti mengganggu perancangan pasukan untuk musim depan.

Menurut Abu Bakar Fadzim, pada pendapatnya, mereka tetap memerlukan tenaga pemain import untuk memberi saingan kepada pasukan lain. Namun, segalanya tidak menjadi apabila Perak II menamatkan saingan di kedudukan tercorot.

Penjaga gol import, Yaren Sozer hanya beraksi beberapa perlawanan sebelum dihantar pulang sementara kudrat Bruno Bezerra pula ditagih untuk bersama skuad utama. Hanya Sacha Petshi dan Tarik Isic yang banyak diturunkan bersama mereka.

Oleh itu, adakah mereka sekali lagi akan membawa pemain import untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain di Liga Premier? Selain memberi saingan, sebenarnya salah satu tujuan mereka juga adalah untuk menawarkan sokongan kepada skuad utama sekiranya berlaku kecederaan kepada pemain import mereka.

https://twitter.com/TheWorldGame/status/1269891358493294592

Mungkin dua atau tiga pemain import

Skuad Perak II dikhabarkan akan dibarisi oleh baki pemain musim lalu dan akan ditambah dengan kehadiran 11 pemain daripada skuad Piala Presiden musim lalu.

Selain itu, sekitar Januari lalu dikhabarkan Perak II akan membariskan dua pemain import yang tidak dimaklumkan identiti mereka sehingga kini. Adakah ‘projek’ Ahmad Faizal itu akan diteruskan oleh pengurusan baharu mereka ketika ini?

Bercakap kepada Bernama, Ahmad Faizal berkata, “Skuad ini [Perak II] hanya akan menggunakan dua pemain import. Ini kerana kita mahu memberikan lebih peluang kepada pemain tempatan untuk bermain dan mengisi ruang di skuad utama Perak, jika berlaku kecederaan, penggantungan pemain atau berprestasi buruk.”

Begitupun, menurut maklumat yang diperolehi daripada sumber Semuanya BOLA, Perak II mungkin akan menyenaraikan tiga pemain import musim depan.

Adakah Syamsul Saad dan Perak II akan mampu memberikan saingan di Liga Premier? Adakah masalah yang dilalui kini, merencatkan persediaan mereka?

KREDIT FEATURED IMAGE: PERAK TBG

Baca lagi artikel lain mengenai Perak FC:

Fakta Menarik Perak II Dalam Kempen Liga Premier 2020

Logo Tangkap Muat, Adakah Perak FC Akan Buat ‘U-Turn’?

Jenama Tempatan Jadi Pilihan Perak FC Hadapi Musim 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN