Kekalahan ketiga berturut-turut di laman sendiri merupakan rekod buruk yang menjadi asbab untuk segelintir penyokong Liverpool terus mendesak agar Jurgen Klopp dipecat dan digantikan dengan legenda kelab Steven Gerrard.
Kekalahan 4-1 tersebut meletakkan Liverpool dalam keadaan sukar untuk mempertahankan kejuaraan selepas ketinggalan 10 mata dengan pendahulu Manchester City yang turut mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Selepas 38 perlawanan tanpa tewas di Anfield, stadium keramat itu tidak lagi menjadi ‘tembok besar’ buat juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut yang sebelum ini turut tewas kepada Burnley dan Brighton & Hove Albion.
The last time Liverpool Football Club lost three home league games in a row was 20,966 days ago. She Loves You by The Beatles was number one, The Great Escape was showing in cinemas, and Jurgen Klopp was still four years away from being born. pic.twitter.com/NigAru0qfg
— FootballJOE (@FootballJOE) February 7, 2021
Walaupun kebanyakan peminat setia The Reds melihat prestasi goyah pasukan tersebut adalah berpunca krisis kecederaan, namun ada yang berpendapat tindakan Klopp untuk terus menggunakan pemain tengah di bahagian pertahanan merupakan salah satu punca.
Liverpool setakat ini telah kehilangan tiga tonggak utama di barisan pertahanan akibat kecederaan jangka panjang iaitu Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip.
Namun mereka masih ada Rhys Williams dan Nathaniel Phillips dan baru sahaja mendapatkan dua pemain pertahanan baharu Ben Davies dari Preston North End dan Ozan Kabak dari Schalke 04.
Liverpool announce the signing of Ozan Kabak from Schalke on a loan until the end of the season.
Liverpool have their defenders 🔒 pic.twitter.com/14P4WOdUxA
— B/R Football (@brfootball) February 1, 2021
Dalam satu temubual bersama TalkSport, penyokong tersebut yang dikenali sebagai David membandingkan dengan Brendan Rodgers yang dipecat selepas Liverpool tewas 6-1 kepada Stoke City.
“Sekarang, Liverpool musim ini sudah alami dua kekalahan teruk, 7-2 kepada Aston Villa dan kini 4-1 kepada Manchester City. Malah mereka juga tewas kepada Brighton dan Burnley di tempat sendiri,” ujar David dengan penuh emosional.
“Kamu tahu kenapa Alisson [Becker] melakukan kesilapan? Kerana pemain pertahanan yang ada di hadapannya tidak cukup bagus. Ini adalah krisis, tetapi saya tidak rasa Jurgen Klopp boleh menyelesaikannya, dia tiada ‘plan B’.
https://twitter.com/Adammisc20/status/1358515145333501954?s=20
“Saya mahu Steven Gerrard! Dia telah menang liga di Scotland. Kita perlukan Gerrard, yang mampu memimpin dengan baik. Jordan Henderson bukan seorang pemimpin!”
Ianya bukan kali pertama David menyatakan perkara berkenaan. Pada penghujung November lalu beliau juga telah mendesak perkara yang sama kerana tidak yakin Klopp mampu memberikan kejayaan berterusan kepada Liverpool.
“Saya merasakan ia [kekalahan] akan berlaku lagi. Dia kini sedang membawa pasukan mundur ke belakang. Jika keadaan ini berterusan, ya saya mahu dia dipecat.”
Rangers di bawah kendalian Gerrard kini di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Scotland selepas selesa mendahului dengan 76 mata selepas 28 perlawanan, meninggalkan juara bertahan Celtic 21 mata di belakang.
📸 GALLERY: Rangers 1-0 St Johnstone
👉 Check out the full gallery from Steven Gerrard's 100th win as #RangersFC manager: https://t.co/ZMy4ioxLlK pic.twitter.com/MYcdF4nP7K
— Rangers Football Club (@RangersFC) February 3, 2021
Dalam 153 perlawanan, bekas kapten Liverpool tersebut telah mencatat 100 kemenangan, 33 seri dan hanya tewas 20 kali sahaja sejak mengambil alih jawatan pengurus di Ibrox bermula Mei 2018.
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp dan Liverpool:
Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata
6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992