Akhirnya persoalan mengenai isu pemain naturalisasi negara, Mohamadao Sumareh dengan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) telah dijawab oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pahang akhirnya diarahkan untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM4.9 juta kepada pemain kelahiran Gambia itu, selepas kes tersebut diheret ke pengetahuan FIFA pada tahun lalu lagi.
PBNP dilaporkan akan merayu kes tersebut di Mahkamah Timbang Tara Antarabansa (CAS). Di sebalik apa yang sedang berlaku, berikut adalah lima perkara yang berkisar dengan kedua-dua pihak yang masih belum ada jawapan.
1. Pengurusan PBNP tidak sedar klausa 8.7?
Apabila FIFA sudah memberikan arahan kepada PBNP untuk menjelaskan tunggakan, maka ianya jelas dakwaan Sumareh bekas majikannya itu telah melanggar kontrak adalah benar.
Bukan sahaja PBNP gagal membayar gaji pemain itu menurut masa ditetatpkan, malah PBNP dilaporkan gagal memenuhi klausa di dalam kontrak yang menjanjikan kenaikan gaji sebanyak RM20,362 setahun kepada pemain itu bermula pada musim keduanya bersama skuad Tok Gajah.
KRONOLOGI KES SUMAREH VS PBNP
4 OGOS 2020
Mengikut kenyataan dari FAM pada 22 September 2020, Sumareh menghantar surat kepada PBNP mengaktifkan klausa 8.7 yg mengatakan bahawa pemain boleh membatalkan kontrak sekiranya gaji tidak dibayar lebih dari satu kali. #OptaJ pic.twitter.com/LzWcJqPayb— OptaJ (@OptaJ_Analytics) February 6, 2021
Klausa 8.7 membenarkan kontrak ditamatkan tanpa apa-apa kesan(sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika pemain tidak menerima gajinya lebih dari satu kali. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri turut memberi peringatan kepada PBNP mengenai situasi tersebut, namun tidak diendahlan.
Persoalannya kini ialah bagaimana PBNP tidak sedar akan perkara ini? Adakah terdapat isu kompetensi di kalangan pengurusan PBNP itu sendiri sehingga mengabaikan klausa tersebut. Bukan sahaja mengabaikan, PBNP turut mengambil langkah sendiri menghukum Sumareh.
Adakah tahap profesionalisme persatuan/kelab bola sepak di negara kita begitu naif?
2. Sumareh dakwa Tengku Muda Pahang tidak tahu?
Memetik kenyataan Sumareh di New Straits Times, “Saya berharap akan ada seseorang daripada Pahang FA akan bercakap benar dan memaklumkan kepada Tengku Muda. Saya sangat pasti, Tengku tidak tahu situasi yang saya lalui ketika ini.”
Sumareh berkata lagi, “Sebenarnya, kewajipan kontrak tidak dipenuhi selama tiga tahun. Terlalu lama, tiga tahun. Saya telah mengirim surat, e-mel, tetapi tidak ada satu pun balasan atau jemputan untuk duduk membincangkannya.”
Pemain berusia 25 tahun itu juga memaklumkan telah menghantar sendiri surat sama ada melalui pos ataupun secara serahan tangan ke pejabat. “Tiada siapa respon kepada saya, tiada siapa ajak duduk untuk berbincang,” tambahnya.
Sumareh: Saya Rasa Tengku Muda Tidak Dimaklumkan https://t.co/DsjNG7oF4b pic.twitter.com/uKB4OIFFfJ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 9, 2020
Beliau akhirnya memilih untuk bersuara kerana ketika ini terlalu banyak kecaman yang diterimanya daripada pelbagai sudut terutamanya daripada penyokong-penyokong yang menurutnya, sangat menyedihkannya apabila dibaca.
Adakah benar YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni; Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden PBNP dan pemilik Sri Pahang FC tidak mengetahui apa yang berlaku? Atau adakah perkara tersebut disembunyikan dari pengetahuan baginda?
Difahamkan kerakyatan Sumareh sehingga layak menyarung jersi Harimau Malaya adalah atas jasa Tengku Muda Pahang. Sukar untuk membayangkan seorang pemimpin seperti Tengku Muda Pahang tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
3. Hanya seketika dengan Polis Tero FC?
Selepas meninggalkan Pahang pada tahun lalu berdasarkan klausa 8.7, jelas sekali Sumareh akan mencari pasukan baharu. Agak mengejutkan apabila Sumareh memilih untuk menyertai Polis Tero FC di Liga Thai.
Setiap pemain negara yang memilih untuk beraksi di luar negara sememangnya wajar disokong. Namun di dalam kes Sumareh, ramai yang sangsi akan pemergiannya. Ramai bertanggapan ianya hanya bersifat sementara.
Keputusan pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh menyertai kelab Liga Thailand Police Tero FC, mungkin satu persinggahan sementara sebelum menyertai pasukan seterusnya.
OFFICIAL: Mohamadou Sumareh will now be playing in the Thai League for Police Tero FC after leaving Malaysia's Pahang FC. pic.twitter.com/EQ89geU0IW
— ESPN Asia (@ESPNAsia) September 7, 2020
Penghijrahan ke Police Tero FC itu disifatkan legenda bola sepak negara Khalid Ali sebagai suatu ‘tempoh bertenang’ selepas Sumareh, 25, menamatkan kontrak bersama Pahang secara mengejut, sekali gus meninggalkan pasukan itu dalam keadaan penuh kontroversi.
Telahan itu ternyata benar. Sumareh dikatakan telah meninggalkan pasukannya yang bersaing di Thai League 1, Police Tero selepas kontraknya dikatakan tidak akan dilanjutkan. Sejak berada di sana bermula September lalu, pemain naturalisasi pertama negara itu hanya sempat tampil beraksi dalam empat perlawanan dengan hanya 111 minit permainan. Jadi apakah keperluannya ke Thailand?
4. Kontroversi kontrak ditawarkan Selangor
Tatkala isu pemergian Sumareh ke Thailand diselebungi kontroversi, pemilik pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) kemudiannya mendedahkan tawaran kontrak kepada pemain itu oleh Selangor.
Tiga perbualan melalui aplikasi WhatsApp dengan tiga individu berbeza dari Persatuan Bola Sepak Selangor turut didedahkan bersama dengan butiran kontrak yang ditawarkan kepada pemain kelahiran Gambia itu.
Contract for Sumareh from Selangor as revealed by TMJ 👀 pic.twitter.com/ME8b5QOdSa
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) September 20, 2020
Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon. Namun demikian Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.
Pihak FAS berkata mereka sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada ketika itu.
Tidak salah untuk Selangor cuba memancing Sumareh. Mana-mana pasukan pasti mahukan pemain sehenat Sumareh. Persoalannya ialah adakah Sumareh turut cuba menyertai Selangor sebelum menyertai Police Tero FC? Jika berminat menyertai Selangor, mengapa perlu bergegas untuk ke Thailand pada ketika itu? Sumareh boleh sahaja menyertai latihan Selangor untuk mengekalkan kecergasan berbanding hanya untuk mendapatkan hanya 111 minit permainan di Thailand.
5. Pasukan Liga Malaysia mana bakal disertai Pahang
Sekarang persoalan terbesar ialah pasukan Liga Malaysia manakah yang akan disertai oleh Sumareh? Sehingga kini belum boleh dipastikan destinasi sebenar pemain ini.
Selepas ‘kontrak yang ditawarkan kepada pemain itu sebelum ini bocor Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah ‘menarik diri’ daripada mendapatkan khidmat pemain naturalisasi pertama negara itu pada November lalu. Malah persiapan skuad The Red Giants pada hari ini tampak seperti sudah lengkap, dan sudah tentu Sumareh tiada dalam perancangan.
Selain Selangor, Sumareh turut dikaitkan dengan pasukan Kedah. Namun perkara itu dinafikan pula oleh Kedah.
TMJ signals Safawi's return in 2021, excited for Danial, eyes possible moves for Angking and Sumareh https://t.co/MkYc1HHwJu pic.twitter.com/lV5yFcyH51
— Goal Kenya (@GoalcomKenya) December 19, 2020
Lagi pun skuad kendalian Aidil Sharin sudah mempunyai pemain yang mencukupi di posisi yang sama dengan Sumareh seperti Rabih Ataya, Faizat Ghazli dan Azamuddin Akil.
Berdasarkan pendapatan dan gaji yang diterima Sumareh sebelum ini, jelas sekali tidak banyak pasukan di Liga Malaysia yang mempunyai kemampuan sedemikian pada hari ini.
JDT dilihat sebagai destinasi hampir pasti buat Sumareh pada musim 2021. TMJ tidak menyembunyikan minat untuk mendapatkan khidmat pemain itu apabila secara terbuka berkata perlu mendapatkan restu Tengku Muda Pahang terlebih dahulu untuk berbuat demikian di dalam satu temu bual bersama Astro Arena sebelum ini. Atau adakah Sumareh sekali lagi akan beraksi di luar negara?
Penutup
Apakah perkara seterusnya untuk Sumareh? Sebagai peminat bola sepak tanah air, sudah tentu kita tidak mahu melihat episod tahun 2020 yang menimpa Sumareh akan menganggu prestasi beliau bersama skuad kebangsaan.
Pemain sayap kanan berusia 26 tahun itu memulakan karier antarabangsanya dengan baik bersama skuad Tan Cheng Hoe. Sudah tentu kita mahu pretasi serupa atau yang lebih baik berterusan selepas ini.
Baca artikel menarik lain mengenai Sumareh seperti di bawah:
FIFA: Pahang Ada 45 Hari Untuk Bayar RM4.9 Juta Kepada Sumareh
CEO Kedah Sahkan Cerita Tentang Sumareh, Liridon Hanya Spekulasi
FAM Hanya Maklumkan Kepada FAS Mengenai Status Mohamadou Sumareh