Analisis: Statistik Cemerlang Nathaniel Phillips Yang Boleh Mengubah Strategi Klopp Di Pasaran Pemain

Ketiadaan Van Dijk diraikan oleh penyokong lawan. Apa tidaknya. Pemain pertahanan dari Belanda itu bukan sahaja berkesan di bahagian pertahanan, malah mampu menjadi perbezaan antara kalah dan menang tatkala gandingan rangkaian serangkai buntuk menemui jaringan.

Demikianlah pentingnya Van Dijk di dalam sistem permainan Klopp dan Liverpool. Buat penyokong Liverpool yang terasa kerana diketawakan penyokong lawan disebabkan ketiadaan Van Dijk, anda silap jika berpendapat mereka ketawakan kecederaan tersebut.

Tidak ada siapa pun layak diketawakan kerana kecelakaan. Mereka yang ketawa itu sebenarnya gembira Liverpool hilang khidmat Van Dijk dan ini bermakna pasukan lain mempunyai ruang untuk menewaskan Liverpool.

Anda harus ingat betapa cemerlangnya Liverpool mengutip mata di saingan liga sejak dua musim lalu. Namun tanpa Van Dijk, Liverpool telah hilang rekod kebal mereka di Anfield, tersingkir dari saingan Piala FA oleh Manchester United.

Secara keseluruhan Liverpool telah tercicir 18 mata daripada keseluruhan 48 mata maksimum yang boleh dicapai oleh pasukan itu sejak Van Dijk terpaksa disisihkan oleh Klopp akibat kecederaan.

Formula Klopp

Selain Van Dijk, Klopp masih mempunyai Joe Gomez dan juga Joel Matip di posisi tersebut. Seperti Van Dijk, Matip juga tidak cergas. Keadaan ini memaksa Klopp meletakkan Fabinho beraksi di posisi pertahanan menggantikan Van Dijk.

Ia bukan menghairankan mengapa Klopp pantas beralih kepada pemain dari Brazil ini. Satu perkara yang perlu diketahui mengenai Fabinho ialah versatiliti yang dimiliki oleh pemain ini.

Selain daripada mampu beraksi di bahagian bek kanan, Fabinho turut boleh beraksi sebagai pemain tengah pertahanan. Ramai yang lupa bakat Fabinho pada peringkat awal di Real Madrid Castilla sebenarnya bermula di posisi bek kanan.

Berpaksikan Fabinho, Klopp telah mencuba beberapa kombinasi baharu di bahagian pertahanan tengah. Fabinho-Henderson, Fabinho-Rys Williams adalah antara yang paling banyak diturunkan.

Seorang lagi pemain yang turut berada di dalam senarai pemain Klopp ialah pemain kelahiran Bolton, Nathaniel Phillips.

Nathaniel Phillips

Di sebalik calon pilihan yang ada, Klopp bertindak sebaliknya, dan dengan drastik memberikan Nathaniel Phillips debut dalam perlawanan menentang West Ham pada 1 November lalu

Siapakah gerangannya Nathaniel Phillips? Nathaniel adalah anak kepada Jimmy Philip, bekas kepada pemain Bolton Wanderers.

Merupakan produk akademi Bolton, Nathaniel menyertai Liverpool pada permulaan musim 2016/17 selepas ujian kelayakkan yang meyakinkan.

Sebenarnya Nathaniel turut ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di Universiti of North Carolina. Namun demikian tawaran tersebut ditolak, kerana sudah pun bertekad untuk menyertai Liverpool.

Selepas tiga musim bersama skuad simpanan, Liverpool berpendapat Nathaniel sudah bersedia untuk aksi di kesebelasan utama namun menghantar pemain ini ke Jerman untuk bersama Stuttgart – yang pada ketika itu bermain di Divisyen 2 bola sepak jerman.

Dan pada musim lalu, Nathaniel telah melakukan 19 penampilan untuk kelab Jerman itu di mana Stuttgart tidak dibolosi dalam 6 perlawanan ketika beliau beraksi.

Harus diakui tidak mudah untuk seseorang pemain muda untuk menembusi skuad utama Liverpool. Apatah lagi kesebelasan utama kendalian The Reds kerana kualiti yang ada di dalam skuad utama.

Nathaniel Phillips tidak terkecuali. Pada satu ketika beliau sendiri hampir sahaja meninggalkan Anfield.

Debut Nathaniel Phillips vs West Ham

Tidak boleh dinafikan elemen nasib telah membuka ruang untuk beliau bersaing dan kini berpeluang membangunkan bakatnya di bawah kendalian Klopp.

“Saya sangat menikmati pelawanan pada hari ini,” ujar Nathaniel selepas debut beliu di Premier League menentang West Ham pada Oktober lalu.

“Ia adalah perlawanan yang sengit, dengan banyak bola di udara untuk direbut, tetapi itulah kekuatan saya. Maka untuk bahagian tersebut saya menikmati perlawanan ini.

“Saya sangat memberikan perhatian kepada perlawanan pada hujung minggi sehinggalah ke detik ini, namun jika peluang datang lagi, saya bersedia untuk kembali beraksi.”

Apa yang diperkatakan oleh Nathaniel itu adalah nada keyakinan seorang pemain muda yang begitu teruja untuk membuktikan kemampuannya.

Sepanjang perlawanan, Nathaniel Phillips telah melakukan 9 clearances. Jumlah tersebut adalah jumlah clearance terbanyak di kalangan semua pemain yang beraksi dalam perlawanan pada malam tadi.

Pemain pertahanan itu turut mengecewakan bahagian serangan West Ham sepanjang perlawanan dengan menghasilkan dua interceptions dan enam ball recoveries.

Jika Van Dijk dikenali kerana kekuatan fizikalnya dalam perebutan bola di udara, Phillips juga membantu mengisi bahagian itu dengan memenangi lima duel dalam perebutan bola di udara.

Ia juga bermakna Phillips juga menjadi pemain paling banyak memenangi duel di udara dalam perlawanan ini.

Seperti juga Van Dijk, pemain pertahanan berusia 23 tahun ini juga cemerlang dan selesa apabila mengawal bola. Sepanjang perlawanan beliau merekodkan 96 sentuhan dan melengkapkan 66 hantaran – iaitu purata 81.5%.

Gol Pablo Fornal yang memberikan pendahuluan juga bukan berpunca daripada beliau. Ini bermakna Nathaniel Phillips merekodkan zero errors dalam perlawanan menentang The Hammers.

Perlu diberi peluang lebih kerap

Selepas prestasi cemerlang bersama skuad utama The Reds menentang West Ham itu, Nathaniel Phillips hanya turun beraksi dalam empat perlawanan Premier League, termasuk sekali lagi menentang West Ham pada awal pagi tadi.

Itupun selepas Klopp kehilangan Fabinho dan Matip. Permainan yang ditampilkan seorang lagi pemain muda, Rys Williams sejak beberapa perlawanan lalu terutama menentang Man United menyebabkan Klopp sekali lagi beralih kepada Phillips. Dalam perlawanan menentang West Ham pada awal pagi tadi, beliau digandingkan bersama Henderson di bahagian petahanan.

Sekali lagi Phillips tidak mengecewakan apabila memenangi 100% bentesan dan tujuh perebutan bola tinggi berhadapan penyerang pasukan lawan. Lebih mengkagumkan Phillips turut berjaya melakukan 100% dribles, memberi indikasi beliau amat selepas dengan bola di kaki.

Anda juga boleh merujuk kepada heat map oleh Phillips seperti di atas. Beliau amat dominan di kawasan garis tinggi pertahanan Liverpool.

Berdasarkans segala perincian di atas, ia bermakna Nathaniel Phillips sememangnya sudah masak dengan DNA bola sepak Klopp.

 

Beliau tahu akan ekspektasi yang dituntut dari beliau sebagai pemain pertahanan.

Ia bukan satu kebetulan untuk Liverpool menang dua perlawanan berturut-turut termasuk menentang Tottenham Hotspur dengan jaringan 3-1 sebelum ini. Sedikit sebanyak ia juga disebabkan kehadiran Phillips di posisi itu.

Rumusan

Apa yang diperlukan oleh Nathaniel Phillips sekarang ialah kepercayaan daripada Jurgen Klopp.

Keberkesanan Nathaniel Phillips dalam perlawanan menentang West Ham dan Spurs sebelum ini juga mungkin menjelaskan sebab Liverpool begitu tenang untuk mencari pengganti kepada Virgil van Dijk.

Dengan kata lain mengapa perlu berbelanja sekiranya sokongan itu boleh diperolehi dari sistem sedia ada dari dalaman.

Soalannya sekarang, adakah kita akan melihat seorang lagi pemain muda seperti acuan Trent Alexander-Arnold bangkit di Anfield? Atau Klopp akan terus memberi kepercayaan kepada bakat luar seperti Shkodran Mustafi?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN