Martin Odegaard kini sudah pun mengesahkan statusnya sebagai pemain baharu Arsenal apabila menyertai kelab utara London itu secara pinjaman dari Real Madrid.
Bercakap dalam temuramah bersama media Arsenal, Odegaard jelas sekali teruja untuk menyertai Premier League memandangkan ianya adalah sebuah liga yang terbesar ditonton rakyat Norway.
“Di Norway, Premier Leagur adalah sangat besar sejak saya kecil.”
“Saya selalu menonton pelbagai perlawanan bersama-sama dengan rakan saya, dan saya rasakan Premier League adalah liga terbesar di Norway. Jadi ianya adalah impian untuk beraksi di sini.”
Bukan setakat itu, ianya juga merupakan satu impian buat Odegaard yang turut meminati Arsenal kerana corak permainannya.
Kata beliau, mimpi beraksi dengan Arsenal menjadi realiti dari pelbagai cara.
Dalam masa yang sama, pemain berusia 22 tahun itu juga mengatakan yang beliau amat mengagumi Cesc Fabregas.
“Cesc Fabregas adalah salah seorang idola saya ketika saya membesar.”
“Cara beliau mengawal permainan, kebolehan beliau untuk memberikan bantuan gol serta melakukan jaringan. Boleh kata semuanya mengenai corak permainannya.”
“Saya boleh katakan yang saya membesar dengan mempelajari corak permainannya. Beliau adalah pemain yang hebat.”
Odegaard menyertai Arsenal secara pinjaman dari Real Madrid sehingga akhir musim ini.
Selepas tamat musim ini, Arsenal dan Real Madrid dilaporkan akan duduk berbincang mengenai masa depan Odegaard dan juga seorang lagi pemain Los Blancos di Emirates – Dani Ceballos.
Baca juga artikel kami mengenai Martin Odegaard:
Hanya Masa Sahaja Pisahkan Martin Odegaard Dengan Arsenal (semuanyabola.com)
Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard (semuanyabola.com)
Menyesal Kembali Terlalu Awal Ke Real, Odegaard Desak Dipinjam Semula Ke Sociedad (semuanyabola.com)