Pemain veteran, David Barral melakar sejarah dalam kancah bola sepak dunia apabila beliau menjadi pemain pertama yang dibeli dengan menggunakan mata wang kripto, Bitcoin bagi menyertai kelab divisyen 3 Sepanyol, DUX Internacional de Madrid.
DUX Internacional de Madrid merupakan sebahagian daripada DUX Gaming di mana sebuah kelab eSukan yang dimiliki oleh penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois dan penyerang Real Betis, Borja Iglesias.
Perkembangan yang boleh dianggap sebagai detik bersejarah dalam bola sepak dunia itu terjadi susulan daripada kerjasama kelab tersebut bersama penaja baharu mereka, Criptan.
Menurut sumber dikeluarkan Crypto Advanture, Criptan ialah satu platform tempatan bagi proses pembelian dan penjualan mata wang kripto.
Meskipun tidak mengumumkan nilai sebenar Bitcoin berhubung pembelian Barral, laman Twitter rasmi DUX Internacional de Madrid mengesahkan kehadiran pemain berusia 37 tahun itu adalah dengan menggunakan mata wang kripto dan Criptan disebut sebagai bertanggungjawab dalam menjayakan perkara tersebut.
”David Barral merupakan pemain baharu buat DUX Internacional de Madrid, selamat datang ke kelab ini.”
”Dia menjadi pemain pertama dalam sejarah yang ditandatangani dalam dunia mata wang kripto. Terima kasih kepada Criptan, penaja kami kerana menjayakannya.”
Barral yang beraksi bersama skuad Real Madrid B dan C pada awal kariernya pernah berkelana ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Cyprus dan Jepun sebelum kembali semula ke Sepanyol, musim lalu bagi menyarung jersi Racing Santander.
Kredit featured image: DUX Internacional de Madrid
Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:
VIDEO: Penjaga Gol Newport County Ledakkan Jaringan Mirip Gol Syamsuri Mustafa
FAM, KBS, MSN Temui Jalan Penyelesaian Demi Kejayaan Harimau Malaya
Ferguson ‘Lega’ Dominasi Liverpool Hanya Berlaku Selepas Beliau Bersara