Ferguson ‘Lega’ Dominasi Liverpool Hanya Berlaku Selepas Beliau Bersara

Sir Alex Ferguson Liverpool

Sir Alex Ferguson mengakui kebangkitan Liverpool mendominasi bola sepak Inggeris membuatkan beliau merasa ‘lega’ kerana sempat bersara sebelum musuh tradisi Manchester United itu mencapai tahap terbaik ketika ini.

Komen tersebut dikeluarkan menjelang pertemuan di antara dua pasukan tersebut pada Ahad yang akan menentukan kedudukan mereka dalam carta liga.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mengakhiri kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan liga dengan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas.

Sebaliknya Ferguson telah menghadiahkan 13 kejuaraan liga sepanjang kariernya bersama United dengan kali terakhir adalah pada musim 2012/13 sebelum beliau bersara dengan tenang.

Sejak tempoh itu, The Red Devils masih gagal meraih kejuaraan EPL sekalipun telah bertukar pengurus sebanyak empat kali bermula dengan David Moyes, Louis van Gaal, Jose Mourinho dan kini Ole Gunnar Solskjaer.

Sebaliknya Liverpool yang dibimbing oleh Klopp sejak Oktober 2015 menjalani proses transformasi sehingga berjaya memenangi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019.

“Terdapat dua pasukan paling berjaya di Britain bila kamu campur semua trofi kejuaraan. United menentang Liverpool, tentulah ia perlawanan tumpuan setiap musim yang mempertemukan dua pasukan paling berjaya di negara ini,” ujar Ferguson.

“Syukurlah saya sudah bersara, kerana bila saya lihat prestasi Liverpool dalam dua musim kebelakangan ini, mereka sangat luar biasa.”

United yang agak goyah pada permulaan musim ini telah membuat kejutan untuk menghuni puncak liga menjelang separuh pertama kejohanan dan mengatasi Liverpool dengan tiga mata.

Apakah kesudahan perlawanan yang akan mempertemukan dua pasukan ini?

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Penyokong Liverpool Cadang Pasang Banner Penghargaan Di Anfield Buat Marcus Rashford

Sejarah Hitam Liverpool & Man United Terlibat Skandal Yang Mengemparkan Dunia Bola Sepak

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN