FAM, KBS, MSN Temui Jalan Penyelesaian Demi Kejayaan Harimau Malaya

FAM Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya boleh menarik nafas lega selepas hasratnya untuk mengadakan latihan pusat mungkin dapat dijayakan dalam masa terdekat hasil perbincangan dan kerjasama pelbagai pihak.

Memetik laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dalam kenyataannya pada Selasa menyatakan pihaknya membenarkan untuk pasukan kebangsaan menjalani latihan secara kuarantin di premis Majlis Sukan Negara (MSN_ di Bukti Jalil.

“Setelah berbincang dengan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya melihat bahawa mereka boleh menggunakan premis MSN sebagai pusat latihan mereka,” ujar Reezal.

“MSN Bukit Jalil mempunyai fasiliti dan kemudahan serta mudah untuk dilakukan operasi berasaskan kepada model latihan secara kuarantin berbanding tempat lain.”

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail pula berharap semua pemain dan pegawai pasukan kebangsaan dapat mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) bagi latihan sepenuh masa mellibatkan atlet kebangsaan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau percaya, kem yang dilaksanakan secara kuarantin itu dapat berjalan dengan lancar kerana semuanya akan ditempatkan dalam satu kawasan yang dikawal ketat dengan pematuhan SOP.

“Secara dasarnya, kita telah adakan perbincangan awal bersama sekretariat FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan kita bersedia untuk membantu FAM sekiranya mereka berhasrat mengadakan kem latihan pusat bersama sukan lain dalam pendekatan kuarantin,” katanya.

“Jadi, kita mengalu-alukan sekiranya pasukan bola sepak kebangsaan ingin bersama kita kerana agak jarang pasukan kebangsaan berlatih atau menjalani kem latihan pusat bersama sukan-sukan lain. Kami tidak sabar untuk melihat keadaan ini.”

Pusat latihan di MSN tersebut boleh menempatkan antara 30 hingga 40 orang termasuk barisan kejurulatihan, pegawai dan pemain.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pula memberi jaminan pihaknya akan melakukan perancangan termasuk dari segi tempat tinggal, kemudahan padang latihan dan pelepasan pemain oleh pasukan sebelum membuat ketetapan tarikh latihan pusat.

Beliau turut menghargai keprihatinan pihak berkepentingan untuk membantu skuad negara meraih kejayaaan di peringkat antarabangsa.

Untuk baki perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia dijadualkan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhani pada 26 Mac dan bakal menanti kunjungan Vietnam lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad Harimau Malaya:

Melanjutkan Tempoh PKP 2.0 Mungkin Boleh Buat ‘Harimau Menangis’ Lagi

Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya

Feichtenbeiner Anggap Neitzel Calon Tepat Bawa Selangor Ke Peringkat Lebih Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN