Siapa yang tidak mengenali susuk tubuh bernama Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah. Beliau adalah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertungkus lumus mengetuai kementeriannya menjadi barisan hadapan negara berhadapan gelombang penularan wabak global yang melanda negara.
Dr Noor Hisham menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan masih menjalankan tugas sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.
Penambilan beliau di kaca televisyen ketika memberikan kemaskini terkini penularan wabak sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu membuatkan ramai kagum.
9 jam selepas dimuat naik, ciapan KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai peningkatan jumlah kes kematian akibat #COVID19 dalam negara sejak kebelakangan ini menerima 9,334 respon suka dari pengguna Twitter. Hantaran itu diulang ciap 7,856 kali & menerima 232 komen pic.twitter.com/Nq50pqRgn1
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) January 10, 2021
Beliau dikenali sebagai individu, atau lebih tepat penjawat awam yang benar-benar membuat kerja dan tahu cukup mengetahui tuntutan tugas yang beliau harus hadapi.
Sumbangan Dr. Noor Hisham bukan sekadar memberi kemaskini harian jangkitan Covid-19 di seluruh negara. Sebagai Ketua Pengarah KKM, beliau juga bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencari cara membanteras penularan wabak tersebut.
Pada April lalu beliau diiktiraf oleh China setaraf dua lagi tokoh perubatan, Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand) sebagai ‘wajah paling dipercayai’ khususnya dalam menangani pandemik Covid-19 ketika ini.
Darjah Panglima Setia Mahkota
Untuk menghargai pengorbanan beliau, Dr Noor Hisham merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada Ogos lalu.
Health Director General, Dr Noor Hisham Abdullah has received the Darjah Panglima Setia Mahkota, making him a 'Tan Sri'. pic.twitter.com/HoE4Mrn40l
— BFM News (@NewsBFM) August 17, 2020
Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
“Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam,” katanya kepada Astro AWANI.
Selain Dr Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM turut dikurnia pelbagai pingat terdiri daripada pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan.
Kekal dengan sifat merendah diri, Dr. Noor Hisham Dr Noor Hisham menyifatkan penghargaan (bergelar Tan Sri) itu bukan hanya untuk diri beliau semata-mata.
Sebaliknya, ia merupakan penghargaan kerajaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Aktif olahraga
Siapa sangka di sebalik perwatakan beliau yang sopan, lembut dan sabar – sesuai dengan perwatakan seorang doktor – Dr. Noor Hisham juga aktif di dalam bidang sukan terutama olahraga pada zaman sekolahnya.
Menurut WORLD OF BUZZ, Dr. Noor Hisham adalah salah seorang pelajar Methodist Boy’s School Kuala Lumpur (MBSKL) dan menuntut di sekolah itu sejak Darjah 1 sehingga Tingkatan 3.
Katanya, beliau memang seorang pelajar yang popular kerana sering mengharumkan nama sekolah kerana bergelar atlet dan aktif di dalam sukan olahraga.
Acara kegemaran beliau ialah seperti lari berpagar. Merupakan anggota pasukan Rumah Merah, Dr. Noor Hisham berkata beliau sengaja membawa bek pada hari sukan sekolahnya untuk memudahkan beliau membawa pingat kemenangan yang banyak balik rumah. Wow! Sangat hebat.
Pernah jadi ‘Budak Milo’
Pesta Bola Merdeka satu ketika dahulu merupakan salah satu kejohanan bola sepak yang sangat berprestij dan popular di rantau Asia.
Banyak pasukan-pasukan besar di luar negara seperti Korea Selatan dan Jepun turut pernah mengambil bahagian.
Selain daripada Victoria Institution (hari ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Victoria), MBSKL adalah salah sebuah sekolah yang terletak di ibu kota dan tidak berapa jauh dari Stadium Merdeka.
Penglibatan Dr. Noor Hisham yang aktif sebagai pengakap menyebabkan beliau turut terpilih sebagai salah seorang kejohanan tersebut sebagai budak pengutip bola, atau lebih sinonim dengan panggilan ‘budak milo’.
Sebagai budak milo, sudah tentu Dr. Noor Hisham pernah berjumpa dengan pemain legenda bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari dan Santokh Singh.
Perangi Covid-19 usaha berterusan Dr.Noor Hisham
Satu perkara yang pasti Dr. Noor Hisham seorang diri tidak akan mampu untuk mengawal penularan pandemik ini.
“Kadang-kadang, malam pun tak boleh tidur sebab pelbagai aktiviti yang kita kena fikirkan, bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini,” katanya dalam salah sidang media.
Hakikatnya untuk memerangi wabak ini, ia memerlukan kerjasama dan perpaduan segenap lapisan rakyat Malaysia.
Buat Dr. Noor Hisham dan barisan frontlines negara, anda sememangnya wira rakyat Malaysia. Kami kagum dengan anda dan warga kerja KKM yang lain!
Sumber: WORLD OF BUZZ
Baca artikel-artikel kami yang lain di:
Sejarah Hitam Liverpool & Man United Terlibat Skandal Yang Mengemparkan Dunia Bola Sepak
10 Krisis Yang Dihadapi Zinedine Zidane Sejak Kembali Sertai Real Madrid