Oliver Sedar Kesilapan Tetapi Pelik Pemain Liverpool Tak Minta Berikan Kad Merah Kepada Pickford

Pickford Liverpool

Meskipun kekasaran yang dilakukan penjaga gol Everton, Jordan Pickford terhadap Virgil van Dijk ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 sudah tiga bulan berlalu tetapi insiden itu masih lagi menjadi perbualan.

Yang terbaharu, pengadil perlawanan tersebut, Micheal Oliver tanpa berselindung mengakui Pickford yang merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan England itu sewajarnya dihukum atas tindakannya sehingga menyebabkan van Dijk terpaksa berehat panjang.

Van Dijk dibentes teruk oleh Pickford dalam usahanya untuk membantu jentera serangan bagi mendapatkan jaringan, bagaimanapun beliau dikatakan terlebih dahulu berada dalam keadaan ofsaid manakala penjaga gol tersebut tidak diberikan sebarang amaran.

”Ia merupakan satu perlawanan besar. Kedua-dua pasukan bermain bermati-matian,” ujar Oliver menurut laporan Goal.

”Pembantu pengadil memberikan ofsaid dan terdapat sedikit kelewatan dalam mengangkat bendera, seperti yang kita alami musim ini. Jordan [Henderson] kemudiannya pergi ke Virgil.”

”Pada awalnya saya memikirkan,’ia bukannya sepakan penalti kerana ini adalah ofsaid, jadi kami perlu memeriksa insiden ofsaid tersebut terlebih dahulu.”

”Saya rasa saya mengatakan kepada [pegawai] VAR, ‘sekiranya ia tidak ofsaid, saya perlu memberikan sepakan penalti.”

”Saya telah melihat berulang kali. Saya benar-benar tidak berfikir bahawa Pickford sengaja untuk melakukannya tetapi dia melakukannya dengan cara salah sehingga menyebabkan kecederaan.”

 

”Kami semua, termasuk saya tidak memikirkan ia sebagai terjahan yang sepatutnya. Kami seharusnya memberikan ofsaid dan mengusir Pickford keluar padang.”

”Apa yang membuatkan saya terkejut setelah melihat insiden itu ialah tidak ada seorang pemain pun yang minta supaya diberikan kad merah [kepada Pickford].”

”Kami juga seharusnya mempertimbangkan tentang terjahan itu, bukan hanya melihatkan sama ada sepakan penalti atau tidak.”

”Pada akhirnya, kami memulakan semula perlawanan dari situasi ofsaid, namun, seharusnya memberikan hukuman kepada Jordan Pickford,” tambah Oliver lagi.

Kredit featured image: John Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai insiden Pickford dan Van Dijk ini:

Wijnaldum: Kekasaran Pickford Terhadap Van Dijk ‘Sangat Bodoh’

‘Bukannya Sengaja’ – Pickford, Richarlison Mohon Maaf Kepada Duo Liverpool

Virgil van Dijk Sah Cedera ACL, Bakal Jalani Pembedahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN