Lions XII Mengharapkan Elemen Kejutan Berpihak Kepada Mereka (Prebiu Liga Super 2015)

Menjadi juara Malaysia Super League pada musim 2013, tetapi jatuh tersungkur ke tangga ke-8  pada musim berikutnya bukanlah satu perkara yang membanggakan buat para pemain dan penyokong LionXII.

Lionsxii_2014
Kredit Gambar: Google Image

 

Secara ringkasnya kempen 2014 adalah merupakan kempen terburuk LionXII setelah menyertai semula Malaysia Super League pada tahun 2012. Penghijrahan tonggak utama mereka seperti Baihaki Khaizan (ke JDT II), Hariss Harun (JDT) & kapten serta penjaring terbanyak, Shahril Ishak (JDT II) mungkin menjadi faktor kemerosotan. Tetapi faktor ‘kekurangan pengalaman’ bukan boleh menjadi alasan mereka lagi kerana hampir 12 pemain skuad mereka merupakan anggota tetap skuad kebangsaan Singapura.

Musim lepas, Lions XII memulakan kempen liga mereka dengan langkah kiri. Kalah 1-0 kepada Pahang di Kuantan, Lions XII bangkit menewaskan gergasi bola sepak Malaysia, Selangor di halaman sendiri sebelum mengikat pasukan jiran, JDT di Larkin selepas ketinggalan dua gol.

Pablo Aimar turut menjaringkan gol untuk JDT ketika menentang Lions XII menerusi sepakan percuma yang cantik (sumber: Johor Southern Tigers)
Pablo Aimar turut menjaringkan gol untuk JDT ketika menentang Lions XII menerusi sepakan percuma yang cantik (sumber: Johor Southern Tigers)

Bagaimanapun prestasi mereka tiba-tiba merudum apabila saingan liga menginjak ke bulan Mac. Mereka kerap kalah menentang pasukan yang jauh lebih kecil berbanding JDT dan Selangor. Ya, hampir semua pasukan Liga Super mempunyai motivasi tambahan apabila bertemu Lions XII kerana faktor Causeway derby tetapi ada faktor lain yang menyumbang kemerosotan prestasi mereka.

Ketumpulan jentera serangan Lions XII merupakan faktor utama Lions XII gagal mengutip mata penuh secara konsisten. Khairul Amri mengetuai jentera serangan Lions XII musim lepas sambil dibantu oleh Shahfiq Ghani dan Sufian Anuar, dan diantara mereka bertiga – hanya 10 gol berjaya dijaringkan sedangkan mereka merupakan pasukan yang paling banyak mencipta peluang gol di Liga Super. Shahfiq Ghani merupakan pemain yang paling bersalah dalam aspek ini apabila gagal menjaringkan sebarang gol musim lepas walaupun mempunyai minit perlawanan yang lebih banyak berbanding Sufian Anuar.

Shahfiq Ghani gagal menyerlah pada musim lepas (sumber: The Straits Times SG)
Shahfiq Ghani gagal menyerlah pada musim lepas (sumber: The Straits Times SG)

Ketua Jurulatih

Fandi Ahmad, lahir pada 29 May 1962 merupakan pemain Singapura yang paling banyak merangkul anugerah dan pingat sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak.  Fandi telah bermain dengan pasukan Singapura dan menjadi pemain termuda yang mewakili pasukan negara sekitar tahun 1980.

Dari segi taktikal, Fandi Ahmad lebih direct dan bermentaliti menyerang berbanding V. Sundramoorthy yang lebih defensif. Perubahan falsafah bola sepak antara dua jurulatih ini nyata memanfaatkan pemain-pemain sayap Lions XII seperti Faris Ramli, Gabriel Quak dan Nazrul Nazari. Faris Ramli nyata menunjukkan peningkatan yang paling ketara apabila mula menambah gol dalam aspek serangannya dari bahagian sayap.

Fandi sangat tegas dan kritikal dengan persembahan anak buahnya pada musim lepas (sumber: Asia One News)
Fandi sangat tegas dan kritikal dengan persembahan anak buahnya pada musim lepas (sumber: Asia One News)

Barisan Pemain Baru

Musim ini, Fandi mempunyai seorang lagi pemain sayap yang berbakat besar. Christopher van Huizen merupakan pemenang rancangan realiti televisyen ‘First XII’ (yang hampir sama dengan rancangan MyTeam suatu masa dahulu). Sebelum rancangan tersebut, nama van Huizen lebih dikenali dalam sukan skateboarding kerana beliau merupakan atlet skateboard ke-6 terbaik di Singapura.  Tetapi dalam bola sepak, van Huizen dikenali sebagai seorang pemain sayap yang mahir menggunakan dua kaki, dikurniakan skil gelecekan yang baik walaupun beliau kelihatan agak gopoh dalam membuat keputusan di kawasan final third lawan.

Van Huizen adalah pemain yang perlu diberi perhatian pada musim ini (sumber: Four Four Two)
Van Huizen adalah pemain yang perlu diberi perhatian pada musim ini (sumber: Four Four Two)

Sahil Suhaimi pula tiba untuk memberi cabaran kepada barisan penyerang Lions XII yang tumpul di hadapan gol pada musim lepas. Wahyudi Wahid pula diserap masuk dalam pasukan setelah menyerlah di S-League.

Kekuatan

Kepantasan serangan terutamanya dari bahagian sayap menjadi senjata utama untuk LionXII. Faris Ramli yang juga merupakan peserta top 52 pertandingan Nike ‘The Chance’ merupakan pemain sayap yang menunjukkan peningkatan yang ketara selepas dua musim bermain di Liga Super. Asalnya seorang pemain sayap yang kurus dan kecil, Faris kini merupakan antara pemain sayap terbaik di Asia Tenggara. Beliau membantu Singapura layak ke suku akhir Piala Aff Suzuki 2014 untuk bertemu Malaysia, memberi mimpi ngeri kepada Mahali Jasuli.

Persembahan Faris dijangka akan bertambah bagus musim ini (sumber: Lions XII SG)
Persembahan Faris dijangka akan bertambah bagus musim ini (sumber: Lions XII SG)

Tidak cukup dengan Faris Ramli, Lions XII mempunyai pemain baru seperti Christopher van Huizen dan Samuel Benjamin yang asing di telinga jurulatih dan pemain pasukan lain di Liga Super, sekaligus memberikan element of surprise kepada anak buah Fandi Ahmad. Gabriel Quak dan Nazrul Nazari dijangka akan menyambung peranan mereka sebagai pemain senior untuk dua pemain sayap baru Lions XII.

Kelemahan

Masih mengekalkan identiti mereka iaitu menggunakan 100% pemain tempatan untuk musim baru MSL 2015, perubahan peraturan yang membenarkan 4 pemain import beraksi serentak di atas padang akan sedikit sebanyak menguji kekuatan fizikal dan mental para pemain LionXII untuk beraksi sepanjang 90minit permainan.  Pemain-pemain import dari pasukan lawan seperti Damion Stewart & orang besi Pahang, Dickson Nwakaeme bakal menghidangkan mimpi ngeri buat LionXII terutamanya barisan pertahanan mereka.

Safuwan Baharudin, pemain bintang LionXII musim lepas yang beraksi cemerlang di barisan pertahanan dan mampu beraksi sebagai penyerang dikhabarkan telah sah akan beraksi di Liga Australia (A-League) pada musim ini.  Untuk statistik sepanjang kempen 2014, Safuwan Baharudin berjaya menjaringkan 4 gol; kedua terbanyak di belakang Khairul Amri dengan 7 gol.  Fandi Ahmad jurulatih LionXII perlu melakukan sesuatu yang drastik kepada pemain sedia ada bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan mereka. Pemergian Safuwan akan meninggalkan kesan yang besar, kerana Fandi Ahmad perlu bergantung sepenuhnya kepada pasangan Afiq Yunos-Madhu Mohana dan dua muka baru, Wahyudi Wahid dan Faris Azienuddin.

Safuwan Baharuddin sah beraksi di Australia bersama Melbourne City
Safuwan Baharuddin sah beraksi di Australia bersama Melbourne City (sumber: Asian Football Feast)

Ayam Tambatan

Tanpa ragu-ragu, kami memilih Faris Ramli. Beliau mungkin bertubuh kecil (168cm) tetapi licik mengelak bentesan pertahanan dan gemar melakukan cut inside dari sayap kiri sebelum membuat percubaan dengan kaki kanannya. Fandi gemar memberikan lesen kreativiti yang maksimum kepada Faris, sekaligus memberi beban kepada full back mereka yang sering terdedah dalam situasi 2-vs-1 sehingga menyebabkan benteng Lions XII rapuh, tetapi Fandi melihat ianya merupakan risiko yang berbaloi. Dengan Faris bebas dari kerja bertahan dan tracking back, beliau sering dijadikan outlet serangan balas Lions XII, mengeksploit ruang besar dengan kelajuan, skil dan keinginannya menjaringkan gol.

Kesimpulan

Stadium Jalan Besar yang dulunya dikatakan gelanggang kebal buat LionXII kini hanya sebuah cerita yang boleh diubah skripnya. Beberapa pasukan yang tidak diduga seperti Perak (2-0) & Sime Darby (1-0) turut mampu mengalahkan LionXII di gelangang ‘kebal’ mereka. Jika LionXII ingin terus kekal memberikan saingan yang sengit kepada pasukan lain, prestasi barisan pertahanan mereka haruslah ditingkatkan.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN