Di kala ramai yang beranggapan Erling Haaland dan Kylian Mbappe merupakan pemain bola sepak paling mahal ketika ini, namun data dan statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan pengkaji telah menunjukkan sebaliknya.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Centre International d’Etude du Sport (CEIS), pemain paling bernilai dalam dunia bola sepak hari ini adalah penyerang Manchester United, Marcus Rashford.
Kajian itu mengambil kira beberapa faktor seperti umur pemain, baki kontrak, prestasi semasa, aksi peringkat antarabangsa, perkembangan karier serta kedudukan kewangan kelab.
.@MarcusRashford 🏴 takes the lead in the ranking of big-5⃣ league players with the highest estimated transfer value as per @CIES_Football ⚽️ algorithm 👏 With only 1⃣8⃣ months of contract remaining, former leader @KMbappe 🇫🇷back to 5th place 🔥 Top 💯 ➡️ https://t.co/oDEfg1IRgj pic.twitter.com/FMCXMeMNGy
— CIES Football Obs (@CIES_Football) January 6, 2021
Walaupun hakikatnya reputasi Mbappe dilihat lebih baik daripada penyerang muda England berkenaan, namun nilainya telah menurun disebabkan kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG) hanya berbaki 18 bulan sahaja lagi.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu telah pun beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan beliau boleh meninggalkan Paris secara percuma jika menunggu sehingga kontraknya itu tamat.
Maka nilai Mbappe ketika ini ‘hanyalah’ €149.4 juta (RM737.7 juta) yang meletakkannya di kedudukan kelima paling mahal berbanding dengan Rashford yang mempunyai baki kontrak selama tiga setengah tahun dengan nilai semasanya €165.6 (RM817.6 juta)
Penyerang Borussia Dortmund, Haaland mengisi tempat kedua dengan €152.0 juta diikuti oleh pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold yang bernilai €151.6 juta.
Rakan sepasukan Rashford, Bruno Fernandes melengkapkan senarai lima pemain termahal dunia di kedudukan keempat yang dianggarkan bernilai €151.1 juta.
https://twitter.com/UnitedReveal/status/1346756885404332032?s=20
Dalam senarai 20 pemain termahal, England mendominasi dengan tujuh pemain. Selain Rashford dan Alexander-Arnold adalah Jadon Sancho (6 – €148.3), Raheem Sterling (9 – €136.9), Bukayo Saka (15 – €116.2), Mason Mount (17 – €109.3) dan Harry Kane (19 – €107.0).
Pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or Lionel Messi yang kini menghitung hari-hari terakhirnya di Barcelona berada di tangga ke-97 dengan nilai anggaran sekitar €54 juta, manakala Cristiano Ronaldo pula di kedudukan ke-131 dengan €47 juta. Ia pastilah disebabkan faktor umur kedua-dua pemain tersebut.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Kredit Foto: Sport.fr
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
‘Setia Hujung Nyawa’ – Rashford Mahu Jadi Pemain Satu Kelab Buat United
‘Hidupkan Impian Mereka’ – Rashford Mahu Kanak-Kanak Miskin Membaca Dengan Tubuhkan Kelab Buku
Marcus Rashford Terima Anugerah Diraja Atas Jasa Bantu Kanak-Kanak Memerlukan