Sebuah persatuan akademik di Uruguay menempelak Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana memberi hukuman penggantungan tiga perlawanan kepada Edinson Cavani kerana didapati bersalah menggunakan perkataan sensitif bersifat perkauman.
The Academia Nacional de Letras merupakan persatuan akademik yang pakar dalam penggunaan bahasa Sepanyol di Uruguay. Pihaknya mendakwa bola sepak Inggeris masih kurang pengetahuan mengenai budaya dan linguistik.
Penyerang Manchester United itu telah menggunakan perkataan ‘negrito’ dalam akaun Instagram selepas beliau muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 29 November lalu.
Edinson Cavani has received a three-match ban for using a Spanish phrase that is considered offensive on social media.
The Manchester United striker included the phrase in a post following his team's victory at Southampton on November 29th.
He will also be fined £100,000. pic.twitter.com/vfe1d5t1T8
— FootballJOE (@FootballJOE) December 31, 2020
Cavani kemudian memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengatakan ianya ditujukan kepada seorang rakannya yang digelar dengan panggilan tersebut.
Pihak FA pada Khamis dalam penghukumannya mengatakan komen tersebut adalah tidak wajar dan merosakkan nilai permainan yang telah berlangsung.
Penyerang berusia 33 tahun itu juga didenda sebanyak £100,000 dan diarahkan untuk menghadiri program pendidikan secara berdepan sebagai sebahagian daripada hukumannya.
“Persatuan Bola Sepak Inggeris telah melakukan ketidakadilan yang serius terhadap seorang ahli sukan Uruguay,” ujar persatuan akademik tersebut dalam kenyataan yang disiarkan oleh Reuters.
“Mereka telah menunjukkan kejahilan dan kesalahan dalam membuat keputusan mengenai penggunaan bahasa khususnya bahasa Sepanyol, tanpa melihat segala kerumitan dan konteksnya.”
Persatuan itu turut menegaskan pihak FA sepatutnya mengambil kira konteks perkataan ‘negrito’ yang ditulis oleh Cavani itu kerana di Uruguay ianya adalah satu gelaran yang penuh dengan sifat ‘kasih sayang’.
In both Argentina and Uruguay, saying "gracias negro" or "gracias negrito" is the most friendly and cordial way to thank a friend who has helped you.
The word "negrito" has no racial or xenophobic connotation in our culture, but rather is an expression of affection. pic.twitter.com/4Nb8NHUo7v— Curioseantes (@Curioseantes) December 31, 2020
Perkataan tersebut dirujuk kepada warna kulit, berat serta kareter fizikal lain yang sering digunakan dalam kalangan rakan dan keluarga rapat di Amerika Latin.
Manchester United dalam kenyataan rasmi mengatakan pihaknya tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut sabagai tanda hormat terhadap FA dan menyatakan komitmen untuk terus menentang perkauman dalam bola sepak.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai isu perkauman dalam bola sepak:
Demba Ba ‘Sembur’ Pengadil Ke-4 UCL Kerana Perkataan Perkauman
Pemain Bahrain Sayed Baqer Digantung 10 Perlawanan Kerana Bersifat Perkauman
Pemain Liga Belanda Lancar Protes ‘Seminit’ Bagi Menentang Isu Perkauman