RASMI: Petrus Shitembi Sertai Terengganu FC, Kenapa Digelar ‘Dancing Shoes’?

Petrus Shitembi Terengganu FC 2021

Terengganu FC baru sahaja mengumumkan penyertaan pemain import pertama mereka yang digelar ‘The Dancing Shoes’, Petrus Shitembi, sebentar tadi.

Kebanyakkan media termasuklah Terengganu FC sendiri menggunakan terma ‘Dancing Shoes’ untuk Petrus Shitembi. Mengapa dan bagaimana kapten skuad kebangsaan Namibia itu boleh mesra dipanggil dengan gelaran tersebut?

Ini merupakan musim keduanya di Liga Malaysia apabila pada musim lalu, pemain tengah berusia 28 tahun itu beraksi untuk pasukan Sabah FC. Beliau akan menggantikan bekas kapten, Lee Tuck di posisi tengah Terengganu nanti.

Menurut Petrus Shitembi ketika bercakap kepada The Star pada Mac lalu, gelaran yang sangat popular di rantau Afrika tersebut didapatinya daripada seorang wartawan ‘otai’ di Namibia yang telah memberikannya panggilan itu.

Katanya, “Ianya [Dancing Shoes] telah diberikan oleh salah seorang wartawan senior di Namibia dahulu. Dan ianya menjadi begitu popular di Afrika Selatan. Ianya mungkin kerana saya dikatakan memiliki pergerakan yang pantas.”

Semua tahu, menari ada lenggok-lenggok tertentu dan begitu juga Petrus Shitembi. Di tengah padang, beliau seakan-akan menari apabila bola berada di kakinya.

Anda boleh melihat kompilasi skil dan pergerakannya bersama Sabah musim lalu daripada video yang dimuat naik oleh SangBadak di laman YouTube ini.

Beliau dilihat sangat tenang mengawal bola, memiliki sentuhan yang baik dan pantas, serta kelihatan seakan-akan menjadikan padang itu pentas tariannya.

Menurut laporan daripada Terengganu FC, pemain ini dilihat mampu untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan gelecekannya dan mencipta peluang di bahagian hadapan sama ada menerusi permainan terbuka mahupun set pieces.

Dalam masa yang sama beliau juga seorang pemain yang rajin dan cepat untuk turun membantu bahagian pertahanan. Ia sangat membantu Sang Penyu apabila memiliki pemain tengah yang boleh menyerang dan bertahan dalam perlawanan.

Memetik kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan, Petrus Shitembi merasakan pilihannya tepat untuk menyertai pasukan TFC kerana beliau melihatkan pasukan ini adalah merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sistem permainan yang baik dan sudah tidak sabar-sabar untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan.

KREDIT FEATURED IMAGE: Terengganu FC

Baca lagi artikel lain mengenai Petrus Shitembi dan Terengganu FC:

Import Dari Namibia, Petrus Shitembi Sah Sertai Sabah

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

RASMI: Terengganu FC Akhirnya Perkenalkan Nik Akif Syahiran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN