Chelsea Sedia Jual Giroud Januari Ini

Giroud Chelsea

Tidak mampu untuk menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama, Chelsea bersedia untuk membenarkan Olivier Giroud meninggalkan kelab pada Januari ini sekiranya ia boleh membantu karier penyerang Perancis tersebut.

Pengurus The Blues, Frank Lampard jelas lebih gemar menggunakan Tammy Abraham atau Timo Werner sebagai penyerang utama dan beliau terdesak untuk mendapatkan minit permainan bagi memastikan prestasinya sentiasa pada tahap terbaik.

Maka pilihan terbaik untuk pemenang Piala Dunia 2018 itu kini adalah mencari kelab baharu yang dapat menjanjikan tempat buatnya agar peluangnya untuk dipilih skuad kebangsaan Perancis terus cerah menjelang kejohanan Euro yang akan berlangsung pada tahun depan.

https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1330783141515190272?s=20

Walaupun kurang beraksi bersama Chelsea, penyerang berusia 34 tahun itu masih kekal sebagai penggempur utama Perancis. Beliau cemerlang menjaringkan dua gol ketika perlawanan terakhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) berdepan Sweden tempoh hari.

Giroud semakin hampir untuk memecahkan rekod 51 gol Thierry Henry sebagai penjaring gol terbanyak Perancis sepanjang zaman di mana beliau kini telah pun menjaringkan 44 gol bersama Les Blues.

Keputusannya untuk menyambung kontrak pada penghujung musim lepas dan menolak tawaran daripada Inter Milan telah pun dipersoal kerana kelab utara London tersebut pada waktu itu telah pun memulakan usaha untuk mendapatkan Werner.

Sekiranya Giroud dijual, Chelsea perlu mendapatkan penggantinya sama ada dengan membeli penyerang baharu ataupun mengambil pemain daripada skuad B-23 tahun mereka.

Ejen beliau, Michael Manuello mengakui beliau sudah pun memulakan usaha untuk merisik beberapa kelab terutamanya di luar England sebagai destinasi terbaharunya.

“Oliver sedang mencari tempat di mana beliau boleh bermain, pasukan yang menjanjikan kualtiti kehidupan serta emosi yang baik. Dia mahu mencari pengalaman baharu.”

“Tetapi jika ada kelab Inggeris yang bagus, mungkin beliau boleh mempertimbangkannya kerana Liga Perdana Inggeris masih sebuah liga yang hebat. Tetapi beliau lebih mengutamakan kelab luar.”

Giroud turut dikaitkan dengan penghijrahan ke Major League Soccer (MLS) di mana beliau telah pun menjadi sasaran Inter Miami yang telah pun mendapatkan penyerang Argentina Gonzalo Higuain baru-baru ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?

Solskjaer Akui Peroleh Tuah Ketika Menang Lawan West Brom

Mikel Arteta Kecewa Isu Pergaduhan Ceballos-Luiz ‘Kantoi’ Di Media

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN