Adakah benar ianya laluan mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk ke pentas final buat kali kedua berturut-turut dalam saingan TM Piala Malaysia 2020?
Tengahari tadi telah berlangsung undian Piala Malaysia dan juga laluan ke pentas final musim ini. Menariknya, kejohanan kali ini diserikan dengan tawaran tiket ke pentas Asia sebagai taruhan. Hasil undian menyaksikan laluan juara bertahan, JDT seakan-akan mudah dengan hanya menanti cabaran daripada pasukan-pasukan bukan pilihan.
KUALA LUMPUR DAPAT SLOT BYE, PERTEMUAN KEDAH DAN PAHANG HIASI PERLAWANAN PERTAMA KALAH MATI TM PIALA MALAYSIA 2020
Perebutan kejuaraan #TMPialaMalaysia2020 bermula apabila 15 pasukan kini sudah boleh mencongak laluan masing-masing…
Artikel penuh ➡️ https://t.co/cG75XzaSPM pic.twitter.com/g0RCCyE921
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2020
Untuk pusingan pertama, JDT dijadualkan bertemu Kuching FA di halaman sendiri dan akan bertemu dengan Kuala Lumpur yang mendapat bye selepas Sabah tidak diberi pelepasan untuk menyertai kejohanan kali ini disebabkan peningkatan kes COVID-19.
Pemenang kumpulan ini akan bertemu kumpulan yang menempatkan pertembungan juara Liga Premier, Pulau Pinang dan FELDA United yang merupakan musim terakhir di Liga Malaysia. Satu lagi pertembungan adalah antara UiTM FC dan Kelantan.
📸 Sekitar majlis undian TM Piala Malaysia 2020 yang berlangsung sebentar tadi.
Majlis dihadiri Dato' Ab Ghani Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, dan Datuk Wira Yusoff Mahadi, Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Galeri penuh ➡️ https://t.co/GR2v1Knb0F#TMPialaMalaysia2020 pic.twitter.com/8vvp70xCl2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2020
Sementara di medan satu lagi yang bakal menentukan satu lagi finalis menempatkan pasukan-pasukan gergasi dan juga pilihan ke final. Finalis musim lepas, Kedah dijadualkan akan menentang juara empat kali Piala Malaysia, Pahang dan pemenang akan bertemu dengan pemenang antara juara 33 kali, Selangor dan Melaka United.
Kumpulan tersebut bakal menghadapi tentangan daripada Terengganu FC, PJ City FC, Perak dan Kelantan United. Terengganu akan turun menentang PJ City FC, sementara juara lapan kali, Perak akan menghadapi cabaran daripada Kelantan United.
🏆 𝐓𝐌 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟎
KEDAH vs PAHANG!
6/7/8 November 2020
Stadium Darul AmanHere we go!#KedahFA#TMPialaMalaysia2020 pic.twitter.com/im0JyrmZyH
— Official_KedahFA (@official_kfa) November 1, 2020
Tentunya ramai menjangkakan JDT akan ke pentas final sekali lagi dengan hasil undian tersebut. Namun, cabaran daripada UiTM FC, Kelantan dan Pulau Pinang tidak boleh dipandang rendah apabila format baharu diperkenalkan iaitu tiada lagi timbal balik.
Dengan tiket ke saingan Asia menjadi taruhan, sudah tentu semua pasukan akan memberikan yang terbaik. Siapa pilihan pembaca untuk menjuarai kejohanan antara yang tertua di Asia ini? Komen pilihan juara Piala Malaysia 2020 anda sekarang!
KREDIT FEATURED IMAGE: MFL
Baca lagi artikel lain mengenai Piala Malaysia 2020:
Perubahan Format Saingan Piala Malaysia 2020 Beri Peluang Seimbang
Status Pendatang Baharu Tak Halang Kuching FA Tempah Slot Ke Piala Malaysia