Kehadiran Donny Van de Beek nyata memberikan harapan besar kepada penyokong Manchester United untuk melihat perubahan di bahagian tengah.
Namun apa yang berlaku sekarang tidaklah seperti yang diharapkan, pemain muda tersebut masih lagi menjadi muka yang sering disisihkan Ole Gunnar Solskjaer di bangku simpanan.
Ramai penyokong mula mempersoal keputusan Solskjaer, kenapa beliau masih lagi mengutamakan Fred, Scott McTominay dan juga Paul Pogba.
Bagi bekas pemain mereka iaitu Patrice Evra, sebenarnya perpindahan Van de Beek ke Old Trafford adalah sebuah kesilapan.
Hal ini kerana, beliau berasakan pembelian tersebut adalah sia-sia buat Manchester United.
“Kita tak perlukan dia, itulah kebenarannya,” tanya Evra.
“Kenapa kita beli dia kalau pemain itu hanya menonton perlawanan dari tempat duduk penonton sahaja.”
Kenyataan Evra itu juga turut disokong oleh Gary Neviile yang mengatakan pembelian pemain itu dianggap sebagai membazir.
“Sepatutnya pemain berharga £40 juta seperti beliau lazimnya dengan mudah akan menjadi pemain utama pasukan.”
“Tetapi apa yang kita nampak adalah pemain tersebut tidak berada dalam perancangan pengurus untuk setiap perlawanan. Ianya menjadikan perkara ini satu misteri.”
Untuk rekod, Van de Beek telah melakukan tujuh penampilan untuk Manchester United musim ini tetapi belum hanya mengumpul 59 minit sahaja dari aksi Premier League.
Van de Beek merupakan pemain simpanan yang tidak digunakan pada aksi menentang Chelsea tempoh hari.
Baca juga artikel kami mengenai Van de Beek:
Van de Beek Dedahkan Hampir Sertai Tottenham Kerana Bergwijn
Ejen Berang Dengan Minit Perlawanan Van De Beek Dalam Kempen EPL