Raja Penalti Antonin Panenka Positif COVID-19, Kini Tenat Di Hospital

Antonin Panenka Penalti

Legenda bola sepak Czech Antonin Panenka yang terkenal dengan teknik sepakan penalti ‘nakal’ ketika membantu Czechoslovakian menewaskan Jerman dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah 1976 kini sedang mendapatkan rawatan rapi di hospital.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh bekas kelabnya Bohemians Praha menerusi akaun twitter yang turut memaklumkan bekas pemain tengah berisia 71 tahun itu juga disahkan positif COVID-19

Kejayaan menumpuaskan Jerman tersebut juga merupakan satu-satunya kejuaraan antarabangsa buat negara tersebut yang kini telah dibahagikan secara aman kepada dua negara iaitu Republik Czech dan Slovakia pada 1 Januari 1993.

Mungkin ramai yang tidak sedar ‘sepakan panenka’ yang dilakukan oleh pemain bola sepak hari ini sebenarnya diilhamkan daripada nama beliau yang menewaskan penjaga gol legenda Jerman, Sepp Maier dalam penentuan sepakan penalti sleepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

“Antonin Panenka telah dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) pada hari ini, beliau dalam keadaan yang agak serius. Kami tidak akan memberikan komen lanjut mengenai keadaannya,” uar Bohemians Praha dalam akaun Twitter mereka.

Sebahagian besar karier Panenka adalah bersama Bohemians Praha dan beliau juga pernah menyertai Rapid Wien. Bersama kelab Austria tersebut, beliau memenangi dua kejuaran liga dan Piala Austria. Pada 1985 beliau membantu Rapid Wien mara ke perlawanan akhir Piala UEFA sebelum tewas kepada Everton.

Antara pemain lain yang turut mencuri perhatian membuat sepakan panenka dalam perlawanan besar adalah Zinedine Zidane yang melakukannya ketika meletakkan Perancis mendahului 1-0 ke atas Itali dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN