Pirlo: Ronaldo Jadi Yang Pertama Tiba Dan Terakhir Pulang Dari Latihan

Ronaldo Pirlo

Cristiano Ronaldo tidak memerlukan masa yang lama untuk membuatkan pengendali Juventus, Andrea Pirlo kagum dengan etika kerja dan kegigihan ditampilkan bintang bola sepak dunia itu.

Kerja keras Ronaldo sememangnya merupakan perkara yang tidak perlu untuk diperkatakan kerana beliau akan sentiasa berusaha bagi meningkatkan prestasinya ketika sesi latihan.

Kempen musim 2020/21 menyaksikan Ronaldo sudah meledakkan tiga jaringan serta mencipta satu bantuan jaringan selepas mengharungi dua perlawanan liga.

Melihatkan kepada apa yang telah dijelmakan oleh Ronaldo di padang latihan sebaik sahaja Pirlo mula membimbing pasukan, beliau jelas tertarik dengan disiplin pemain tersebut.

”Ronaldo bekerja dengan sangat keras. Dia menjadi pemain pertama yang datang ke sesi latihan dan yang terakhir pulang ke rumah.”

”Dia telah membawa semangat, anda boleh melihatnya di dalam padang,” ujar Pirlo menurut laporan Goal.

”Dia memulakan musim ini dengan sangat baik. Saya berharap dia akan terus melakukan perkara tersebut [rentak cemerlang] sehingga ke penghujung musim.”

”Saya berharap dia akan menjaringkan satu atau dua gol pada setiap perlawanan. Dia sangat penting buat kami.”

”Di Rome [perlawanan bertemu AS Roma], kami kehilangan seorang pemain dan dia sangay membantu sehingga ke akhir permainan. Dia merupakan contoh kepada semua orang.”

Laporan sebelum ini turut mendedahkan bahawa pemain berusia 35 tahun itu turut mempunyai program latihan peribadi yang terdiri daripada lima sesi gimnasium dalam masa seminggu di mana beliau turut mengamalkan aktiviti pilates dan berenang sebagai sebahagian daripada program tersebut.

Kredit featured image: Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN