Dua Kali Negatif, Sabah Tak Berhasrat Minta Penangguhan Aksi Bertemu JDT

Sabah

Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, menjelaskan pasukannya tidak bercadang meminta penangguhan bagi perlawanan CIMB Liga Super dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat di Stadium Sultan Ibrahim ekoran keputusan ujian calitan COVID-19 menunjukkan semua pemain adalah negatif.

Malah, ujian itu dibuat dibuat dua kali pada minggu ini iaitu sebelum dan selepas tiba ke Johor Bahru selain pasukan Sabah juga tiba dengan pesawat yang disewa khas bagi memastikan risiko dijangkiti COVID-19 berada di tahap minimum.

Dalam masa sama, Kurniawan juga menjelaskan pemainnya juga patuh dengan arahan untuk mengurangkan sebarang aktiviti di luar rumah susulan peningkatan kes yang mendadak di bahagian timur Sabah.

“Semuanya masih berada dalam keadaan baik setakat ini buat pasukan Sabah dan tiada pemain kami dijangkiti COVID-19 malah kami sendiri ada melakukan langkah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam kalangan pemain.

“ Sebelum kami berangkat, kami telah melakukan ujian swab pada Isnin dan keputusannya, semua pemain negatif COVID-19 dan kami lakukan sekali lagi sebaik kami sampai di sini.

“ Alhamdulilah, kedua-dua keputusan adalah negatif dan kami tidak ada sebarang masalah untuk meneruskan aksi dengan JDT seperti dirancang sebelum ini.

“ Saya juga mahu ucapkan terima kasih dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh tuan rumah iaitu JDT,” katanya.

Situasi itu berbeza dengan pasukan Melaka yang telah menghantar permohonan kepada Malaysian Football League (MFL) untuk meminta penangguhan kerana sedang menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah yang bermula 28 September lalu sehingga hari ini.

Situasi itu membuatkan MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, dalam satu kenyataan media pada Rabu, mengumumkan aksi Kedah dan Melaka yang berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Darul Aman, terpaksa ditangguhkan kepada Ahad.

Dalam pada itu, Kurniawan menjelaskan situasi pasukannya tidak terjejas dengan perlu melalui banyak prosedur ujiab calitan kerana masih boleh menjalani latihan pada setiap hari dan bersedia memberikan tentangan sengit kepada JDT yang semakin hampir bergelar juara CIMB Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

“ Kami masih boleh mengimbangi jadual latihan kami biarpun banyak juga masa diberikan untuk lalui prosedur ditetapkan namun demi keselamatan bersama serta mematuhi SOP, saya dan pemain akur.

“ Seperti Isnin lalu, kami memilih latihan di sebelah pagi selepas ujian dijalankan pada waktu petang manakala latihan di Johor, sebaik sahaja kami mendapat keputusan hari ini, kami sudah dapat lampu hijau untuk lakukan pada petang ini.

“Aksi dengan JDT cukup penting kepada kami bagi mengesahkan tempat kami di Liga Super musim depan, walaupun sudah naik ke tangga kesembilan hasil kemenangan dengan Melaka tempoh hari tetapi ia masih belum cukup, “ katanya.

Kredit featured image: Malaysian Football League (MFL)

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan terkini bola sepak dunia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN