Jersi Bola Sepak Yang Tertera Nama Syarikat Arak & Judi, Apa Hukum Memakainya?

Jersi Eropah Arak Judi

Apabila masuk musim baharu saingan bola sepak di Eropah, sudah menjadi kebiasaan untuk penyokong untuk membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing bagi membuktikan sokongan mereka.

Namun apa yang agak digusarkan adalah tindakan beberapa kelab yang menjadikan syarikat arak dan judi sebagai penaja utama mereka dan meletakkan logo syarikat tersebut pada jersi mereka

Senarai berikut adalah kelab bola sepak yang meletakkan logo syarikat arak dan judi pada jersi mereka pada musim ini:

Liga Perdana Inggeris (EPL)

1. Burnley – Lovebet (Judi)

2. Crystal Palace – W88 (Judi)

3. Fulham – BetVictor (Judi)

4. Leeds United – SBOTOP (Judi)

https://twitter.com/prosoccerkits/status/1296474959435509761?s=20

5. Newcastle United – Fun88 (Judi)

6. West Ham United – Betway (Judi)

7. Wolverhampton Wanderers – ManBetX (Judi)

Liga Kejuaraan Inggeris

1. Birmingham – BoyleSports (Judi)

2. Bristol City – MansionBET (Judi)

3. Conventry – BoyleSports (Judi)

4. Derby County – 32Red (Judi)

5. Middlesbrough – 32Red (Judi)

6. Norwich City _ Dafabet (Judi)

7. Preston North End – 32 Red (Judi)

8. Reading – Casumo (Judi)

9. Stoke City – Bet365 (Judi)

10. Watford – Sportsbet.io (Judi)

La Liga

1. Deportivo Alaves – Betway (Judi)

2. Real Betis – Betway (Judi)

3. Cadiz – Dafabet (Judi)

4. Granada – Winimax (Judi)

https://twitter.com/footballroom20/status/1299062868386746368?s=20

5. Levante – Betway (Judi)

6. Sevilla – MarathonBet (Judi)

7. Valencia – Bwin (Judi)

8. Valladolid – Estrella Galicia (Arak)

9. Celta Vigo – Estrella Galicia (Arak)

Bagi umat Islam yang terikat dengan hukum syariat, apakah hukumnya bagi mereka yang memakai jersi yang tertera nama syarikat arak dan judi ini?

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu penjelasan mengenai hukum memakai baju yang berlogo syarikat arak dan judi telah menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang kerana ia adalah termasuk dalam usaha bagi mempromosi serta melariskan arak dan judi.

Pengharaman arak dan judi adalah jelas terkandung dalam al-Quran dan hadith. Allah SWT telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Syeikh al-Maraghi menyebut bahawa Allah SWT memerintahkan manusia supaya menjauhi arak dan judi kerana kedua-duanya terdapat dua kerosakan yang bersifat duniawi dan bersifat keagamaan. Kerosakan duniawi ialah saling bermusuhan dan membenci ketika minum dan judi manakala kerosakan keagamaan ialah dengan bermabuk-mabuk dan sibuk dengan judi sehingga memalingkan kamu daripada mengingati Allah SWT. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/1690)

Imam Ibn Jarir al-Tabari pula menyebut bahawa akibat dari mabuk menyebabkan seseorang itu boleh memaki-hamun, mencederakan serta membawa kepada pertumpahan darah terhadap orang lain. Begitu juga dengan judi yang penuh dengan keseronokan dan juga menjanjikan kekayaan (yang belum pasti), namun dengan berjudi menjadi asbab seseorang itu menipu dan menzalimi orang lain. Manfaatnya ada namun mafsadah yang timbul daripadanya lebih besar. (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 2/489)

Demikian juga sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A, beliau berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya“Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Riwayat Ibn Majah (3381) dan al-Tarmizi (1295).

Menjawab kepada persoalan di atas, minuman arak dan amalan judi adalah jelas pengharamannya di dalam agama Islam. Justeru, pemakaian baju yang mempunyai lambang atau logo syarikat arak atau judi adalah haram.”

Ini kerana, tujuan utama mempamerkan jenama atau logo syarikat arak dan judi di pakaian-pakaian adalah tidak lain bertujuan untuk mempromosikan kepada masyarakat tentang kewujudan mereka (syarikat arak dan judi) seterusnya menjadi satu galakan kepada masyarakat untuk membeli dan mencubanya.

Pemakaian baju seperti ini sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat judi dan arak tersebut. Allah SWT berfirman:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

(Surah al-Maidah: 2)

“Imam Ibn Kathir menyebut, Dia (Allah SWT melarang kamu dari saling membantu atas perkara yang batil serta menolong atas perkara-perkara dosa dan sesuatu yang diharamkan. (Lihat Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, 3/7).

Jualan arak dan judi adalah haram di dalam Islam. Mempromosikan arak dan judi juga adalah suatu perbuatan yang haram dan dilarang di dalam Islam. Jika tujuan pemakaian adalah sebagai satu promosi maka ianya dikira sebagai menolong kepada yang haram.

Namun demikian, sekiranya pemakaian tidak bertujuan sedemikian, maka dia juga dikira sebagai mempromosikan perkara-perkara haram tanpa dia sedari.

Dengan penerangan di atas, diharapkan agar penyokong bola sepak lebih berhati-hati untuk membeli dan menyarung jersi pasukan kegemaran masing-masing.

Menjadi tanggungjawab masing-masing untuk menyemak dahulu latar belakang nama syarikat yang tertera supaya kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang mempromosi perkara yang jelas haram di sisi agama.

Kredit Foto: The Guardian

Baca juga artikel kami yang lain mengenai jersi bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN