Memahami Konsep Pressing Dan Bola Sepak High Pressing

Bola sepak high pressing bermaksud bola sepak dengan tekanan yang tinggi ataupun intensif.

Apa Itu Pressing Dalam Bola Sepak?

Terjemahan langsungnya adalah ‘memberikan tekanan’ kepada pihak lawan yang memiliki penguasaan bola.

Ia adalah untuk memenangi atau merampas semula penguasaan bola –  membolehkan transisi daripada bertahan kepada menyerang.

Ada 3 kadar intensiti dalam pressing:

  1. Intensiti tinggi / high pressing
  2. Intensiti sederhana/medium
  3. Tidak intensif / intensiti rendah

Terdapat 3 zon pressing :

  1. Zon serangan
  2. Zon tengah
  3. Zon pertahanan

Ada juga yang membahagikan bahagian ini kepada 2 bahagian asas

  1. Kawasan sendiri
  2. Kawasan lawan

Intensiti adalah kadar pressing manakala pressing line adalah merujuk kepada di mana pressing itu dilakukan.

Taktikal High Pressing

Apa Itu Taktikal High Pressing Football ?

High pressing football (bola sepak high pressing) adalah taktikal yang merujuk kepada intensiti tinggi untuk memenangi bola di semua kawasan atau garisan (line). Taktikal ini biasanya digemari oleh pengurus yang dahagakan penguasaan bola.

High pressing adalah taktikal yang lebih dahaga untuk merampas bola lebih awal terutama di kawasan lawan.

Dalam analisis taktikal Indonesia v. Malaysia – kami menggariskan bagaimana implementasi taktikal high pressing ini membantu Indonesia menewaskan Malaysia.

Untuk pasukan yang memulakan gerakan daripada penjaga gol atau blok rendah –  taktikal ini memang sangat mengganggu mereka.

Bagaimana Ia Dilakukan?

1. Tekanan Agresif Di Blok Tinggi

Dalam bola sepak moden ia adalah antara pilihan utama pengurus sama ada ia kebiasaannya dilakukan secara agresif ataupun tidak terlalu agresif.

Tujuan utama adalah untuk merosakan build up dari bawah oleh pasukan lawan sebelum ia berkembang atau mara lebih jauh.

Taktikal kerap ketara ketika pemain mengenakan tekanan yang agresif kepada pertahanan dan penjaga gol lawan. Contohnya gambar di bawah – Dembele (Tottenham Hotspur) menekan penjaga gol lawan.

Ini pula contoh daripada Manchester City ketika menekan West Ham United.

Ini pula contoh bagaimana Antonio Conte mengenakah high pressing di blok tinggi ketika menentang Sepanyol.

pellc3a9

Conte bukan penggemar high pressing game untuk 90 minit namun beliau akan cuba menggunakan taktikal ini pada masa-masa tertentu.

Idea untuk merampas bola lebih awal di kawasan lawan ini memang menarik kerana mereka ada jarak yang lebih singkat untuk menyerang ke dalam kotak penalti lawan setelah merampas bola.

2. Tekanan Dari Pemain di Belakang Penyerang 

Ini adalah bahagian yang paling penting dan ia jauh lebih agresif  berbanding dengan lapisan lain. Ada pengurus mengarahkan  fullbacks untuk membantu pressing di kawasan tengah.

Pemain di blok paling atas akan menekan dan mendesak pemain lawan untuk melepaskan bola awal ataupun bola tinggi. Memang sukar untuk pemain di blok paling tinngi untuk memenangi bola.

Jadi-ada pengurus yang tidak terlalu mengarahkan pemain serangan terlalu agresif untuk memberikan tekanan kepada lawan kerana ia agak membazir tenaga.

Di bawah ini adalah contoh pendekatan Klopp yang menggunakan gegenpressing dengan semua pemain front 6 akan terlibat dengan .

dortmund-4-4-2-1404474600
Di bawah ini pula adalah pendekatan Pep Guardiola dan Manchester City dengan 4-1-4-1 ketika memberikan tekanan kepada pihak lawan.

presss

Lihat model high line pressing oleh Spurs pula,

3. Garisan Pertahanan Tinggi

Ini juga mencari asas penting dalam bermain high pressing tactic. Ini kerana mereka perlu mengecilkan ruang di kesemua bahagian.

Ini penerangan ketika front 6 melakukan pressing dan back 4 pula berada di kawasan terlalu ke dalam. Ruang yang besar jika tidak diisi akan menjadi platform untuk pihak lawan melakukan serangan.

deep

Oleh itu jarak garisan pertahanan – tengah – serangan dikecilkan dengan sekecil yang mungkin.

Ini adalah senario yang biasa kita lihat dalam Liga Malaysia. Sebab itu pemain kerapa hilang sokongan ketika menyerang dan terlalu mudah untuk diserang balas.

Menangani serangan balas bukan bermaksud anda akan selamat jika sentiasa berada di kawasan deep area. Bagaimana jika pasukan lawan ada pemain yang berfizikal besar dan menunggu hantaran hasil dari serangan balas?

Pertahanan perlu terlibat dalam pressing untuk mengelakkan organisasi disjointed dan ditewaskan di garisan tinggi ataupun dimanipulasi secara ruang oleh pihak lawan kerana ruang yang besar di antara pertahanan dan pemain tengah.

Kelemahan High Pressing Tactic

Setiap taktikal pasti ada kelemahannya. Salah satu daripada kelemahan high pressing tactic ini adalah penggunaan stamina yang tinggi.

Para pemain perlu sentiasa berlari dan bekerja di dalam unit. Keletihan adalah musuh utama sistem ini. Jadi, amat penting untuk pengurus menguruskan skuad mereka sebaik-baiknya.

Sistem ini  bukan sistem untuk pemain yang ‘malas’ ataupun mudah mudah letih secara stamina ataupun yang mudah lenguh di bahagian kaki (tired leg).

Seterusnya, kesemua pemain ada kualiti menyerang dan bertahan yang baik dengan pemahaman taktikal yang tinggi.

Taktikal ini berisiko untuk pasukan yang tidak memiliki kualiti pemain yang cukup baik terutama sekali ketika berhadapan dengan pasukan yang lebih baik secara teknikal.

Adakah Simeone Dan Bilic Bermain High Pressing Football?

Ramai yang melabel Simeone dan Bilic bermain dengan taktik high pressing secara total? Ia kurang tepat kerana mereka hanya mengenakan ‘intensiti’ tekanan tinggi di blok-blok tertentu sahaja dan bukannya di semua blok atau zon.

Dalam gambar di bawah ini anda akan melihat Atletico turun ke blok rendah dan sangat agresif di kawasan tersebut.

atletico-deep-defending

Ini pula contoh West Ham yang mengenakan intensiti pressing yang sederhana (medium) di garisan yang lebih tinggi.

1

Pemain-pemain mereka menjadi agresif bila  bola msauk ke defensive third.

4

Ia menunjukkan mereka tidak bermain high pressing football.  Itu yang kerap dilabel oleh pundit sebagai Counter Attacking Football!

Satu pendekatan yang agresif ketika bertahan – cuba memenangi bola di blok rendah dan melancarkan serangan balas.

Rumusan

Kesimpulannya, high pressing football adalah bola sepak yang memerlukan intensiti yang tinggi daripada semua pemain.

Ia bukan taktikal yang boleh dimainkan semua pasukan kerana isu kualiti pemain dan pemahaman falsafah dari semua pihak termasuk jurulatih.

Setiap pemain harus faham peranan masing -masing ketika bermain taktikal ini . Sebarang kesilapan atau kekurangan disiplin dalam taktikal oleh pemain akan memberikan risiko sangat besar.

Diharap artikel ini akan membantu anda memahami maksud taktikal  ini sebelum melabel sesuatu pasukan bermain high pressing football secara holistik dalam taktikal.

Ia berbeza dengan pressing yang agresif di sesuatu blok sahaja – kita boleh berkata mereka cuma bermain pressing tinggi/agresif di tengah sahaja atau mereka cuma bermain pressing tinggi/agresif di pertahanan sahaja.

Baca juga: Teori Taktikal: Pivot Dalam Taktikal Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN