Alan Smith: Tiada Siapa Dapat Ganti Roy Keane Di Man Utd

Roy Keane

Bekas penyerang Manchester United, Alan Smith mengakui kekosongan yang ditinggalkan bekas kapten, Roy Keane pada Disember 2005 masih belum lagi dapat diisi mana-mana pemain The Red Devils sehingga ke hari ini.

Keane yang menggalas tugas selaku ketua pasukan bermula musim 1997/98 selepas Eric Cantona mengumumkan persaraan daripada kancah bola sepak profesional menjadi antara figura penting buat kegemilangan Manchester United.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain dan penolong pengurus skuad kebangsaan Republik Ireland telah memenangi 17 kejuaraan utama bersama United termasuklah tujuh kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 1998/99.

Melihatkan kepada aura dan sifat kepimpinan tinggi dimiliki Keane, Smith merasakan masih tiada lagi pemain yang setaraf dengan bekas ketua pasukannya itu walaupun United pernah dikepalai Gary Neville, Nemanja Vidic, Wayne Rooney, Ashley Young serta Harry Maguire.

”Tidak mungkin untuk dapat mencari pengganti kepada Roy Keane sebagai pemain dengan wataknya, terutamanya bersama Manchester United.”

”Saya masih tidak merasakan bahawa perkara ini akan berakhir, dan mereka amat memerlukan seseorang seperti Roy Keane dalam bilik persalinan dan di padang seperti dilakukan oleh Roy.”

”Tiada sesiapa yang dapat menirunya, jadi [tentang saya] untuk cuba menjalankan tugasan dengan baik pada posisi tersebut.”

”Ia tidak seperti ,”anda akan menjadi seperti Roy Keane’. Saya tidak akan dapat melakukan tugasan tersebut,” ujar Smith menurut laporan Goal.

Selepas hampir 13 musim bersama Manchester United, Keane memilih untuk berhijrah ke Celtic pada 5 Disember 2005 untuk menikmati cabaran baharu tetapi terpaksa mengumumkan persaraan pada penghujung musim selepas dibelenggu kecederaan.

Kredit featured image: John Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak terkini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN