Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu

Kerteh FC

Kerteh FC membuka lembaran baharu dalam perkembangan kelab komuniti itu apabila telah memeterai perjanjian kerjasama dengan UE Sant Andreu yang merupakan sebuah pasukan di Barcelona.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Kerteh FC menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi kelab juara berganda Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019 itu.

UE Sant Andrue beraksi dalam kempen Tercera Division yang merupakan liga divisyen keempat dalam sistem bola sepak di Sepanyol.

Susulan kerjasama strategik itu, Kerteh FC bakal menikmati faedah dari aspek perkembangan pelatih kelab tersebut serta dalam menambah baik perkembangan struktur organisasi kelab dalam menjadi sebuah pasukan yang lebih berdaya saing.

Tidak keterlaluan juga untuk diperkatakan, kehadiran Oscar Riera yang bertindak selaku Penasihat Teknikal pasukan menjadi tunjang kepada wujudnya kerjasama bermakna ini.

“UE Sant Andreu menyokong matlamat kami untuk menjadi tempat mengembangkan bakat pemain bola sepak dan mereka yang mempunyai cita-cita beraksi dengan cabaran yang baru.”

“Kami gembira dengan kerjasama yang terjalin ini kerana ia sekali gus dapat memasarkan jenama kami di peringkat antarabangsa, khususnya di Sant Andreu.

“Terima kasih kepada Penasihat Teknikal kami, Mr. Oscar Riera yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha ini. Tanpa pengalaman, pengetahuan serta hubungan luas beliau, mustahil perkara ini menjadi kenyataan,” ujar Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.

Meskipun hanya bergelar pasukan komuniti, langkah proaktif yang diambil pengurusan tertinggi Kerteh FC itu membuktikan mereka memiliki visi amat besar dalam menjadikan kelab tersebut sebagai salah sebuah pasukan dengan reputasi hebat.

Ia membuktikan Kerteh FC bukan sekadar menuntut para pemain mereka beraksi cemerlang di atas padang tetapi pihak pengurusan juga memainkan peranan penting apabila merancang serta melaksanakan setiap inisiatif dengan cukup profesional.

Kredit foto: Facebook Kerteh FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Kerteh FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN