Sissoko Berpaling Tadah ke Spurs Di Saat-Saat Akhir, Taktik ‘Kotor’ Levy Undang Kemarahan Quinn

Deadline day pada jendela perpindahan untuk EPL menyaksikan drama melibatkan Moussa Sissoko yang pada awalnya diberitakan sangat hampir untuk menyertai Everton. Namun di saat-saat akhir Levy mencantas dan membawa Sissoko ke Tottenham.

Rekdnapp: “Levy Ada Cara Beliau Tersendiri”

Tipikal Levy sekali lagi menggunakan kaedah yang sama seperti mana yang didedahkan Rekdnapp lebih awal sebelum peristiwa ini berlaku.

Menurut Redknapp

“Daniel Levy suka hari terakhir (deadline day) dalam jendela perpindahan. Masa inilah dia akan sibuk dan saya akan terkejut jika Tottenham tidak melakukan sebarang transaksi pada hari ini.”

“Hari terakhir ini akan ada macam-macam jenis tawaran.”

“Ada ura-ura Spurs dikaitkan dengan Sissokko – tetapi Daniel tidak akan membida harga yang hampir sama dengan pembida-pembida lain.”

“Jika mereka (Newcastle) mahukan £ 35juta, Daniel akan menawarkan tambahan £5juta! Itulah cara beliau, dan beliau memang di kelas yang berbeza.

“Tetapi yang pasti dia akan sedaya upaya untuk merealisasikannya. Ia akan menjadi satu pertempuran antara beliau dan Mike Ashley hari ini. Kedua-dua mereka licik dan pandai.”

“Tetapi, Levy mampu untuk mendapatkan apa yang beliau mahukan, saya pasti. ”

Soccer - Harry Redknapp File Photo

Ramalan Rekdnapp benar belaka. Beberapa jam selepas itu – Levy berjaya mendapatkan Moussa Sissoko daripada Newcastle.

Beliau menewaskan pesaing beliau, Everton yang dikatakan bersusah payah dan mengorbankan masa mereka sepanjang hari untuk membawa Sissoko ke Goodison Park.

Quinn Bidas Levy, Simpati Nasib Everton

Selepas Sissoko sah menjadi milik Spurs, tindakan Levy mengundang kemarahan pundit skysports – Niall Quinn. Quinn membidas cara Levy mendapatkan Sissoko.

footballers-football-show-john-carew-niall-quinn-john-mac_3073717

“Ia adalah cara klasik Daniel Levy. Beliau membiarkan Everton memulakan kerja – Beliau tidak mahu mewujudkan persaingan dalam bidaan.”

“Setelah Newcastle mencapai persetujuan pada satu paras harga, Levy datang dan meningkatkan lagi harga itu, kemudian cantas di saat-saat akhir.”

“Beliau menawarkan bola sepak Liga Juara-Juara, menawarkan ejen pemain dengan bayaran yang lebih tinggi – dan gaji yang lebih tinggi kepada pemain.”

“Pemain ini sudah membayangkan beliau akan ke Everton,  ejen beliau pula sudah berkata kepada Everton bahawa mereka akan ke sana (Everton).”

“Tetapi kemudiannya panggilan telefon (Everton) dan tidak dijawab dan anda sedar anda sudah dipermainkan.”

Niall Quinn menggambarkan Everton tidak gembira apabila dijadikan sebagai mangsa oleh Levy untuk melihat sama ada Newcastle benar-benar mahu menjual pemain mereka.

Levy membiarkan hanya Everton yang membida harga untuk mengelakkan Newcastle meningkatkan lagi harga kerana jika lebih banyak kelab yang mahukan pemain mereka.

Sumber:

  1. Irish Examiner 

Baca juga : Puasa Ketika Piala Eropah 2016: Pendirian Pemain Muslim Perancis, Jerman, Belgium, Turki & Albania

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN