Quantcast
Puasa Ketika Piala Eropah 2016: Pendirian Pemain Muslim Perancis, Jerman, Belgium, Turki & Albania
BERITA

Puasa Ketika Piala Eropah 2016: Pendirian Pemain Muslim Perancis, Jerman, Belgium, Turki & Albania

Wednesday, 15 Jun 2016

Dengan bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di Eropah, kewajipan berpuasa terpaksa ditangguhkan oleh pemain bola sepak Muslim yang bermain dalam kejohanan Piala Eropah 2016.

Ramadan yang bermula pada 6 Jun dan hanya akan berakhir pada 5 Julai, menuntut orang-orang Islam untuk melaksanakan salah satu daripada 5 rukun Islam – berpuasa.

Selama sebulan, mereka tidak boleh makan dan minum (jika tidak uzur) dari mula matahari terbit sehingga matahari terbenam.

Pemain Perancis beragama Islam tidak berpuasa

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, pemain skuad kebangsaan Perancis yang beragama Islam tidak akan berpuasa sepanjang kejohanan Piala Eropah 2016 kali ini. Keputusan ini diambil pemain-pemain setelah berbincang dengan staf perubatan Les Bleus.

Memandangkan kejohanan Piala Eropah 2016 bermula pada 10 Jun dan hanya akan berakhir pada 10 Julai, pemain-pemain Perancis yang beragama Islam akan mengambil keputusan sama ketika Ramadan jatuh semasa kejohanan Piala Dunia 2014.

Menurut Didier Deschamps, pemain-pemain Muslim seperti Paul Pogba, Adil Rami, Ngolo Kanté, Bacary Sagna dan Moussa Sissoko tidak akan berpuasa sehingga habis Piala Eropah 2016.

“Dalam Islam, ada beberapa pengecualian yang membolehkan anda tak perlu berpuasa,” kata Sagna. Beliau turut memberitahu akan menggantikan puasanya yang tertinggal pada hujung tahun 2016 nanti.

Deschamps turut memberitahu pemain-pemain Muslim disediakan ‘halal buffet’ yang disediakan khas oleh chef Muslim.

“Adalah penting untuk memastikan pemain-pemain saya selesa.”

Pemain Belgium, Sweden dan Jerman juga tak berpuasa

Semasa kempen Piala Dunia 2014, Mesut Ozil turut memberitahu beliau tidak dapat berpuasa:

“Saya perlu bekerja dan akan terus bekerja. Jadi saya tak boleh berpuasa. Cuaca terlalu panas. Kami pula ada latihan dan perlawanan yang intensif. Mustahil untuk saya berpuasa pada tahun ini.”

Memandangkan Ramadan kali ini jatuh ketika berlangsungnya Piala Eropah 2016, adalah selamat untuk kita menganggap Ozil tidak akan berpuasa pada Ramadan kali ini.

Shkodran Mustafi, Emre Can dan Sami Khedira juga dilaporkan oleh akhbar Jerman, Bild, tidak akan berpuasa.

Sementara itu, pemain-pemain Muslim Belgium seperti Marouane Fellaini dan Moussa Dembele juga dilaporkan tidak akan berpuasa. Begitu juga dengan penyerang Sweden, Emir Kujovic yang memberitahu media:

“Bila saya balik Sweden nanti, saya ganti.”

Turki dan Albania beri pilihan

Bagi pemain-pemain kem Turki dan Albania, pegawai pasukan mereka memberi pilihan kepada pemain-pemain sama ada untuk berpuasa atau tidak.

Bagaimanapun menurut sumber dari Marca, semua pemain Turki dan Albania mengambil keputusan untuk tidak berpuasa selagi pasukan mereka kekal dalam saingan Piala Eropah 2016.

Hal ini disahkan oleh ketua jurulatih Turki, Fatih Terim yang mengundang kontroversi di Turki kerana didakwa memberi ‘fatwa’ tentang pengertian berpuasa.

resized_e503a-676e64a91232131

“Perkara ini sudah banyak kali berlaku dalam karier kejurulatihan saya. Ia tiada masalah.”

“Jika kami tiada perlawanan, pemain-pemain akan berpuasa walaupun ada 2 sesi latihan. Tapi jika ada perlawanan, kami takkan berpuasa kerana (dehidrasi) penting untuk kesihatan pemain.”

Kenyataan Fatih Terim ini ditempelak oleh imam Turki, Cübbeli Ahmet Hoca yang membalas:

“Beliau (Fatih Terim) perlu fokus kepada kerjanya sahaja. Jangan memandai-mandai memberi fatwa.”

cubbeli-ahmet-hocada-fa04c1617b496b2214f5

“Jika cuaca panas dan beliau melakukan 2 sesi latihan pula, itu sudah memudaratkan pemain. Kalau anda mewajibkan 2 sesi latihan, jangan suruh pemain berpuasa.”

“Kenapa beliau nak membahayakan nyawa pemain-pemain?”

Baca juga: Kerajaan Arab Saudi Arah Pengadil Gunting Rambut Pemain Yang Ada Gaya Qaza

Rujukan

  1. TF1
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik