Presiden Persekutuan Persatauan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin dalam satu temubual mengatakan, format kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini yang berlangsung tanpa perlawanan timbal balik bermula di peringkat suku akhir mungkin boleh dikekalkan pada masa akan datang.
Format kejohanan tersebut terpaksa diubah ekoran krisis pandemik COVID-19 yang bermula pada Mac lalu yang menyaksikan tujuh perlawanan berlangsung di Lisbon dan rata-rata peminat bola sepak mengatakan ianya lebih menarik berbanding format sebelum ini yang memerlukan dua perlawanan di laman sendiri dan tempat lawan.
Bayern Munich dan Paris Saint-Germain yang masing-masing memburu kejuaraan treble akan membuat perhitungan malam ini di Estadio da Luz, Lisbon bagi menentukan gelaran Raja Eropah untuk musim 2019/20.
🇫🇷 Paris 🆚 Bayern 🇩🇪
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 23, 2020
Final debutants 🆚 five-time winners
Who will win the 2020 #UCLfinal?#UCLfixtures | @GazpromFootball pic.twitter.com/ZbDJtFMjGL
“Kami didesak untuk meneruskan format tersebut, tetapi pada akhirnya kami berharap dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Jadi sudah tentu kami akan berbincang secara serius mengenainya selepas ini,” ujar Ceferin kepada Reuters.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Slovenia itu mengatakan, tanpa perlawanan timbal balik, setiap pasukan akan beraksi sebaik mungkin untuk menjaringkan gol bagi memenangi perlawanan.
“Mereka akan menjadi sukar untuk menggunakan terlalu banyak taktik. Apabila satu pasukan sudah menjaringkan gol, satu pasukan lagi perlu menjaringkan gol secepat mungkin. Jika ada perlawanan kedua, dalam fikiran mereka masih ada satu lagi perlawanan,” katanya lagi.
UEFA President Ceferin has confirmed that they will hold talks about keeping elements of single-legged format in the UCL.
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) August 23, 2020
Are you for or against it? 👥 pic.twitter.com/t19ZYARewD
“Memang perlawanan menjadi lebih menarik, tetapi kita perlu fikirkan juga mengenai perkara lain. Faktanya jumlah perlawanan akan berkurangan dan syarikat penyiar tentu akan mempersoalkan, kenapa perlawanan tidak banyak seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan sebelum ini.”
Kejohanan mini ‘lapan terakhir’ UCL dan Liga Europa (UEL) yang dilaksanakan UEFA musim ini mungkin tidak menimbulkan masalah kerana ianya berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium.
Sekiranya mahu diteruskan pada masa akan datang, tentunya agak sukar untuk penyokong daripada lapan pasukan bertanding berkumpul di satu bandar. Namun Ceferin melihat ianya dapat mengurangkan kepadatan jadual bola sepak di kebanyakan liga Eropah.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah: