Solskjaer: Ini Sebab Saya Tak Buat Substitution Sehingga Minit ke-87

Pertahanan dan kapten Manchester United, Harry Maguire menegaskan ‘trofi akan menyusul’ tak lama lagi di sebalik kemarau trofi yang berpanjangan kepada tiga musim.

The Red Devils perlu mencuba lagi pada musim depan selepas tersingkir dalam saingan UEFA Europa League 2019/2020 kepada Sevilla awal pagi tadi.

Pada musim ini, United telah tersungkur di peringkat separuh akhir EFL Cup, FA Cup dan Europa League.

“Kekalahan ini tidak boleh diterima,” kata Maguire kepada BT Sport. “Sekadar layak ke separuh akhir tak boleh diterima. Kami akan menang trofi nanti. Kami nak menang secepat mungkin.”

United mendahului menerusi gol penalti Bruno Fernandes. Tetapi dua gol daripada dua bekas pemain Premier League, Suso dan Luuk de Jong, menghantar Sevilla ke final buat kali keenam – rekod penampilan final paling banyak dalam Europa League.

Penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou, muncul hero pasukannya dengan menampilkan enam percubaan menyelamat yang mengecewakan United di Cologne.

Sevilla akan bertemu pemenang antara Inter Milan atau Shakhtar Donetsk dalam final pada awal pagi Sabtu nanti.

Maguire turut memberitahu ‘kekurangan pengalaman’ menjadi punca pasukannya kalah.

“Pasukan terbaik kalah hari ini. Mereka menghukum kami kerana tak sempurnakan peluang. Kami bolos dua gol dari dua hantaran lintang yang sepatutnya boleh dihalang.

“Kami dah bekerja keras dan patutnya menang. Tapi kekurangan pengalaman merugikan kami. Kami tak sepatutnya melepaskan gol kedua tersebut.”

Pengurus United Ole Gunnar Solskjaer – yang kali terakhir menjulang trofi ketika memenangi Norway FA Cup pada tahun 2013 dengan Molde – pula mengaku kekalahan tadi sukar diterima:

“Kami bermain dengan bagus dan mencipta peluang. tapi susah nak dapat gol yang kami mahu.”

Ketika diminta mengulas mengapa beliau tidak membuat pertukaran pemain sehinggalah masuk minit ke-87, Solskjaer memberitahu:

“Ada kalanya dalam perlawanan seperti ini, bila anda cipta banyak peluang, susah anda nak bawa pemain yang boleh menjaringkan gol keluar padang.

“Kami kena kuatkan pasukan. Ini sudah tentu. Saya tak boleh cakap bila atau betulkah kami akan buat pembelian pemain baru. Tapi yang pasti, kami sedang melihat peluang.”

Insiden Fernandes yang ‘bertekak’ dengan pertahanan Victor Lindelof selepas gol kedua Sevilla juga menarik perhatian media. Fernandes merendah-rendahkan signifikan insiden tersebut dengan berkata:

“Adatlah [bertekak] bila anda lepaskan gol,” katanya. “Kami bukannya bergaduh peribadi. Perkara itu normal sebenarnya. Ia akan berlaku dalam sebuah pasukan yang kompetitif. Kami kena perbetulkan kesilapan yang semua orang buat.”

‘United akan menang tadi kalau ada Sancho’

Sementara itu penganalisis perlawanan bersetuju perlawanan tadi boleh dimenangi United jika mereka mempunyai barisan pemain berkualiti.

Stephen Warnock, bekas pengurus Cardiff City yang mengulas di BBC Radio 5 berkata United perlukan pemain pertahanan yang lebih bagus daripada apa yang mereka ada sekarang:

“Kalau mereka membeli pertahanan baru yang berkualiti, ditambah pula dengan kualiti barisan serangan mereka serangan sekarang, saya rasa mereka mampu mencabar kejuaraan liga pada musim depan.

“Saya mungkin akan melihat salah satu daripada dua pertahanan Sevilla pada malam ini. Kekuatan Diego Carlos pada malam ini betul-betul mengagumkan saya – saya mungkin akan beli dia.”

Sementara itu bekas pemain United Paul Ince pula berkata United boleh menang perlawanan tadi jika ada penyerang yang lebih tajam berbanding Anthony Martial:

“United patut menang tapi dalam perlawanan sebegini, mereka tak boleh beri belas kasihan. Mereka kena ambil semua peluang tersebut. Tapi adakah Solskjaer mempunyai masa [untuk memperbetulkan skuad]?

“Jurgen Klopp mengambil masa lima tahun. United perlukan seorang penyerang yang berkaliber. Adakah Martial penyerang berkaliber? Saya rasa tak.”

Owen Hargreaves, bekas pemain United, pula berkata apa yang The Red Devils perlukan adalah Jadon Sancho untuk memenangi perlawanan itu.

“Menang trofi bukan dicapai dengan jadi pasukan terbaik. Ia dicapai dengan mengambil peluang yang ada. United perlukan pemain yang boleh mengambil peluang tersebut.

“Jika Jadon Sancho ada tadi, United mungkin akan menang perlawanan tadi.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN