UEL: United Dapat Penalti Lagi, Tapi Belum Cukup Halang Sevilla Ke Final

Sudah menjadi suratan, Manchester United sekali lagi terkandas di peringkat separuh akhir UEFA Europa League apabila disingkirkan 1-2 oleh Sevilla di Cologne pada awal pagi tadi.

Manakala Sevilla pula menepati ramalan sebagai ‘pakar Europa League’ apabila sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir buat kali keenam – rekod tertinggi kejohanan.

Manchester United memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dan dianugerahkan sepakan penalti buat kali ke-22 pada musim ini. Penalti dihadiahkan selepas Diego Carlos menjatuhkan Marcus Rashford sebelum diterjemahkan kepada gol dengan sempurna oleh Fernandes.

Namun bekas penyerang Liverpool, Suso merembat masuk hantaran lintang Sergio Regiulon untuk menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Jaringan bekas pemain Premier League, Luuk de Jong, pada penghujung perlawanan menafikan jaringan awal Bruno Fernandes menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Penjaga gol Sevilla, Yassine Bono menjadi individu paling mencuri perhatian selepas berjaya menafikan enam percubaan United sepanjang perlawanan sehinggalah De Jong muncul wira pasukan.

Di perlawanan akhir nanti Sevilla akan bertemu pemenang di antara Inter Milan dan Shakhtar Donetsk yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi memburu kejuaraan buat kali keenam sejak 2006.

“Saya rasakan seperti dipeluk dengan kegembiraan. Saya yakin pasukan ini mampu mencapai kemenangan selepas apa yang kami telah lalui sepanjang musim ini,” ujar pengurus Sevilla, Juan Lopetegui.

Pengurus berbangsa Sepanyol itu kini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah pasukannya kepada 20 perlawanan dalam semua pertandingan.

Sevilla juga menjadi satu-satunya pasukan Sepanyol yang masih bertahan dalam kejohanan Eropah selepas Barcelona dan Atletico Madrid terkandas di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari.

Sementara itu kekalahan United pula mengesahkan tiada pasukan dari Premier League akan beraksi dalam final kejohanan Eropah setelah Manchester City turut tewas kepada Lyon dalam saingan Champions League.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Bruno Fernandes: Terlalu Awal Nak Bandingkan Saya Dengan Cantona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN