Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez yang menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan menentang Olympiakos di Stadium Molineux kini menyasarkan kejayaan besar buat pasukannya selepas berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Europa (UEL).
Kemenangan 1-0 menerusi sepakan penalti Jimenez itu menjadikan kedudukan 2-1 secara agregat dan sekaligus menamatkan penantian Wolves yang tidak pernah mara ke peringkat lapan pasukan terakhir di kejohanan Eropah dalam tempoh 48 tahun.
Ianya juga merupakan gol ke-27 penyerang Mexico tersebut musim ini dalam semua pertandingan selepas pengadil menghadiahkan penalti apabila Daniel Podence dijatuhkan oleh penjaga gol, Bobby Allain dalam kotak penalti seawal minit ketujuh perlawanan.
A big night for @JoaoMoutinho as he makes his 100th appearance in gold & black.
— Wolves (@Wolves) August 6, 2020
👏🍷 pic.twitter.com/66jLSFecYy
Bagaimanapun rentak Wolves terganggu dengan kecederaan lutut Jonny dan Olympiakos mengambil kesempatan dengan menguasai permainan sehingga Mady Camara disangkakan telah menjaringkan gol penyamaan.
Namun semakan VAR mendapati Youssef el Arabi yang membuat hantaran lintang kepada Camara berada dalam kedudukan ofsaid semasa membuat larian ketika menyerang.
Penjaga gol veteren Rui Patricio beberapa kali menyelamatkan gawang Wolves dari dibocori termasuk menafikan percubaan Kostas Tsimikias dan Ahmed Hassan menjadikan beliau dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.
RUI PATRICIO. 💚 pic.twitter.com/ycbr6FPk4n
— Wolves (@Wolves) August 6, 2020
Untuk perlawanan suku Akhir, Wolverhampton bakal berdepan dengan cabaran besar apabila diundi bertemu juara lima kali, Seville yang telah menumpaskan AS Roma.
Sementara itu, pasukan Switzerland, FC Basel berjaya menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke suku akhir selepas menang 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt yang berlangsung di St. Jakob Park.
Gol tunggal Fabien Frei pada lewat permainan itu melengkapkan kemenangan secara agregat 4-0. Di peringkat suku akhir, Basel akan bertemu dengan Shakhtar Donetsk yang telah menyingkirkan Wolfsburg di pusingan 16 pasukan terakhir pada Khamis.
😎 The quarter-finals are set!
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 6, 2020
🤔 Who will reach the last 4?#UEL pic.twitter.com/1NjZwCdYYU
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain megnenai bola sepak Eropah: