DeAndre Yedlin : Pertahanan Terbaru Spurs Yang Tersenarai Sebagai 10 Pemain Terlaju FIFA 15

DeAndre Yedlin memulakan latihan bersama skuad utama Tottenham Hotspur pada 7 Januari 2015.Yedlin menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama kelab utara London tersebut dan akan meyarung jersi No 12.



Pemain berumur 21 tahun ini pernah tersenarai dalam skuad Major League Soccer (MLS) All Star dan finalis MLS Rookie of The Year bagi tahun 2013.Memulakan debut profesionalnya bersama Seattle Sounders FC menentang Montreal Impact pada 2 Mac 2013.Yedlin disenaraikan dalam MLS Team of The Week walaupun pasukannya kalah 1-0.

Yedlin terkenal dengan larian pantas beliau sehingga tersenarai antara 10 pemain terlaju dalam permainan video FIFA 15.Ini profail beliau di FIFA 15 :

deandre-yedlin

Mungkin video dibawah boleh menguatkan kerpercayaan anda betapa lajunya pemain muda Amerika ini :

 

Karier Antarabangsa

Yedlin membuat penampilan pertama dengan skuad senior Amerika Syarikat pada 1 Februari 2014 menentang Korea Selatan.Beliau juga disenaraikan Jurgen Klinsmann dalam skuad 23 pemain Amerika Syarikat ke Piala Dunia 2014.Debut Piala Dunia Yedlin adalah semasa perlawanan menentang Portugal, menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dan melakukan 1 assist untuk jaringan Clint Dempsey.

Pada peringkat 16 pasukan terakhir Piala Dunia menentang Belgium, Yedlin menggantikan Fabian Johnson di posisi pertahanan kanan Amerika Syarikat.Beliau ditugaskan untuk mengawal Eden Hazard.

Layan video kat bawah untuk lihat kepantasan Yedlin, hantaran lintang menarik dan bagaimana beliau mengekang kemaraan Eden Hazard di Piala Dunia.

 

Kredit gambar : Tottenham Hotspur official twitter, www.caughtoffside.com

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN